February 16th, 2011

diana amir

Dari dulu lagi macam-macam cerita yang Abang Nara dengar pasal Diana Amir. Banyak email yang Abang Nara dapat cakap yang Diana Amir dan Zizan Raja Lawak pernah bercinta. Tapi Abang Nara tak berani tulis sebab itu semua nampak seperti gosip murahan. Benar atau tidak, hanya Diana Amir dan Zizan sahaja yang tahu.

diana amir

Dan yang terbaru baru-baru ini Abang Nara dapat email daripada seorang pembaca yang suruh tengok Twitter Diana Amir dan Twitter Erry Putra. Khabarnya mereka berdua bersayang-sayang di Twitter. Adakah Diana Amir dan Erry Putra sedang dilamun cinta? Atau mereka memang teman tapi mesra? Itu pun Abang Nara tak boleh nak sahkan. Hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

diana amir

Dan yang terbaru, sebentar tadi Abang Nara baru mendapat email luahan hati seorang pembaca terhadap Diana Amir. Bunyi email tersebut adalah begini:-

[note]salam abg nara

Ini saya nak luahkan sikit isi hati saay yang terpendam terhadap pelakon yang tak berapa nak glamer tu. Diana Amir. Saya ingat jugaklah kat dia coz kami blaja 1 universiti. Kira banggalah jugak lah kan kita leh jumpa bintang filem. masa tu kami 1 dewan peperiksaan. so saya pun curi-curilah pandang kat minah ni. Tak taulah dia perasan ke tak yg saya tengok dia. Dalam hati sy kata, lawa nya Diana Amir ni dari dekat. Tak sangka lak aku leh jumpa dia kat sini.

So sy pun dengan hati yg berbunga-bunga add lah dia kat facebook. Saya add dia kat facebook dia yg I. MASA TU TAK FULL LAGI. Pada mulanya sy fhmlah dia x terima maybe sbb fb dia tu dh nk penuh. Then sy try plak fb dia yg II. Dia tak terima jugak. sy pun bertambah-tambah pelik lah kan tapi xleh nk kata apalah maybe dia nk privacy. Hanya artis leh add dia. Then sy diamkan sajalah.

Tapi yg membuatkan sy mendidih tahap gaban knp bila lelaki add dia leh terima. Why???????? Sy suh adik ipar sy add Diana Amir n dia accept. Saya tak puas hati n suh lak adik sy yg lelaki add dia. Sangat-sangat mengecewakan, Diana leh pulak terima. Kenapa? Adakah dia hanya nk peminat lelaki je?

So persepsi sy pada Diana, dia hanya nak peminat lelaki je memenuhi frien list dia. Peminat perempuan cam kami hanya diperlukan untuk bawa pakwe atau suami tonton filem dia kat pawagam. Sangat-sangat bagus. TO DIANA AMIR. Tolonglah jgn smbong.sy tau dr mula bagaimana awk leh jd pelakon. Tempuhi byk dugaan kan? So jgn sbb sikap awk, awk leh
jatuh. Tanpa peminat, siapalah nk beli cita Aku Masih Dara tu. [/note]

Marah benar nampaknya luahan hati peminat Diana Amir ini. Tapi anda semua jangan risau sebab Diana Amir sudah pun ada Facebook Page Diana Amir. Boleh like Facebook Diana Amir. Dia pun selalu update status kat Facebook tersebut. Kepada Diana Amir, kalau benar perkara ini terjadi, silalah jangan diskriminasi peminat lelaki dan peminat perempuan. Tak elok tau.

Lagi gambar Diana Amir untuk tatapan anda kalau anda tak kenal siapakah Diana Amir ini.

P.S: Menangi peluang untuk menonton semif final American Idol 10 dengan menyertai contest Ford Fiesta yang baru.

diana amir

diana amir

diana amir

diana amir

diana amir

diana amir

diana amir

diana amir

diana amir

May 12th, 2010

diana amir kaki jantan

Memang gila bahaya Facebook sekarang nie. Lagi-lagi kalau anda seorang yang bergelar artis atau selebriti Malaysia. Silalah fikir 2,3 kali sebelum upload gambar-gambar yang agak pelik di Facebook. Takut-takut kena jadi bahan kutukan seperti yang sedang dialami oleh Diana Amir sekarang ini. Kalau kitorang jadi dia, pedih jugak ulu hati kena kutuk camnie.

diana amir kaki jantan

Gambar yang diupload adalah gambar cover majalah Remaja di atas. Tapi komen-komen yang diterima agak ganas dan menyeramkan. Tuduhan-tuduhan seperti plastik, jual badan, bela jantan dan macam-macam lagilah. Sampai seram kami membacanya. Benar atau tidak, hanyalah diri sendiri dan mereka-mereka  yang mengenali Diana Amir secara rapat sahaja yang tau.

Yang pastinya komen-komen ini bukanlah superrimpose ataupun dihack akaun Facebooknya. Mungkin inilah cabaran dan dugaan untuk mereka-mereka yang ingin bergelar artis. Kena kutuk, kena ngumpat dan kena sindir itu semua lumrah seorang artis. Jadikanlah sebagai pengajaran. Itu tanda masih ramai yang sayangkan anda. Tak gitu?

August 3rd, 2009

diana amir

Bak kata salah seorang pengkomen tetap kami(Zaza), memang ada gambar Diana Amir pergi menonton perlawanan Manchester United bersama dengan lelaki yang sama di dalam artikel yang kami kongsi semalam. Jadi adakah betul mamat nie pakwe @ bf @ kekasih hati Diana Amir? Yang nie hanya Diana Amir jerlah yang tahu. Kita tunggu kot-kot Diana ada baca BeautifulNara nie dan buat penjelasan tentang hal nie.

Lagi gambar Diana Amir dan pakwenya (gosip jer) dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

diana amir

diana amir

diana amir

diana amir

July 16th, 2009

diana amir

Pandai sungguh pembaca-pembaca blog BeautifulNara nie. Sekejap je dah dapat teka artis yang sedang feel berdansa dalam kuiz kami adalah Diana Amir. Mungkin pasnie kitorang kena gelapkan terus bahagian muka. Baru susah sikit anda semua nak teka.

Diana Amir nie antara salah seorang pelakon perempuan yang tengah naik. Banyak jugak drama lakonan dia. Yang paling terbaru drama Impian yang dah masuk musim ke 2.

Secara ikhlas kitorang tak pernah tengok lagi gaya lakonan dia, tapi rasanya mungkin boleh pergi maju kot. Maklumlah produser Malaysia nie tengok muka. Berlakon cam batang kayu pun takper asal muka boleh blah skit.

Oh ya kalau ada yang berminat dengan Facebook Artis Malaysia Diana Amir nie, bolehlah try add dia jadi friend. Dulu kitorang ada kongsi Facebook Wardina. Sekarang nie kitorang tengah mengumpul senarai @ list Facebook artis Malaysia. Jadi kalau anda nak request artis mana-mana leh bagitau kat kami. Akan kami usahakan.

Lagi gambar Diana Amir dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

diana amir

diana amir

diana amir

diana amir

diana amir

diana amir