“Terima Kasih Sudi Jadi Teman Saya Di Dunia, Semoga Saya Dapat Teman Awak Di Syurga”

Hiburan

“Terima Kasih Sudi Jadi Teman Saya Di Dunia, Semoga Saya Dapat Teman Awak Di Syurga”

Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu, Elyana mencuri perhatian netizen apabila memuat naik ucapan penuh hiba sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-11. Menurut Elyana, dalam tempoh 11 tahun perkahwinan itu, dia turut menderita kanser selama 10 tahun.

Elyana
1 year lalu

"Biar Bonda Pergi Dahulu Sebelum Ayah.." - Elyana Titip Ucapan Menyayat Hati Buat Suami

Advertisement

Katanya lagi, walaupun mereka mempunyai jurang usia sebanyak 12 tahun, itu sedikit pun tidak mengubah hakikat bahawa suaminya yang pertama di hatinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Di kesempatan itu, Elyana menitipkan ucapan terima kasih kepada suami kerana sudi menjadi teman hidupnya di dunia. Penyanyi ini berharap dia juga dapat menemani suami apabila di syurga kelak.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata daripada peminat tersentuh membaca ucapan penuh ikhlas penyanyi itu. Mereka mendoakan semoga Elyana diberikan kesihatan dan kesembuhan supaya dia dapat terus bahagia bersama keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Mereka turut memuji kesetiaan pasangan ini apabila masing-masing diuji dengan dugaan yang sungguh berat.

Apa-apa pun selamat ulang tahun perkahwinan diucapkan kepada Elyana dan suami. Semoga apa yang dihajati dimakbulkan Allah SWT.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    October 14, 2021 at 5:50 pm

    dulu aku pesakit kanser tahap 4 dan kini sembuh total. Berubat dgn orang halus & dgn izin Allah aku sembuh.

  2. dfvvldf

    October 14, 2021 at 9:57 am

    elyana ni pnya positive vibe mmg amazing
    dari dulu upload gmbr2 ceria, smpai awal2 dulu aku x caya dia ni sakit kanser
    dh masuk thn ke 10 ni baru nampak struggle dia

    dan utk hasben elyana yg setia dalam susah dan sng, mana nk carik suami baik mcm ni?
    org lain dugaan sikit2 bini sihat walafiat cantik wangi 24jam pun jodoh x panjang
    didoakan elyana cpt sembuh, dan keluarga mereka sentiasa di rahmati dan diberkati Allah

Loading...