January 18th, 2020

Selepas lebih setahun ‘menyorokkan’ wajah cinta hatinya, akhirnya penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mendedahkan rupa paras bakal suaminya, Mohammad Azlan di majlis berinai yang berlangsung Dewan Tun Dr Ismail Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada malam semalam.

elly mazlein dedah wajah bakal suami

Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina tampil begitu anggun dan cantik
mengenakan persalinan songket serba biru sedondon dengan tunangnya itu. Mereka ibarat pasangn putera dan puteri raja duduk di atas pelamin indah

Majlis berinai yang diadakan dengan penuh adat tradisi Melayu itu mengambil inspirasi Cik Siti Wan Kembang sebagai tema dan dihadiri kira-kira 150 tetamu yang terdiri daripada keluarga, teman rapat dan rakan media.

elly mazlein

elly mazlein dedah wajah bakal suami

Pasangan ini bakal bernikah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra  pada hari ini dan majlis resepsi akan diadakan selepas itu.

Tahniah kami ucapkan kepada Elly Mazlein dan pasangan, semoga segalanya dipermudahkan dan ikatakan yang terbina kekal bahagia sehingga ke syurga.

Kredit Foto : Media Hiburan

January 10th, 2020

Sudah pun bertunang pada 17 Disember lalu, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein bakal menamatkan status ibu tunggal tidak lama lagi dan berdebar-debar menanti hari bahagianya.

elly mazlein tidak sabar bergelar isteri

Elly bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya seorang guru, Mohamad Azlan pada 17 Januari ini dan persiapan majlis raja sehari mereka sudah pun hampir siap. Elly meluahkan rasa syukur segala perancangan berjalan dengan lancar.

Saya gemuruh! Sebenarnya, jika nak diikutkan, banyak perkara yang saya rasakan. Semuanya bercampur baur, ada seronok, teruja, gementar dan banyak lagi.

elly mazlein kahwin

Alhamdulillah, setakat ini persiapan sudah selesai 80 peratus dan tinggal beberapa perkara lagi yang harus dilakukan.

Kurang 10 hari  sahaja lagi menuju ke hari istimewanya, Elly berkata dia sudah tidak sabar untuk bergelar isteri semula.

elly mazlein

Saya tak sabar mahu menyandang status isteri semula dan saya berharap agar semua proses menuju majlis nanti berjalan lancar. Insya-Allah, doakan yang baik-baik!

Sehingga hari ini, Elly tidak bersedia lagi untuk mendedahkan wajah tunangnya kepada pihak media dan peminat-peminatnya. Namun, bakal suaminya itu akan diperkenalkan ketika majlis malam berinai nanti.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : Momento Pixel

September 5th, 2019

Beberapa tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein kini akui dia dalam fasa paling bahagia dalam hidupnya. Hati sedang berbunga-bunga menyulam cinta.

elly mazlein nikah 2020

Bakal menamatkan zaman janda pada tahun hadapan, Elly tidak kisah bakal suaminya itu 10 tahun lebih muda daripadanya. Apa yang membuatkan Elly terpikat pada kekasihnya adalah sifatnya yang matang dan juga pandai mengambil hati anak serta ayahnya.

Dia pun pandai ambil hati saya dan anak saya, Putri Sara Sefhia. Itu jugalah antara salah satu penguat cinta saya pada kekasih hati.

Elly Mazlein Tidak Kisah Bakal Suami 10 Tahun Lebih Muda

Dia juga sangat rapat dengan ayah saya. Dialah yang menjaga ayah saya sekarang dan ayah saya pun sayang sangat dengan dia. Ciri-ciri inilah penyebab kenapa saya pilih dia.

Bagaimanapun, buat masa ini Elly belum bersedia untuk mendedahkan gerangan jejaka yang berjaya mencuri hatinya. Dalam pada itu, Elly memberitahu dia dan bakal suami akan mengadakan lima majlis pada hari bahagia mereka nanti.

bakal suami elly mazlein

Saya nak berterima kasih pada bakal suami kerana akan mengadakan lima majlis pada hari bahagia kami nanti.

Ia akan dimulai dengan upacara merisik dalam masa terdekat, ia diikuti dengan majlis bertunang, majlis berinai, majlis nikah sanding serta majlis menyambut menantu di Kelantan kelak.

Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun mereka bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia.

Sumber Berita : Astro Gempak

July 1st, 2019

Tidak dinafikan, sekarang ini media sosial menjadi medium utama untuk meluahkan segala rasa tidak puas hati terhadap sesuatu itu dan juga tempat meluahkan masalah. Ada yang kata, sepatutnya perkara ini tidak harusnya berlaku sebab hanya akan buka aib sendiri.

Namun, buat selebriti Elly Mazlein yang umum mengetahui lantang bersuara di media sosial, dia menyatakan tindakan itu sebenarnya adalah cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu ataupun permasalahan.

Kadang-kadang kalau kita tidak luah, orang tidak tahu. Seperti sedia maklum, kita hidup dalam bermasyarakat dan kalau sesuatu perkara itu tidak diperjelaskan ia mampu mengundang pelbagai isu. Saya percaya, berkongsi luahan di laman sosial itu suatu langkah bijak.

Berbicara soal mengaibkan orang lain pula, Elly berkata, jika tidak mahu diaibkan janganlah buat hal.

Dalam pada itu, Elly turut meluahkan rasa sedih dengan pelbagai isu dan kontroversi yang melanda selebriti tanah air sejak kebelakangan ini. Namun, harapnya mereka dapat selesaikannya dengan cara terbaik.

Sekarang ni tak perlu nak cerita pasal aib sangat, kalau tak mahu diaibkan, jangan buat hal. Macam-macam isu yang terjadi kebelakangan ini saya pun tumpang sedih.

Walaubagaimanapun mereka sendiri harus memikirkan cara untuk selesaikan masalah. Kalau nak ikut cara terbaik ia seperti yang saya lakukan sebelum ini. Ternyata ia berjaya.

Setiap orang mempunyai cara berbeza untuk menyelesaikan masalah mereka. Apa pula pendapat anda? Wajarkan semua benda hendak dijaja di media sosial, betul ke boleh selesaikan semua isu?

Sumber Berita : mStar Online