Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Elyana Menjadi Asbab Kekuatan Buat Ramai Rakyat Malaysia” – Ebit Lew

Pendakwah bebas dan dermawan terkenal Ebit Lew mengakui berasa sebak apabila membuat kunjungan ke rumah penyanyi Elyana yang kini diduga dengan penyakit kanser limfoma.

Advertisement

Menerusi hantaran di Instagram, Ebit memuat naik rakaman video ketika menziarahi penyanyi tersebut. Ebit mengakui Elyana seorang yang kuat dan sentiasa mengucapkan syukur atas pemberian yang diberi.

Ebit turut berkata Khairul Anuar Husin iaitu suami kepada Elyana merupakan seorang suami yang setia dan sentiasa menemani isterinya. Katanya lagi, syukur mendapat suami baik yang sudi menemannya dalam keadaan senang dan susah.

Advertisement

Beliau ceria dan senyum walau kanser yang dilaluinya berat. Subhanallah. MasyaAllah betapa kekuatan dan kebaikan elyana dan keluarga.

Menerusi entri tersebut, Elyana turut berkongsi setelah dia melalui semua ujian ini, dia berasa bahagia dan menikmati ujian ini. Baginya, rasa syukur adalah ubat paling mujarab untuk setiap penyakit.

Ebit Elyana

Tambah Ebit lagi, Elyana menjadi asbab kekuatan rakyat Malaysia yang turut berhadapan dugaan penyakit kanser. Ebit turut meminta agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan penyanyi yang terkenal dengan lagu Kalis Rindu itu.

Dalam pada itu, Elyana turut memuat naik beberapa keping gambar menerusi hantaran di Instagram miliknnya bagi mengucapkan rasa syukur atas kunjungan istimewa Ebit yang juga turut sedikit sebanyak memberi semangat kepada dirinya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    October 14, 2021 at 3:49 pm

    tak payah pakai mask ke bila ada pelawat? salah seorang pakai kat dagu je

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top