Written by Bella | December 13th, 2017

Sejak Elyana mengumumkan beliau adalah pesakit kanser Limfoma tahap 4, penyanyi itu terus menjadi perhatian netizen sehingga har ini. Walaupun ramai juga yang bersimpati dan mendoakan kesembuhan Elyana, tetapi ada juga sesetengah pihak yang menghina, mengecam serta mengambil kesempatan terhadap sakit yang dihidapi oleh Elyana.

Elyana juga manusia biasa seperti kita dan tentunya beliau mempunyai tahap kesabaran tersendiri. Menerusi akaun Instagramnya, Elyana ada memuat naik foto beliau menjalani rawatan kimoterapi dengan luahan sedih serta betapa terlukanya hati beliau dengan setiap kata-kata melampau yang ditujukan kepada dirinya.

Tersentuh hati membaca segala luahan Elyana, peminat beliau menerusi ruangan komen di Instagram berharap Elyana tidak terlalu memikirkan percakapan orang lain dan terus bersemangat melawan sakit kanser tersebut.

Kami pun tidak faham dengan masyarakat yang sanggup menghina seseorang yang sedang sakit. Pesakit kanser ini memang tidak boleh tertekan kerana ia akan membuatkan sakit mereka lebih teruk. Sepatutnya pada saat ini, kita harus memberikan sokongan agar Elyana terus kuat melawan sakitnya itu. Bersabarlah Elyana, jangan mudah putus asa dan semoga terus tabah menempuhi dugaan ini.

Written by Bella | November 29th, 2017

Ketika penyanyi Elyana Emrizal mengumumkan beliau merupakan pejuang kanser Limfoma tahap 4, seluruh peminat merasa terkejut dan sedih mendengar berita tersebut. Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah netizen yang mempertikaikan tindakan Elyana yang mengumumkan perkara tersebut apabila tersingkir dari Gegar Vaganza 2014. Mereka berkata Elyana cuma mahu meraih simpati ramai.

Kalau saya ingin menagih simpati, dari awal dulu saya melakukannya. Ketika itu saya susah, tidak ada duit untuk membeli ubat dan susu anak. Tapi saya tidak pernah berkongsi semua masalah itu dengan sesiapa termasuk ibu bapa dan adik-beradik. Sudah menjadi prinsip hidup saya tidak suka menyusahkan orang. Saya mahu orang melihat saya sebagaimana diri saya yang sihat, degil, ceria, tiada masalah dan suka berjenaka.

Elyana bersyukur kerana orang ramai bukan sahaja mendoakan beliau tetapi memberikan kata-kata semangat untuk beliau melawan penyakitnya itu. Malah, Elyana juga tidak sangka apabila ada yang menjadikannya sebagai sumber inspirasi.

Pesakit kanser ini tidak boleh tertekan, jadi kami harap tiadalah pihak yang ingin mempertikaikan lagi keputusan Elyana untuk mengumumkan berita tentang sakitnya itu. Janganlah juga memberikan komen negatif. Seeloknya kita terus berikan kata-kata semangat dan mendoakan beliau. Bukan mudah untuk melawan penyakit kanser.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | May 19th, 2017

Mengakui tidak boleh hamil lagi atas beberapa sebab tertentu selepas keguguran sekitar tahun lalu, penyanyi Elyana memberitahu beliau berhasrat untuk mengambil anak angkat. Jika ada peluang, beliau mahu mencari keluarga susah yang tidak mampu unutk menjaga bayi mereka untuk di ambil sebagai anak angkat.

Anak saya sudah besar tahun ni berusia 6 tahun dan saya sebenarnya dah lama sangat hendak menambah zuriat. Namun selepas keguguran tahun lalu, saya tidak boleh hamil atas sebab-sebab tertentu. Jadi saya berhasrat untuk mengambil anak angkat dan sekarang sedang mencari.

Saya kalau boleh mahu cari keluarga yang susah serta yang benar-benar tidak mampu hendak menjaga bayi mereka. Tidak kisah apa jantina mereka pun saya akan terima. Malah jika ada rezeki lebih saya mahu ambil anak angkat lebih dari satu.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada November 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cinta Summayah yang kini berusia 6 tahun.

Sumber Berita : Astro Gempak 

Written by Bella | April 12th, 2017

Sering memuat naik pelbagai luahan di akaun Instagramnya, ia mencetuskan sedikit salah faham dikalangan peminat penyanyi Elyana yang mengandaikan beliau sedang menghadapi masalah rumah tangga, lebih-lebih lagi Elyana jarang memuat naik foto suaminya di laman perkongsian gambar berkenaan.

Walaubagaimanapun, Elyana menafikan perkara berkenaan dan memberitahu setiap luahannya itu hanya sekadar perkongsian rasa  serta emosi beliau pada sesuatu masa.

Saya berbintang Cancer dan boleh berubah emosi dalam sekelip mata walaupun ada kala isunya tidaklah sebesar mana. Oleh itu, janganlah ada yang salah faham dan mengaitkan perkara itu dengan perihal rumah tangga pula. Jika diikutkan, sejak dulu lagi saya jarang memuat naik gambar bersama keluarga, terutamanya suami.

Perkongsian saya di laman sosial kebanyakannya membabitkan perkembangan diri saya saja, cuma sesekali ada diselitkan keluarga. Tidak kisah apa yang ingin diperkatakan oleh orang ramai kerana saya tidak ambil pusing mengenainya. Apa yang penting, saya sentiasa menjadi diri sendiri.

Peminat kadang-kadang risau dan prihatin juga dengan artis kesayangan mereka. Alhamdullillah semuanya baik-baik sahaja. Kami doakan Elyana akan terus berbahagia bersama keluarganya sehingga ke syurga.

Sumber Berita : BH ONLINE