“Habis Drama Berlakon Watak OKU Tu?” – Ahmad Idham Tegur Namie, Netizen Hentam Balik

Hiburan

“Habis Drama Berlakon Watak OKU Tu?” – Ahmad Idham Tegur Namie, Netizen Hentam Balik

Sebelum ini, kumpulan UBI yang dianggotai oleh Fad Bocey, Syarif Zero dan Namie sekali lagi mencuit hati orang ramai melalui persembahan sketsa di program Muikal Lawak Superstar 3 (MLS3).

Menerusi potongan video yang tular di aplikasi TikTok, kumpulan UBI telah melakonkan watak sebagai tiga adik beradik yang mengalami pergaduhan kecil.

Advertisement

Apa yang berjaya menarik perhatian orang ramai adalah Namie yang membawa watak sebagai adik dan membuat parodi meniru gaya percakapan pelawak, Yoe Parey.

Susulan persembahan itu, pelakon dan pengarah iaitu Datuk Ahmad Idham telah memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya dan meluahkan rasa tidak senang dengan kumpulan UBI.

Menurut Ahmad Idham, kumupulan UBI seakan mempersendakan dan menggunakan anak istimewa sebagai bahan jenaka.

Malah, pengarah filem Pencuri Hati Mr. Cinderella itu turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Namie dipercayai meniru watak Yoe Parey yang didiagnos mempunyai masalah pembelajaran.

Saya ada anak istimewa, itu satu perkara yang kita perlu ambil serius. Dah tak ada idea sangat ke?

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai, ada yang turut bersetuju dengan kenyataan Ahmad Idham.

Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan pendapatnya kerana menganggap watak yang dibawa Namie sedikit pun tidak menghina atau mempersendakan mana-mana pihak.

Bukan itu sahaja, rata-rata pengguna media sosial turut mempersoalkan tentang bagaimana pula dengan watak anak istimewa yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon dram atau filem sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Berani Mati Kau Ni!" - Guna Suara Sajat Dalam Sketsa, Kumpulan UBI Kena 'Sound'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...