“Terbang Dah Tudung..” – Penampilan Erin Malek Bercuti Di Dubai Cetus Pertanyaan Netizen

Hiburan

“Terbang Dah Tudung..” – Penampilan Erin Malek Bercuti Di Dubai Cetus Pertanyaan Netizen

Pelakon jelita Erin Malek khabarnya sedang berada di Dubai bersama-sama ahli keluarganya yang lain untuk bercuti.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen selain foto-foto sepanjang percutiannya itu adalah gambar Erin tidak mengenakan tudung sebelum berlepas ke Dubai, beberapa hari yang lalu.

Advertisement

Dalam perkongsian itu, dia dilihat hanya mengenakan topi dan juga baju berwarna kuning gelap disamping kedua orang anaknya.

Disebabkan oleh itu, ramailah warga maya yang menulis komen bertanyakan kemanakah ‘menghilangnya’ tudung pelakon filem Tentang Bulan ini.

Ada yang memerli ‘terbang’ ke Dubai, dengan tudung pun sekali ‘terbang’ tak dapat dikesan. Namun ada juga yang menasihatkan agar Erin sentiasa istiqamah dalam perjalanan hijrah bertudung ini kerana ia sememangnya bukan mudah.

Tidak tampil memberi sebarang respon, Erin semestinya sudah cukup matang untuk memikirkan mana hal yang baik dan buruk.

Doa yang terbaik untuk Erin ya!

erin malek tidak berhijab
3 years ago

Individu Muat Naik Foto Nampak Rambut, Erin Malek Sudah Tidak Berhijab?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...