Written by Bella | October 25th, 2017

Walaupun pelbagai kontroversi timbul antara Shahir dan Mona baru-baru ini, ia sedikit pun tidak menggugat hubungan Erra Fazira dan Shahir. Erra yang sudah faham permainan industri hiburan tanah air memberitahu hubungannya masih baik dengan Shahir.

Namun, Erra tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut dan meminta peminat mendoakan yang terbaik buat beliau dan Shahir.

Hubungan kami masih baik dan doakan segalanya yang terbaik buat kami. Semoga yang baik juga akan bersama dengan orang yang mendoakan kebaikan itu. Saya juga tidak berhasrat untuk memberi komen panjang dan membentangkan secara terperinci mengenai hubungan saya dengan Shahir. Cukuplah saya beritahu secara ringkas demi menghormati permintaan dan tugas pihak media.

Saya sudah dimaklumkan oleh Shahir sendiri mengenai isu itu. Selain itu, saya juga ada bertanya pandangan teman-teman dalam industri seni serta mereka yang prihatin berkaitan isu terbabit.

Justeru, sedikit-sebanyak saya faham permainan dan sepak terajang dunia hiburan tanah air. Saya juga tidak mahu komen lebih-lebih kerana ia hanya akan memanjangkan isu yang tidak ada hala tuju itu.

Terdahulu, Shahir juga sudah beberapa kali memberitahu beliau bakal meminang Erra pada awal tahun hadapan. Kami juga berdoa agar hubungan Shahir dan Erra dapat berakhir di jenjang pelamin jika ada jodoh bersama.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | October 23rd, 2017

Dihimpit  kontroversi dengan pramugari Firefly, Mona sepanjang minggu lepas, penyanyi Shahir menganggap apa yang terjadi adalah perkara biasa yang perlu dihadapi oleh anak seni dan ia tidak memberikan kesan terhadap dirinya. Shahir sekali lagi mengulangi beliau tetap berhasrat mahu melamar Erra Fazira pada tahun depan.

Ini bukan kali pertama saya berdepan dengan gosip begini, jadi saya tidak terkesan apabila timbul perkara ini. Saya masih Shahir yang sama, jadi tetap berhasrat untuk melamar Erra. Alhamdulillah, sebagai artis, dia juga faham apabila timbul perkara begini.

Terdahulu, Mona memberitahu hubungan beliau dan Shahir bukanlah sekadar artis bersama peminatnya dan merasa bengang apabila Shahir berkata sebegitu. Menurut Mona, mereka sememangnya mesra dan kerap keluar bersama dan wanita itu turut menyertakan bukti perbualan romantis antara beliau dan Shahir.

Walaubagaimanapun, kini Mona tidak mahu lagi dikaitkan dalam kontroversi terbabit kerana sudah mempunyai kekasih baru yang merupakan seorang pemain bola sepak.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | October 20th, 2017

Gara-gara merasa tertekan dengan kontroversi yang melanda dirinya, Shahir menerusi akaun Instagramnya menyatakan hasrat beliau untuk menarik diri daripada pentas akhir AF Megastar 2017 yang akan berlangsung pada hari Ahad ini.

Menurut Shahir, ada pihak yang cuba ingin menghancurkan kariernya yang baru sahaja ingin naik semula selepas tiga tahun beliau menyepi daripada industri hiburan Malaysia.

Kontroversi Shahir dan bersama seorang pramugari, Mona mula diperkatakan apabila foto mesra mereka berdua tersebar di Internet. Bagaimanapun, Shahir menafikan beliau mempunyai hubungan dengan Mona dan wanita itu cuma peminat beliau sahaja.

Walaubagaimanapun, Mona tampil memberikan kenyataan balas mengatakan mereka sudah berkenalan selama sebulan dan kerap juga keluar bersama. Mona  juga semalam turut tampil dengan bukti perbualan romantik mereka berdua di WhatsApp.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | October 20th, 2017

Kontroversi penyanyi Shahir bersama seorang pramugari, Mona Samsudin cukup hangat diperkatakan minggu ini. Ramai yang ingin tahu status sebenar hubungan mereka kerana kenyataan Shahir dan Mona bercanggah. Shahir menafikannya manakala Mona pula mengatakan mereka sememangnya rapat dan terasa hati apabila Shahir memberitahu pihak media yang beliau hanya seorang peminat.

Turut terkena tempias kontroversi tersebut adalah Erra Fazira yang sebelum ini dikaitkan bercinta dengan Shahir. Menerusi portal BH ONLINE, Erra nampaknya tidak mahu mengulas panjang mengenai isu tersebut cuma berharap agar Shahir dapat bertanggungjawab menyelesaikan kontroversi bersama Mona.

Saya rasa dia (Shahir) yang berhak meleraikan semua ini. Saya mengharapkan dia akan bertanggungjawab di atas apa yang terjadi. Tak perlu berselindung dan sebaiknya dia perlu berani menamatkan apa yang dimulakan.

Erra juga tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai hasrat Shahir yang mahu memperisterikan beliau pada awal tahun depan.

Sumber Berita : BH ONLINE