June 29th, 2015

Dari awal tayangannya sehingga bakal melabuhkan tirai minggu ini, Drama Isteri Luar Biasa masih lagi menerima pelbagai kritikan negatif. Jika sebelum ini ada yang menganggap drama ini tidak bermoral,  kali ini wujud pula surat terbuka mengenai drama tersebut yang kini menjadi viral di Facebook.

Kandungan  didalam surat tersebut seakan menyifatkan Dia Isteri Luar Biasa sebagai drama penuh maksiat kerana terdapatnya adegan peluk yang keterlaluan dikalangan hero dan heroinya iaitu Fathia Latiff dan Shukri Yahaya.

Berikut adalah luahan penuh didalam surat terbuka tersebut:

Apa pula pendapat anda? Adakah  adegan romantis didalam drama Dia Isteri Luar Biasa ini agak keterlaluan?

Sumber Berita: Facebook Hazal Din

 

June 10th, 2015

Drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB) yang sedang hangat ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 telah mencipta pelbagai kontroversi. Dengan dakwaan cerita tidak bermoral, tidak masuk akal dan aksi mesra yang keterlaluan, para pelakon dan penerbit drama ini masing-masing telah mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan DILB. Ada juga desas-desus menyatakan TV3 sengaja merancang kontroversi DILB agar ratingnya meletop.

dia isteri luar biasa

Pengurus Besar Kumpulan, TV3 dan TV9, Sherina Nordin telah pun memberikan sedikit komen berhubung isu ini. Menurut Sherina, pemilihan drama untuk slot Akasia adalah berdasarkan jalan cerita yang bagus dan pemilihan pelakon. Walaupun sering diisi dengan drama yang diadaptasi dari novel, itu tidak bermakna slot Akasia adalah khas untuk drama sebegitu. Kata Sherina:-

Pihak kami tidak pernah merancang mencipta kontroversi semata-mata untuk meningkatkan rating. Kami hanya fokus kepada rangka promosi yang telah kami rancang lebih awal. Rangka promosi ini kita buat untuk semua program TV yang kita buat sebelum-sebelum ini. Jadi, apa-apa kontroversi yang melibatkan DILB bukanlah sesuatu yang kononnya kami rancang bersama pihak penerbit.

Apa sahaja kenyataan-kenyataan yang keluar daripada pihak penerbit dan juga pelakon-pelakon bukan di bawah kawalan pihak stesen TV. Jika kontroversi yang berlaku tidak terlalu memudaratkan, pihak kami tidak akan masuk campur.

Kontroversi seperti ini sebenarnya tidak semestinya membantu. Sebaliknya jalan cerita serta barisan pelakon yang membintangi drama berkenaan mampu menarik minat penonton untuk mengikuti drama itu. Saya percaya jalan cerita memainkan peranan penting.

Sebab itu setiap kali kami membuat pemilihan drama untuk mengisi slot-slot yang ada di saluran TV kami, kami mementingkan jalan cerita dan juga pemilihan pelakon. Selalunya, pihak kami akan berbincang dengan pihak penerbit untuk mendapatkan pelakon yang sesuai. Ini untuk memastikan drama terbabit boleh menarik minat penonton untuk mengikutinya.

Slot Akasia sebenarnya bukanlah untuk menyiarkan drama-drama hasil adaptasi. Bermula 6 Julai hadapan misalnya, Slot Akasia akan menyiarkan drama ‘Syurga Nur’ yang bukan diadaptasi daripada mana-mana novel. Macam yang saya jelaskan tadi, kami memilih drama-drama yang mempunyai jalan cerita yang bagus. Itu adalah kriteria utama. Selagi jalan ceritanya mempunyai mesej yang baik, kita akan siarkan

drama tv3

Sememangnya slot Akasia selalu menjadi rebutan para penerbit kerana jumlah penonton yang ramai. Malah impak slot Akasia seringkali membuatkan hero dan heroin drama yang ditayangkan popular sekelip mata. Apa pun diharapkan di masa hadapan pemilihan untuk drama di TV3 akan dilakukan dengan lebih teliti. Sekali sekala pilihlah jalan cerita yang menunjukkan kehidupan masyarakat normal. Bosan juga kalau asyik-asyik cerita tentang lelaki kaya dan kahwin paksa. Sekali sekala buatlah kepayahan hidup rakyat marhaen. Tak gitu? Sumber Tonton Extra.

kaboom

P.S: Letupkan perniagaan anda di bulan Ramadhan ini dengan beriklan di BeautifulNara. Senang je caranya. Hantarkan email ke [email protected] dan kami akan kembali pada ada dengan pakej pengiklanan Ramadhan yang amat berpatutan.

