November 22nd, 2019

Mana satu generasi yang menggambarkan anda? Ha, tak kisah yang mana pun, kesemua generasi ini boleh hidup di bawah satu bumbung dalam projek perumahan EcoWorld. Baru bertapak selama 6 tahun di Malaysia, syarikat muda ini telah, sedang dan akan terus membina perumahan, tempat tinggal dan ruang untuk kehidupan dan komuniti merentasi generasi, untuk semua generasi tanpa mengira usia, minat dan apa yang anda lakukan.

semua generasi di bawah projek perumahan ecoworld

Apa itu generasi? Satu generasi menggambarkan keadaan atau situasi di mana setiap individu mempunyai pengalaman hidup yang tersendiri. Ia juga menggambarkan siapa diri kita dan bagaimana kita melihat dunia dari kacamata sendiri. Setiap generasi mempunyai personaliti tersendiri. Setiap generasi mempunyai kepercayaan, nilai, budaya, perspektif, kegemaran, kemahiran dan tret personaliti yang berbeza terhadap kehidupan, pekerjaan, impian dan cita-cita. Malah setiap generasi juga mempunyai pandangan berbeza tentang rumah yang ingin didiami.

Di zaman serba moden ini, klasifikasi generasi tidak hanya terhad kepada Generasi X, Y, Baby Boomers dan Z semata-mata. Ha, kalau anda tertanya-tanya anda tergolong di dalam generasi yang mana satu, mungkin senarai di bawah boleh membantu.

Gaya Hidup “The Zen Generation”

the zen generation ecoworld

Untuk mereka yang ingin mencari ketenangan minda dan merehatkan badan serta jiwa, kediaman EcoWorld mempunyai ruang riadah luar yang sesuai untuk bermeditasi.

Gaya Hidup “The Explorer Generation”

the explorer generation ecoworld

Untuk anda yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan gemarkan alam semuladi serta pengembaraan. Di perumahan EcoWorld, anda seisi keluarga boleh menerokai taman permainan dan laman hijau yang penuh dengan keunikan dan keajaiban untuk diteroka.

Gaya Hidup “The Ever Learner Generation”

the ever learner generation ecoworld

Tidak dilupakan buat mereka yang sudah berusia namun percaya umur bukan penghalang untuk belajar sesuatu baharu, kewujudan EcoWorld Life Space pastinya membuatkan anda teruja untuk belajar sesuatu yang baharu setiap hari.

Gaya Hidup “The Culinary Generation”

the culinary generation ecoworld

Dengan ruang dapur yang cukup luas untuk membina dapur idaman, mereka yang gemar memasak pastinya gembira dapat menghidangkan masakan sendiri untuk keluarga tercinta setiap hari sambil mencipta memori yang kekal abadi.

Gaya Hidup “The Trend Seeker Generation”

the trend seeker generation ecoworld

Untuk yang sentiasa mengikuti trend terkini, ruang komuniti EcoWorld seperti Ecoworld Labs memberikan anda platform untuk mengekpresikan kreativiti anda.

Gaya Hidup “The Minimalist Generation”

the minimalist generation ecoworld

Untuk anda yang ingin tinggal di dalam rumah dengan ruang tanpa sempadan, kediaman EcoWorld direka dengan kawasan yang luas untuk keselesaan dan kesederhanaan.

Gaya Hidup “The Digital Nomad Generation”

the digital nomad generation ecoworld

Buat anda yang bekerja “on the go”, keadaan sekeliling EcoWorld pastinya memberikan anda lebih tenaga, sekaligus memberikan anda inspirasi untuk idea lebih kreatif.

Gaya Hidup “The Gym Rat Generation”

the gym rat generation ecoworld

Kaki gim? Suka angkat berat? Suka bersenam? Untuk anda yang sentiasa inginkan hidup sihat, gim komuniti EcoWorld boleh digunakan untuk anda meningkatkan tahap kecergasan anda.

