October 20th, 2017

Kontroversi penyanyi Shahir bersama seorang pramugari, Mona Samsudin cukup hangat diperkatakan minggu ini. Ramai yang ingin tahu status sebenar hubungan mereka kerana kenyataan Shahir dan Mona bercanggah. Shahir menafikannya manakala Mona pula mengatakan mereka sememangnya rapat dan terasa hati apabila Shahir memberitahu pihak media yang beliau hanya seorang peminat.

Turut terkena tempias kontroversi tersebut adalah Erra Fazira yang sebelum ini dikaitkan bercinta dengan Shahir. Menerusi portal BH ONLINE, Erra nampaknya tidak mahu mengulas panjang mengenai isu tersebut cuma berharap agar Shahir dapat bertanggungjawab menyelesaikan kontroversi bersama Mona.

Saya rasa dia (Shahir) yang berhak meleraikan semua ini. Saya mengharapkan dia akan bertanggungjawab di atas apa yang terjadi. Tak perlu berselindung dan sebaiknya dia perlu berani menamatkan apa yang dimulakan.

Erra juga tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai hasrat Shahir yang mahu memperisterikan beliau pada awal tahun depan.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...