May 11th, 2018

Sebelum ini, Che Ta dituduh oleh seorang individu  yang mendakwa beliau selama ini “playsafe” dan mahu membodek Tun Mahathir selepas memuat naik ucapan sokongan buat perdana menteri ke 7 itu di akaun Instagramnya.

Terbaru, Che Ta menjelaskan sebab sebenar mengapa beliau dan beberapa lagi rakan artis tidak boleh menunjukkan sokongan mereka kepada Tun M sebelum ini.

Menurut Che Ta, rezeki mereka akan disekat oleh pihak atasan yang berkuasa sekiranya mereka menyatakan sokongan kepada pihak pembangkang terdahulu. Dalam erti kata lain, tidak boleh keluar di televisyen dan ia menjejaskan pendapatan mereka.

Nampaknya banyak pihak yang sudah berani bersuara dan meluahkan segala yang berlaku kepada mereka sebelum ini. Harapnya dengan penjelasan ini “haters” tidak sewenang-wenangnya mempertikaikan sokongan yang diberikan oleh orang ramai terhadap pembetukkan pemerintahan terbaru di Malaysia.

Advertisement
May 11th, 2018

Kemenangan Tun Mahathir dalam PRU 14 memberikan satu perubahan yang besar buat rakyat Malaysia yang tidak dinafikan sudah lama mahu negara ini kembali maju.

Ramai yang mengucapkan  tahniah dan memberikan ucapan sokongan buat Tun M termasuklah selebriti tanah air.

Walaubagaimanapun, bukan semua menyukai perubahan baru ini. Pelakon dan usahawan jelita, Che Ta turut terkena tempiasnya apabila seorang individu dengan biadap mempertikaikan tindakan Che Ta yang berkongsi kegembiraan beliau apabila Tun M menang. Namun, Che Ta tidak berdiam diri dan tampil membidas komen tersebut.

Jawapan pedas Che Ta ada logiknya serta amat padu sekali  dan turut mendapat sokongan daripada netizen lain.  Bersabar lah Che Ta, memang ada yang masih belum dapat menerima hakikat barisan kempimpinan di Malaysia sudah bertukar. Dalam hal politik juga, kritikan dan cemuhan ini tidak akan berhenti kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza.

Advertisement