Written by AbangNara | July 30th, 2012

Seperti biasa, semalam Abang Nara membaca Pancaindera untuk mengetahui perkembangan dunia hiburan Malaysia. Antara banyak artikel yang dikeluarkan, Abang Nara tertarik dengan tulisan Joyah Spot yang bertajuk “Dejavu Kinabalu ‘tiru’ Summer Scent?. Ini kerana sebelum ini memang Abang Nara ada menerima email daripada pembaca BeautifulNara yang menyatakan persamaan dua drama ini.

dejavu di kinabalu

Abang Nara petik sedikit tulisan Joyah Spot mengenai persamaan drama ini:-

Memang sahlah, Dejavu Kinabalu sama dengan Summer Scent, bukan sahaja ceritanya tapi plotnya pun sama. Joyah boleh kata macam tukar orang Korea dengan orang Melayu sahaja. Tukar tempat di Korea dengan tempat di Sabah.

Joyah sangat yakin persamaan ini, bab pindah jantung itu memang ketara sangatlah. Joyah tanya beberapa orang kawan yang juga ?kaki drama Korea”, mereka pun kata begitu juga.

Skrip drama Dejavu Kinabalu ditulis oleh Erma Fatima. Ada orang kata mungkin secara kebetulan, ceritanya sama. Joyah tak menolak bab itu. Tapi persamaan cerita berbeza dengan persamaan plot. Takkan plot pun secara kebetulan juga?

Joyah tak menuduh Dejavu Kinabalu ciplak Summer Scent. Cuma Joyah hairan kenapa persamaannya terlalu terperinci sangat. Kalau ada yang kurang percaya cakap Joyah, silalah tonton Dejavu Kinabalu dan ingat kembali Summer Scent.

Abang Nara tak sempat tengok drama Dejavu Di Kinabalu namun sebelum ini memang sudah layan drama Summer Scent. Sememangnya ada plot pemindahan jantung berlaku. Adakah Erma Fatima tidak sengaja atau sememangnya terpengaruh dengan drama Summer Scent semasa menulis skrip dramanya ini? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Erma Fatima berkaitan hal ini.

dejavu di kinabalu

PS : Korang semua mungkin sudah tahu quality hangbag buatan Korea, tak kesahlah ianya Ori, Imitation ataupun Inspired design. Vanitymask ada membuat Pre-order bag & handbag sempena Raya 2012 ini. Tapi korang perlu ingat ini adalah Pre-Order, bukan Ready-Stock yang bermaksud kalau korang order sekarang, barangnya akan dapat dalam jangka masa 2 minggu. Pre-Order ini bermula daripada 30hb July sehingga 5hb Ogos 2012. Selepas 5hb Ogos, korang dah tak boleh order dah, sebab takut tak sempat pihak VM nak pos sebelum Raya. Klik disini untuk melihat apa yang ditawarkan oleh VanityMask kali ini. Selamat berpuasa!

Written by AbangNara | July 13th, 2012

Sekarang ini di serata dunia semuanya sedang demam Kpop. Malaysia pun tak kurang hebatnya juga. Setiap kali ada artis Korea datang ke Malaysia, boleh dikatakan sold out jugaklah tiket-tiketnya. Paling hebat pastinya kehadiran Big Bang Ke Malaysia pada bulan Oktober nanti. Namun bagaimanakah Kpop ini bermula di Malaysia sebenarnya?

KPOP

Ketika Abang Nara sambung belajar di Korea pada tahun 2001, dunia masih tidak mengenali Korea. Samsung masih merupakan satu jenama yang dipandang rendah berbanding Sony. Drama-drama dan lagu-lagu Jepun masih kuat pengaruhnya di kalangan rakyat Malaysia. Namun segalanya bermula dengan penyebaran video klip lagu “Because I’m a girl” daripada kumpulan KISS.

Dengan melodi yang menyedihkan, lirik lagu yang menyentuh perasaan dan paling penting, video klip yang mampu mengalirkan air mata, sejarah Kpop bermula secara viral di Malaysia. Ramai yang mula tertanya-tanya tiada lagikah produk dari Korea yang sehebat lagu ini? Bermula dari sinilah masuknya drama-drama seperti Winter Sonata, Autumn In My Heart dan Stairway To Heaven.

kpop

Kemudian kemunculan idola Kpop yang bukan sahaja boleh menyanyi dan menari iaitu Rain menerusi lakonannya di dalam drama FullHouse menghangatkan lagi demam Kpop di Malaysia. Ramai gadis-gadis remaja jatuh cinta dengan lakonan Rain di dalam drama ini sekaligus mengisytiharkan Rain sebagai kekasih impian mereka.

KPOP

Perlu diingatkan ketika ini penyanyi-penyanyi berkumpulan seperti Big Bang, Wondergirls, Girl Generation, KARA dan banyak lagi masih belum sampai pengaruhnya ke Malaysia. Pada ketika ini, kira-kira tahun 2007-2008, Kpop meluaskan empayarnya terlebih dahulu menerusi eksport drama-drama mereka. Kemungkinan besar kekacakan wajah hero dan kecantikan heroin drama Korea ditambah pula dengan jalan cerita yang sedih tahap gaban menyebabkan populariti Kpop meningkat secara mendadak.

KPOP

Nantikan part II yang akan menyusul minggu depan untuk informasi selanjutnya tentang fenomena Kpop di Malaysia. Kalau anda ada informasi yang menarik, ada fakta yang ingin diperbetulkan atau ingin berkongsi pengalaman Kpop anda, sila tinggalkannya di ruangan komen di bawah.