“Disebabkan Tindakannya…” – Bagitahu ‘Last Minute’, Suria FM Rugi Lebih RM50,000 Sebab Fizi Ali

Hiburan

“Disebabkan Tindakannya…” – Bagitahu ‘Last Minute’, Suria FM Rugi Lebih RM50,000 Sebab Fizi Ali

Fizi Ali yang sebelum ini bertugas sebagai penyampai Suria FM secara rasminya telah meninggalkan stesen radio itu.

Selepas enam tahun bersama Suria FM, bapa seorang anak itu kini berkhidmat untuk sebuah stesen radio swasta yang lain.

Advertisement

Bagaimanapun, perpindahannya itu dikhabarkan telah menyebabkan Suria FM mengalami kerugian puluhan ribu ringgit. Perkara itu diceritakan sendiri oleh Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin yang akui terkilan dengan Fizi.

Kata DJ Lin, Suria FM terpaksa tanggung kerugian lebih RM50,000 disebabkan pertukaran Fizi ke stesen barunya itu.

Jelasnya, dia hanya dimaklumkan tentang perpindahan itu hanya beberapa hari sebelum kontrak Fizi bersama Suria FM tamat. Disebabkan itu, beberapa perkara perlu dirombak semula seperti kerja-kerja bagi promosi Jelajah 90 Suria yang dijadualkan berlangsung bermula 6 Ogos ini.

Video promo pun kami terpaksa reshoot disebabkan tindakannya yang memberitahu kami saat-saat akhir. Itu belum dikira dengan kos nak tukar wallpaper pada bas yang sudah lama siap.”

Memang banyak yang dilaburkan hanya kerana tindakan saat-saat akhir Fizi dan menurut DJ Lin dia mengasihani staf lain kerana terpaksa bersusah payah disebabkan perkara itu.

Katanya lagi, pihaknya ada duduk berbincang dengan Fizi untuk kekal bersama mereka setidak-tidaknya selepas tamat program jelajah berkenaan namun dia sudah mula bekerja di stesen baru.

Sementara itu, DJ Lin juga akui tidak berniat untuk menghalang keputusan Fizi namun bukanlah dengar cara sebegini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fizi Ali
2 years ago

“Sesuai La Dua Dua Perampas” - ‘Update’ IG Story, Fizi Ali Perli Siapa Tu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...