Selepas lebih setahun ‘menyorokkan’ wajah cinta hatinya, akhirnya penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mendedahkan rupa paras bakal suaminya, Mohammad Azlan di majlis berinai yang berlangsung Dewan Tun Dr Ismail Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada malam semalam.
Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina tampil begitu anggun dan cantik
mengenakan persalinan songket serba biru sedondon dengan tunangnya itu. Mereka ibarat pasangn putera dan puteri raja duduk di atas pelamin indah
Majlis berinai yang diadakan dengan penuh adat tradisi Melayu itu mengambil inspirasi Cik Siti Wan Kembang sebagai tema dan dihadiri kira-kira 150 tetamu yang terdiri daripada keluarga, teman rapat dan rakan media.
Pasangan ini bakal bernikah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari ini dan majlis resepsi akan diadakan selepas itu.
Tahniah kami ucapkan kepada Elly Mazlein dan pasangan, semoga segalanya dipermudahkan dan ikatakan yang terbina kekal bahagia sehingga ke syurga.

korok
January 21, 2020 at 3:35 pm
yg 2 beradik tu kawin pun idok…dh la dua2 sendu
Ratu Pinggiran
January 19, 2020 at 3:05 pm
Lina nampak cantik.. Lina Looks great in blue. Tahniah
Kiah
January 19, 2020 at 10:48 am
suka tgk kak lina pompom. Tak rasa meluat pn dgn dia sbb x fake mcm 2 beradik artis sendu yg poyo cover muka bf tu
Chinta
January 19, 2020 at 8:16 am
Lama jugak dia sorok wajah bakal laki.. tp takde la netizen rengsa. kalau kemut adik beradik berlawan tayang bf lbh2 lagi si kemut tuh asik sorok muka, nape eh org menyampah kih3… agaknya sb bakat ke laut dalam sgt kot?
Anonymous
January 18, 2020 at 8:39 pm
tahniah…selamat pengantin baru,,sama cantik sama padan.