October 20th, 2020

Pelawak Fad Bocey kini selamat menimang cahaya mata keempat selepas isterinya, Syaheera Rahman bersalin bayi lelaki awal pagi tadi.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Fad menerusi sebuah entri yang di muat naik di laman Instagramnya.

“Assalammualaikum, salam subuh semua..Syukur Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, tarikh hari ini 20/10/2020 jam 4:41pagi, isteri saya selamat melahirkan baby boy.”

Dalam pada itu, pasangan ini juga turut mendedahkan nama bayi tersebut iaitu, Ibrahim Jibriel. Malah tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan beliau dan keluarga.

“Selamat datang baby mummy dan daddy, Ibrahim Jibriel Bin Mohamad Fadzlie. Terima kasih semua yang mendoakan kami. Terima kasih banyak my love @syaheeraarahman, I love you so much.”

Untuk rekod, Fad dan isteri telah selamat mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka sebelum ini juga telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal.

August 11th, 2020

Genap enam bulan pemergian arwah Abam Bocey, kehilangan sahabat baik buat Fad Bocey ini masih diingati sehingga kini.

Mengakui masih teringatkan gurauan senda arwah Abam, Fad mengakui perasaan rindu terhadap arwah masih belum padam.

Dia yang berkongsi sebuah video kenangan bersama arwah Abam ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital tahun lalu ternyata telah menggamit memori peminat serta pengikut kedua bintang lawak ini.

“10 Ogos 2020, genap enam bulan kau pergi..rindu ini tak pernah berubah, kenangan masa dia datang melawat saya di hospital tahun lalu.Rindunya dengan gurauan kau macam ni.. terus bahagia di dunia abadi sahabat yang dicintai Allahyarham Syed Umar Mokhtar..”

Peminat yang mengikuti entri berkenaan rata-rata turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah. Netizen juga turut mendoakan kesejahteraan dan ketenangan Abam Bocey di alam sana.

View this post on Instagram

Aku rindu kau bam,AL FATIHAH ????salam subuh semua???? #syedumarmokhtar #kitabaikramaisayang #boceyselamanya

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Mengimbas kembali, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan telah meninggal dunia pada 10 Februari 2020 yang lalu dan telah meninggalkan isterinya Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia satu tahun.

February 17th, 2020

Sekian lama bersama mengharungi segala suka dan duka, tentu sekali Achey dan Fad terasa begitu sedih dengan pemergian arwah Abam. Kehilangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, cuma hati rapuh yang menangis.

fad achey

Lebih menyayat hati apabila Fad, tidak dapat bertemu buat kali terakhir dengan sahabatnya itu kerana dia berada di Jepun bersama keluarganya.

Namun, ada netizen yang mengkritik video tangisan Achey dan Fad yang dirakam dan dimuat naik di Instagram tidak seharusnya dilakukan. Nampak sedikit “murahan” apabila meratap sebegitu.

fad achey

Tampil menjawab kritikan tersebut, Fad berkata mereka bukan merintih atau meratap dengan kematian Abam tetapi berkongsi kenangan bersama arwah kerana terlalu rindu.

Kami bukan merintih atau meratap, malah tak paksa blog atau mana-mana media untuk memuat naik sebarang entri mengenai apa yang kami kongsikan.

fad achey dikritik ratapi pemergian abam

Kalau mereka kongsi bermakna mereka turut merindui akan kenangan dengan arwah. Kami kongsi kenangan dengan arwah pun sebab kami rindu. Kalau tak suka boleh sekat atau ‘unfollow’ kami. Lagi elok daripada dapat dosa sia-sia. Saya tiada niat marah atau benci. Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah.

Pemergian Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar yang meninggal dunia selepas mengalami demam panas selama beberapa hari, merentap separuh jiwa dua rakan seperjuangannya itu yang sudah dianggap seperti adik beradik sendiri.

abam bocey

Terdahulu, Fad dan Achey berhasrat mahu mengambil alih kerja atau tawaran berlakon yang sudah diterima Abam secara percuma untuk membantu keluarga arwah.

Sumber Berita : Harian Metro

February 11th, 2020

Pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey merentap separuh jiwa dua rakan seperjuangannya, Achey dan Fad yang sudah dianggap seperti adik beradik sendiri. Mereka setia bersama dikala susah dan senang.

abam bocey meninggal dunia

Berduka dengan kehilangan Abam, Achey menerusi akaun Instagram telah memuat naik “gurauan” sedih yang menjadi kenyataan. Ibarat pesanan terakhir Allahyarham buat sahabat baiknya itu.

Ketika ulang tahun kelahirannya baru-baru ini, Abam menitip pesan agar Achey menguruskan jenazahnya jika dia meninggal dunia suatu hari nanti.

pesanan terakhir abam

Menerusi kapsyen, Achey berkata dia telah menunaikan “permintaan” serta amanat Allahyarham untuk mengebumikannya.

Terdahulu, Fad dan Achey berhasrat mahu mengambil alih kerja atau tawaran berlakon yang sudah diterima Abam Bocey secara percuma untuk membantu keluarga arwah.