October 25th, 2017

Walaupun pelbagai kontroversi timbul antara Shahir dan Mona baru-baru ini, ia sedikit pun tidak menggugat hubungan Erra Fazira dan Shahir. Erra yang sudah faham permainan industri hiburan tanah air memberitahu hubungannya masih baik dengan Shahir.

Namun, Erra tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut dan meminta peminat mendoakan yang terbaik buat beliau dan Shahir.

Hubungan kami masih baik dan doakan segalanya yang terbaik buat kami. Semoga yang baik juga akan bersama dengan orang yang mendoakan kebaikan itu. Saya juga tidak berhasrat untuk memberi komen panjang dan membentangkan secara terperinci mengenai hubungan saya dengan Shahir. Cukuplah saya beritahu secara ringkas demi menghormati permintaan dan tugas pihak media.

Saya sudah dimaklumkan oleh Shahir sendiri mengenai isu itu. Selain itu, saya juga ada bertanya pandangan teman-teman dalam industri seni serta mereka yang prihatin berkaitan isu terbabit.

Justeru, sedikit-sebanyak saya faham permainan dan sepak terajang dunia hiburan tanah air. Saya juga tidak mahu komen lebih-lebih kerana ia hanya akan memanjangkan isu yang tidak ada hala tuju itu.

Terdahulu, Shahir juga sudah beberapa kali memberitahu beliau bakal meminang Erra pada awal tahun hadapan. Kami juga berdoa agar hubungan Shahir dan Erra dapat berakhir di jenjang pelamin jika ada jodoh bersama.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...