November 11th, 2017

Bidang rekaan fesyen memerlukan kreativiti yang tinggi, atas sebab itu sesetangah busana pereka fesyen terkenal boleh mencapat harga ribuan ringgit.

Memakai busana perkahwinan cantik rekaan pereka terkenal memang menjadi impian ramai wanita, tidak terkecuali pelakon Erin Malek yang menggunakan khidmat pereka Azura Maharuddin untuk busana perkahwinannya.

Bagaimanapun, setelah meenggunakan khidmat dan busana rekaan Azura, Erin gagal menjelaskan bayaran sejumlah RM 80,000 sehingga kini sedangkan majlis perkahwinannya berlangsung tiga tahun lepas iaitu Oktober 2014 dan dia kini sudah memiliki dua anak hasil perkahwinan dengan Farriz Fauzy.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Azura ketika dihubungi Harian Metro berkata, satu surat peguam telah dihantar kepada pelakon itu tahun lepas dan Erin bersetuju menjalani proses mediasi.

Dalam proses terbabit Erin yang diwakili bapa tirinya meminta agar harga bayaran perkhidmatan dan baju perkahwinan yang saya hasilkan dikurangkan kepada RM50,000.

Pihak kami bersetuju dengan permohonan itu dan mahkamah memutuskan bahawa Erin yang diwakili oleh bapa tirinya harus melunaskan hutang berkenaan dengan membayarnya secara berperingkat setiap bulan.

Namun begitu setahun berlalu dan Erin masih gagal membayar jumlah yang dipersetujui.

Disebabkabn Erin meminta harga dikurangkan, baju yang dihasilkan Azura yang berada dalam simpanan Erin perlu dipulangkan kepadanya.

Dia bukan sahaja tidak bayar, malah tidak memulangkan baju seperti yang diarahkan.

Berikutan itu Azura meminta mahkamah mengeluarkan arahan pelaksanaan perintah.

Bagaimanapun bukan mudah untuk melaksanakannya kerana surat harus diserahkan kepada Erin. Masalahnya, dia sudah berpindah dan pihak saya tidak tahu alamat terbarunya.

Azura kemudiannya cuba menghubungi Erin melalui Instagram pelakon itu tetapi tidak dilayan.

Komen yang dimuat naik di gambar Erin juga dipadam.

Berikutan pendedahan Azura yang menjadi viral semalam, penulis mendapati Erin telah mematikan fungsi komen di Instagramnya.- beautifulnara.com

October 5th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon, Erin Malek yang kini sedang hamil anak kedua beliau bersama suami Farriz Fauzy.

Berita gembira itu di umumkan oleh Erin sendiri menerusi akaun Instagramnya berserta foto keluarga bahagia beliau.

Cant wait to see your lil sister soon Faliq  InsyaAllah agar semuanya dipermudahkan, Amin. #faliqsgonnabeabigbrother.

Rata-rata peminat Erin mengucapkan tahniah kepada beliau dan mendoakan kebahagiannya bersama orang baharu yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Sekali lagi kami di BeautifulNara mengucapkan tahniah kepada Erin Malek dan suami. Semoga segala proses kehamilan dan bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Instagram Erin Malek

February 3rd, 2016

Sejak Erin Malek memuat naik beberapa foto beliau berhijab di akaun Instagram, cetus persoalan dikalangan pengikutnya adakah benar Erin kini sudah menutup aurat.

Tidak mahu ia terus menjadi tanda tanya, Erin mengesahkan beliau kini sudah berhijab sepenuhnya. Jelas Erin, beliau sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi seorang muslimah dan akhirnya ia terlaksana pada bulan Januari lepas.

Malah, keputusan beliau untuk berhijrah juga mendapat sokongan daripada suami tercinta  Farriz Fauzy.

Nak pakai tudung sudah lama rasanya, kadang-kadang di rumah pernah juga bertanyakan kepada adik saya, mengenai tudung ini kerana ialah saya takut tidak bersedia. Alhamdulillah kini saya sudah pun bertudung.

Suami saya gembira dengan perubahan ini, kerana katanya kurang sedikit dosa yang perlu ditanggungnya kelak.

Alhamdulillah, semoga perubahan Erin ini kekal sehingga akhir hayat. InshaAllah.

Sumber Berita: Rotikaya

January 7th, 2016

Sering memuat naik foto beliau memakai tudung di akaun Instagram, beberapa peminat mula bertanya adakah Erin Malek kini sudah berhijab sepenuhnya?

Tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan, Instagram Erin dihujani dengan  komen-komen positif mendoakan agar aktres itu terus berhijab.

Malah, ada juga yang memuji bahawa Erin tampak lebih manis dan cantik ketika mengenakan hijab.

Mungkin juga Erin sedang perlahan-lahan melatih dirinya untuk menutup aurat. Kami harap pintu hati Erin akan terbuka untuk bertudung sepenuhnya. InshaAllah. Apa yang penting biarlah beliau berubah secara ikhlas dan bukan atas paksaan orang lain.