Gaya Hidup “The Nature Friendly Generation”

the nature friendly generation ecoworld

Adakah anda seorang pencinta alam? Setiap residensi di EcoWorld direka dengan laman peribadi sekiranya anda ingin menanam hidupan hijau, sayuran atau herba.

Gaya Hidup “The Pet Lover Generation”

the pet lover generation

Untuk anda yang ada memelihara haiwan kesayangan, kediaman mesra-haiwan di EcoWorld memastikan si comel anda bukan sahaja menjadi sebahagian daripada keluarga, malah sebahagian daripada komuniti tempat tinggal anda.

Gaya Hidup “The Artistic Generation”

the artistic generation ecoworld

Untuk anda yang berbakat dalam bidang kesenian, kawasan sekitar EcoWorld penuh dengan senibina yang mampu memberikan anda inspirasi.

Gaya Hidup “The Bold Creator Generation”

the bold creator generation ecoworld

Banyak idea yang baru dan menarik sering bermain di minda? Gunakan Intelligent Space Concept di laman perniagaan EcoWorld untuk menjadikan idea anda satu kenyataan.

Gaya Hidup “The #POTD Generation”

the #potd generation ecoworld

Setiap hari kena ambil gambar dan muatnaik ke Instagram? Ha, anda tergolong di dalam generasi #POTD. Jangan risau latarbelakang di EcoWorld pasti membuatkan gambar anda lebih awesome, lebih cantik dan confirm dapat banyak LIKE.

Gaya Hidup “The Collector Generation”

the collector generation ecoworld

Anda suka mengumpul barangan unik? Risau ruang tidak mencukupi untuk kesemua koleksi anda? Jangan bimbang kerana rumah EcoWorld mempunyai ruang luas yang boleh ditukar menjadi galeri peribadi untuk hobi anda.

Ha, memang menarik kan segala kemudahan, keselesaan dan juga rekaan EcoWorld yang boleh menempatkan kesemua 14 generasi tanpa mengira usia, kerja, hobi dan bakat anda. Senang cakap, sesungguhnya EcoWorld menawarkan tempat tinggal yang sesuai dan lengkap untuk setiap generasi menerusi 5 projek mereka terkini mereka iaitu:-

Brydon

byron ecoworld

Jika anda gemarkan alam semulajadi dan seni bina, Eco Horizon’s Brydon yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda seisi keluarga. Rekaan banglo dan semi-d yang terletak di kawasan selamat dan tenang membolehkan anda dan keluarga tercinta memperolehi ketenangan minda, sekaligus menikmati hidup secara maksimum.

Cora

cora ecoworld

Untuk rumah yang “vibrant” seperti diri anda, Cora di Eco Ardence, Shah Alam sangat sesuai kerana rekaan rumah taman, semi d dan banglonya hadir dengan clubhouse ekslusif, kawalan keselamatan terbaik dan laluan bertaman yang menarik di belakang rumah. Hub gaya hidupnya iaitu Ardence Labs, membolehkan anda berseronok dan makan-makan dalam persekitaran yang ceria. Hidup di Cora pasti tidak akan membosankan.

Hazelton

hazelton ecoworld

Mencari rumah yang sesuai untuk diri anda bagaikan “custom-made suit”? Hazelton di Eco Forest, Semenyih direka dengan prinsip ergonomic untuk kesemua jenis gaya hidup. Dengan konsep ErgoHomes (rekaan ekslusif EcoWorld), setiap unit dilengkapi dengan laman peribadi.

Regent Garden

regent garden ecoworldReka sendiri rumah idaman anda dengan EcoWorld kerana tiada siapa yang lebih mengetahui apa yang anda inginkan. Konsep “Design to Own” di Regent Garden Eco Grandeur, Puncak Alam memberikan anda kebebasan dan fleksibiliti untuk mencipta rumah impian anda. Serlahkan keunikan rekaan rumah anda berbanding orang ramai hanya di Regent Garden, Eco Grandeur.

