February 14th, 2018

Sejak kebelakangan ini sering kali kita mendengar khabar angin mengatakan hubungan Sufian Suhaimi bersama tunangnya sedang bermasalah. Perkara itu turut diakui oleh Sufian yang mengakui ianya agak “complicated”.

Pasangan ini dijangka bakal berkahwin pada Mac ini, namun tiada sebarang perkembangan lanjut mengenai perkahwinan mereka.

Terbaru, Sufian menerusi Insta Stories ada meluahkan isi hati tentang betapa sedih dan susah bagi dirinya andai harus melepaskan orang tersayang.

Pastinya luahan hati Sufian itu mencetuskan pelbagai persoalan dan pada siapa agaknya luahan itu ditujukan.  Dugaan ketika tempoh bertunang itu memang ada dan kami harap Sufian dan Elfira tabah dan sabar mengharungi segala ujian.  Doakan yang terbaik buat mereka berdua.

January 23rd, 2018

Sudah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan pernah memberitahu bakal bernikah pada Mac ini, pasangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy bagaimanapun seakan masih belum membuat sebarang persiapan menjelang hari bahagia mereka. Jadi kahwin ataupun tidak?

Sufian menerusi portal BH ONLINE memberitahu mungkin ada campur tangan orang ketiga dalam isu pertunangan serta perkahwinan yang dirancang bersama Elfira. Namun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Sangat rumit untuk saya perkatakan mengenai perkara ini kerana ia bukan hanya berkaitan saya dan El (Elfira), tetapi turut membabitkan kedua-dua belah keluarga. Mungkin (ada campur tangan orang ketiga)… Perkahwinan sesuatu yang besar dan tak boleh dibuat main-main. Sebab itu kami menghormati pandangan semua orang dalam keluarga.

Hubungan pertunangan mana yang tidak mempunyai dugaan dan masalahnya tersendiri bukan? Sufian bagaimanapun meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat beliau dan Elfira dan semoga ada jodoh mereka sehingga ke jenjang pelamin.

Sumber Berita : BH ONLINE