“At Least Dia Ada Bini..” – Bahan Fad Bocey Sebab Takut Isteri, Netizen Perli Fizi Ali

Hiburan

“At Least Dia Ada Bini..” – Bahan Fad Bocey Sebab Takut Isteri, Netizen Perli Fizi Ali

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila bekas penyampai Suria FM, Fizi Ali mengambil keputusan secara drastik meninggalkan stesen radio itu disaat-saat akhir selepas enam tahun berkhidmat di situ.

Selepas berhijrah ke stesen radio lain, nama Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin kembali menjadi sebutan apabila dia dikatakan membuat lawak hambar mengenai kekurangan yang ada pada rakan penyampai radio iaitu Fad Bocey.

Advertisement

Menerusi video yang dimuat naik oleh Hot FM di laman rasmi Facebook, dia mendakwa sudah mengetahui serba sedikit mengenai Fad selepas hampir dua minggu bertugas di konti tersebut.

Kau ni muka gangster tapi kau minum air coco, tak minum kopi. Muka kaki pukul tapi takut pocong. Kaki langgar tapi takut katak!

Walaupun diketwakan dan menjadi bahan lawak, Fad dilihat tenang dan tidak kisah dibahan oleh Fizi, malah dia juga turut membahan dirinya kerana takutkan isteri.

Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat tidak memahami lawak yang cuba disampaikan oleh Fizi dan mengecam tindakannya kerana menjadikan kekurangan seseorang sebagai bahan jenaka.

Apa yang kelakar? dekat mana punchline nya? ke saya dah hilang sense of humor? – netizen.

Duduk bahan pocong lah, bahan muka orang lah… at least orang tu ada bini, setia dengan bini… fad bahan kau, mahu sentap kut,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"Disebabkan Tindakannya..." - Bagitahu 'Last Minute', Suria FM Rugi Lebih RM50,000 Sebab Fizi Ali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    August 14, 2022 at 1:26 pm

    Sendiri buat lawak s3ndiri gelak mmg kelakar

  2. Anonymous

    August 12, 2022 at 2:26 pm

    tak paham laa fizi lawak kau…
    cuba lukis….
    mana tau aku paham…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...