Rosé

eco spring ecoworld

Langkah masuk ke Rosé dan anda akan rasa seperti telah masuk sebuah Eden dengan rumah-rumah serta taman yang memukau. Diinspirasikan rekaan klasik dan kontemporari Perancis terbaik, anda pasti akan jatuh cinta dengan rumah teres yang mempunyai ruang tamu yang amat luas. Selamat datang ke Rosé.

Maklumat lanjut layari laman rasmi EcoWorld

October 23rd, 2019

Salah satu fasa di dalam kehidupan kita apabila semakin meningkat dewasa ialah memiliki sebuah rumah. Setiap orang mempunyai rumah impian mengikut citarasa masing-masing. Ha, hari ini kami nak kongsikan beberapa tips untuk memudahkan anda mencari “your dream house”.

5 tips untuk memiliki rumah

Lokasi strategik

lokasi terbaik rumah

Perkara pertama yang perlu dititikberatkan apabila mencari rumah impian ialah lokasi dan juga ia haruskah berdekatan dengan lebuhraya untuk memudahkan kita memandu ke tempat kerja. Kalau boleh, jangan pilih rumah yang di tengah-tengah bandar kerana lokasinya yang terlalu padat. Nanti nak bernafas pun susah!

Keselamatan terjamin

tahap keselamatan rumah

Salah satu faktor paling penting ketika mencari rumah ialah keselamatan. Kita pasti tidak tenang dan tidak aman sekiranya kawasan yang diduduki sering dimasuki penjenayah.

tahap keselamatan rumah

Nak tidur pun seram sejuk dibuatnya. Langkah terbaik ialah mencari perumahan yang lengkap dengan “gated and guarded”. Dengan adanya pihak keselamatan seperti polis bantuan, kurang sikit risiko rumah nak diceroboh masuk.

Rekabentuk menarik

rekabentuk rumah menarik

Apabila mencari rumah idaman, sudah pasti kita ingin tinggal selama-lamanya di dalam rumah tersebut. Jadi kenalah cari yang rekabentuknya sedap mata memandang. Bukan sekadar luaran, rekaan dalaman, pengudaraan yang bagus dan kehadiran cahaya yang mencukupi pun penting juga.

rekabentuk rumah menarik

Wajib ada ruang tamu yang luas, dapur yang selesa dan juga bilik yang banyak lebih-lebih lagi jika kita sudah berkeluarga.

Kawasan sekitar cantik

kawasan sekitar rumah cantik

Salah satu perkara penting yang sentiasa kami gunakan ketika melihat sesuatu kawasan perumahan ialah kewujudan taman, kawasan untuk beriadah dan juga pokok-pokok yang ditaman di sekitarnya. Iyerlah, balik-balik kerja mesti dah penat dan stress kan?

eco world

Bila nampak pokok menghijau di rumah, terus tenang dibuatnya. Petang-petang boleh keluar main dengan anak-anak di taman permainan, berbasikal ataupun mengusahkan kebun secara kecil-kecilan. Sedikit sebanyak keluar peluh juga kan?

Pakej pembiayaan fleksibel

Last but not least, sekiranya anda menjumpai perumahan yang menawarkan pakej pembiayaan fleksibel untuk rumah idaman anda, sememangnya anda sangat-sangat bertuah. Iyerlah beli rumah ini komitmen seumur hidup. Kalau pembayaran dapat disesuaikan tanpa menyusahkan kita, memang terbaik sangat-sangat. Tak gitu?

eco world financing

Nampak macam susah kan nak cari rumah impian? Ha, rileks. Jangan stress-stress. Buat anda yang sedang berfikir-fikir nak beli rumah, kesemua ciri-ciri di atas ada pada:-

ECOWORLD

eco world

Nama EcoWorld sememangnya cukup terkenal di kalangan rakyat Malaysia. EcoWorld sangat popular dengan projek-projek perumahannya yang berkonsepkan mesra alam, kehijauan, dan rekaan menarik Kesemua projek EcoWorld lengkap dengan “gated and guarded” jadi anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan.

eco world

Cantik gila kan rekaan rumah-rumah EcoWorld nie?