June 2nd, 2015

Baru sahaja ditayangkan, drama Dia Isteri Luar Biasa lakonan Fathia Latiff, Shukri Yahya dan Keith Foo telah mendapat komen yang cukup pedas dimana ada beberapa pihak menyatakan ia sebuah drama yang tidak bermoral.

Menerima pelbagai kritikan selepas isu tersebut, Fathia meminta agar masyarakat tidak menghakimi sesuatu perkara sebelum menonton drama itu sehingga  tamat dan melihat setiap mesej yang disampaikan daripada sudut positif.

Setiap drama ada penjahat dan ada orang baik. Jadi saya rasa drama-drama semua ada nilai-nilai negatif dan positif. Benda yang positif kita ambil sebagai contoh. Tetapi negatif kita ambil sebagai iktibar. Saya rasa sebagai manusia yang ada akal kita boleh fikir mana yang baik dan buruk.

Bagi saya kata tak bermoral itu saya tak nak komen apa-apa. Cuma nak cakap tengok cerita itu sampai habis. Pengajaran daripada cerita tersebut boleh diperolehi di penghujung episod. Ketika itu penonton boleh menilainya dengan sendiri.

Mengakui merasa agak terkejut apabila mendengar maklum balas sedemikian pada mulanya, Fathia tetap mempercayai bahawa drama Dia Isteri Luar Biasa mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Saya mula-muka terkejut dengan maklum balas apabila ada orang cakap cerita itu tak bermoral kerana saya sendiri yang melakonkan watak itu. Setiap drama mempunyai moral yang kita boleh tunjukkan. Jadi saya seru pada peminat tengok cerita itu sampai habis dulu baru kita menilai.

Mungkin ada yang kurang gemar menonton drama adaptasi novel yang kini cukup trending di Malaysia sehingga mereka mudah mencari kesalahan bagi drama berunsur sedemikian. Namun, ia tidak bermakna kita boleh mudah memberikan komen atas karya seseorang.

 

 

 

May 29th, 2015

Drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB) memang sedang hangat diperkatakan dan ditonton jutaan rakyat Malaysia setiap petang. Mengisi slot Akasia TV3, setiap kali episod DILB ditayangkan, pasti ia menjadi perbualan ramai terutamanya di media sosial sehingga trending. Kehebatan lakonan pelakon-pelakonnya iaitu Nur Fathia, Keith Foo, Shukri Yahya dan ramai lagi tidak perlu dipertikaikan. Ramai yang sudah menjadi pengikut tegar drama ini.
dia isteri luar biasa

Ziela Jalil merupakan salah seorang pelakon DILB. Seringkali memuatnaik gambar/video behind the scene drama ini, baru-baru ini Ziela Jali telah menerima beberapa komen daripada peminatnya tentang DILB di laman Instagramnya. Yang mencuri perhatian ialah dakwaan peminat tersebut bahawa drama itu tidak bermoral. Mungkin tertekan dengan dakwaan tersebut, Ziela Jalil menyarankan agar menonton stesen lain jika DILB tidak bermoral seperti yang didakwa.

dilb

Akibat komentar yang diterima daripada pengikutnya itu, para peminat Ziela Jalil lain meluahkan pendapat masing-masing. Abang Nara secara jujur tak tengok drama DILB. Namun kalau betul jalan ceritanya tangkap khalwat untuk dapatkan anak, rasanya macam sama je dengan drama-drama sebelum ini. Hmmmm. Macam tak ada kelainan. Sikit-sikit kahwin kerana terpaksa.

dilbdilbdilb

Mungkin ada antara anda yang menonton DILB. Bolehlah kongsikan pendapat sama ada drama ini benar-benar tidak bermoral atau sebaliknya. Nak komen lebih-lebih pun tak boleh sebab Abang Nara tak tengok. Apa pendapat anda?

satinskinzP.S: Ramai dah yang “terpaksa jadi cantik” selepas menggunakan Satin Skinz – Halal Natural ini. Ramai juga yang terkejut dengan keberkesannya yang mula jelas kelihatan selepas hanya 2 minggu. Ratusan pengguna amat berpuas hati dan terus jatuh cinta dengannya. Halal, suci, berbaloi dan pasti menawan. Tengok sendiri sekarang juga di FacebookSatin Skinz – Halal Natural dan Instagram satinskinz2u