June 13th, 2018

Isu tentang tuntutan nafkah dan luahan Elly Mazlein mengenai bekas suaminya yang turut enggan memberikan wang persiapan raya untuk anak mereka, Putri Sara Sefhia agak hangat diperkatakan semalam. Elly turut menemplak agar Azmi Hatta tidak kedekut dengan dengan darah daging sendiri kerana rezeki akan menjadi sempit.

Susulan perkara itu, isteri Azmi iaitu Faye Kusairi sekali lagi menjadi ‘perisai’ dan mempertahankan suaminya. Menurut Faye, Azmi bukanlah seorang yang berkira ataupun kedekut dan tidak teragak-agak untuk berkongsi rezeki yang lebih dengan setiap anak-anaknya jika benar mereka hidup mewah seperti yang didakwa oleh Elly.

Faye juga membidas beberapa komen netizen yang mempersoalkan Azmi yang culas menunaikan tanggungjawab untuk memberi nafkah seperti yang diperintah oleh mahkamah. Jelas Faye, Azmi hanya membayar nafkah mengikut kemampuannya.


Terdahulu, Elly menerusi akaun Instagramnya menuntut nafkah serta wang perbelanjaan hari raya daripada Azmi. Kata Elly, bekas suaminya itu sudah semakin berjaya dan kini mempunyai syarikat produksi sendiri. Namun, masih berdegil untuk  menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan memberikan alasan tidak mampu memberikan nafkah sebanyak RM1500 kerana menanggung kos bulanan motor besarnya.

June 12th, 2018

Isu Elly Mazlein yang ingin menuntut nafkah anaknya daripada bekas suami, Azmi Hatta masih belum menemui jalan penyelesaian. Sehingga hari ini, Azmi masih berdegil untuk menunaikan tanggungjawab itu seperti yang diarahkan oleh mahkamah.

Lebih mengecewakan lagi, Azmi juga tidak memberikan sebarang perbelanjaan untuk persiapan hari raya yang bakal tiba beberapa hari buat anak perempuan mereka, Putri Sara Sefhia.

Terbaru, Elly menerusi akaun Instagramnya membuat tuntutan tersebut terhadap bekas suaminya secara terbuka.  Elly pada masa yang sama meningatkan Azmi untuk tidak kedekut dan berkira dengan darah dagingnya sendiri selain meluahkan rasa kesal terhadap pengarah drama itu yang melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengeluarkan perintah agar Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500 pada 12 Oktober 2016. Namun, Azmi memberikan alasan beliau tidak mampu memberikan nafkah sebanyak itu kerana menanggung kos bulanan motor besarnya.

Sumber Berita : mStar Online

July 13th, 2017

Penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan alasan yang diberikan oleh bekas suaminya, Azmi Hatta dalam permohonan beliau untuk mengurangkan tuntutan nafkah anak mereka, Putri Sara Sefhia yang sebelum ini ditetapkan mahkamah sebanyak RM1,500 sebulan kepada RM500 sebulan.

Alasan utama Azmi meminta pengurangan tersebut adalah kerana terpaksa menanggung kos bayaran motosikal berkuasa tinggi beliau yang berjumlah RM 1,150 sebulan.

Bagi saya alasan itu tidak munasabah. Sebab itu saya berkeras untuk menuntut RM1,500 sebulan seperti mana yang telah diputuskan mahkamah sebelum ini. Bukan itu sahaja, saya juga akan mengambil tindakan terhadapnya kerana ingkar perintah mahkamah selepas dia gagal memperuntukkan perbelanjaan sempena Aidilfitri berjumlah RM1,500.

Elly dan Azmi semalam bertemu di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Salak Tinggi setelah Azmi membuat permohonan untuk mengubah jumlah nafkah anak mereka. Perbicaraan bagi memutuskan nilai nafkah akan diteruskan pada 1 Ogos depan.

Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak, namun dalam soal nafkah anak kalau boleh cubalah berikan jumlah yang sepatutnya. Zaman sekarang, bukan mudah untuk membesarkan anak apatah lagi segala kos semakin meningkat.

Sumber Berita : Utusan Online

October 17th, 2016

“Peperangan”  yang berlaku antara Elly Mazlein, bekas suaminya Azmi Hatta dan pelakon Faye Kusairi memang panas sekali.  Satu demi satu pendedahan Elly lakukan mengenai sikap bekas suaminya itu kepada orang ramai melalui akaun Instagramnya.

Tidak mengalah, Elly sudah berjaya menuntut nafkah anaknya Putri Sarah Sefhia sebanyak RM 1,500 sebulan.

Elly memberitahu beliau tidak mahu memanjangkan lagi perkara berkenaan dan akui sebenarnya “perang” di Instagram mengenai bekas suaminya adalah satu perbuatan yang memalukan.

Pada saya, bertelagah di Instagram dan satu negara baca mengenainya perbuatan memalukan. Sebelum ini, saya cuba tutup aib serapat-rapatnya. Sejak mengandung lagi, saya sudah kena macam-macam perkara dan hampir meroyan.

Saya berani untuk lantang bersuara pun adalah untuk menuntut hak saya dan anak daripada bekas suami. Ketika saya berdiam diri, pihak satu lagi pula yang banyak bersuara dan itu membuatkan saya juga tampil bersuara. Mujurlah, saya dapat bantuan daripada keluarga yang sentiasa memberi sokongan. Saya tak mahu lagi menoleh ke belakang.

Menurut Elly, beliau enggan lagi memikirkan perkara lalu dan sudah memaafkan bekas suaminya dan Faye.

Sehubungan dengan itu, beliau akan memadam setiap foto dan status negatif serta mengundang kontroversi di Instagram kerana ingin menghormati peminatnya yang tdak putus memberikan beliau sokongan dan semangat untuk kekal tabah menghadapi segala ujian.

Alhamdulillah, walaupun banyak dugaan, saya bersyukur kerana peminat dan pengikut sentiasa memberikan semangat kepada saya.

Baguslah kalau tidak mahu memanjangkan lagi perkara tersebut.  Apa yang berlaku jadikanlah sebagai pengajaran hidup. Kami harap Elly Mazlein terus bahagia bersama anaknya.

Sumber Berita : Harian Metro