Selain itu, EcoWorld juga turut menawarkan pakej pembiayaan fleksibel untuk para pembeli yang berminat dengan rumah mereka. Jadi tak adalah rasa terbeban sangat. Untuk makluman, projek perumahan EcoWorld sentiasa laku macam pisang goreng panas sebab memang dah terbukti kehebatan dan keselesaannya.

eco world

Cakap banyak pun tak guna juga sebenarnya sebab bab rumah ini kita kena pergi tengok dengan mata kita sendiri. Jadi hujung minggu ini, kosongkan jadual anda dan pergilah ke showroom EcoWorld yang berhampiran. Kesemua informasi ada di LAMAN RASMI ECOWORLD

Kami yakin anda akan bertemu dengan rumah idaman anda di EcoWorld.

May 29th, 2019

Hari ini sudah masuk minggu kedua kita berpuasa. Pejam celik, pejam celik, tup-tup nanti dah nak raya dah. Sepanjang bulan Ramadhan nie, memang kita perlu banyakkan beribadah tapi jangan pulak sampai terlupa nak buat persiapan Aidilfitri nanti, terutamanya baju raya.

1

macam biasa tahun nie Abang Nara sekeluarga akan sedondon lagi. Warna apa tak pilih lagi nie

Buat yang dah beli/tempah baju raya tue, sudah pasti anda dah tak sabar nak ambil gambar OOTD di pagi Aidilfitri nanti kan? Hari ini, Abang Nara nak kongsikan satu benda best iaitu peraduan #BergayaRayaOOTD anjuran EcoWorld. Inilah masa terbaik untuk korang berlatih OOTD di mana-mana projek EcoWorld.

2

Namun untuk geng-geng muda remaja yang suka ambil gambar style hipster, boleh kunjungi mana-mana projek EcoWorld atau pun Labs seperti Ardence Labs, Grandeur Labs dan Spring Labs untuk mendapatkan gambar yang lebih awesome. Paling penting, untuk menyertai peraduan #BergayaRayaOOTD anjuran EcoWorld ini, anda hanya perlu lakukan 3 langkah MUDAH di bawah:-

1. Tangkap gambar #BergayaRayaOOTD di mana-mana projek EcoWorld, termasuk Labs

2. Muatnaik gambar tersebut ke Instagram dengan hashtag #BergayaRayaOOTD dan tag @ewlabs

3. Pastikan akaun anda adalah mod “Public”

4. Follow akaun Instagram @ewlabs

Antara hadiah-hadiah yang boleh dimenangi untuk peraduan #BergayaRayaOOTD anjuran EcoWorld ini ialah:-

Hadiah Pertama: Samsung Galaxy S10

m-img-s10e-prismwhite-01

Hadiah Kedua: Dyson Cyclone V10 Absolute

4

Hadiah Ketiga: Dyson Airwrap™ Styler Complete

5

Hadiah Saguhati: Gaya-Gift Voucher daripada Christy Ng Bernilai RM200 x 5

6

Selain daripada ber”OOTD”, pelbagai aktiviti boleh dilakukan di ketiga-tiga Labs ini. Nak berbuka puasa kat sini pun boleh, nak hirup udara segar pun boleh, nak bawak anak main-main pun boleh, nak minum kopi pun boleh dan macam-macam lagilah. Ulang balik langkah 1-3 di atas sebanyak mana yang anda mahu. Lagi banyak penyertaan, lagi tinggilah peluang. Tapi pastikan gambar anda itu unik, kreatif dan menarik.

1. Ardence Labs, Setia Alam

ardence-1

ardence-2

2. Spring Labs, Johor Bahru

1

2

3. Grandeur Labs, Puncak Alam

graneur1

graneur2

Jadi tunggu apa lagi? Bersiap-sedialah dengan baju raya anda dan abadikan gaya anda di mana-mana projek EcoWorld untuk peluang memenangi hadiah-hadiah yang awesome. Sila layari Instagram EWLABS atau web untuk maklumat lanjut tentang contest #BergayaRayaOOTD ini.

Tertakluk kepada Terma dan Syarat