TV3 Tak Rancang Kontroversi Dia Isteri Luar Biasa, Pilih Drama Jalan Cerita Yang Bagus

Hiburan

TV3 Tak Rancang Kontroversi Dia Isteri Luar Biasa, Pilih Drama Jalan Cerita Yang Bagus

Drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB) yang sedang hangat ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 telah mencipta pelbagai kontroversi. Dengan dakwaan cerita tidak bermoral, tidak masuk akal dan aksi mesra yang keterlaluan, para pelakon dan penerbit drama ini masing-masing telah mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan DILB. Ada juga desas-desus menyatakan TV3 sengaja merancang kontroversi DILB agar ratingnya meletop.

dia isteri luar biasa

Advertisement

Pengurus Besar Kumpulan, TV3 dan TV9, Sherina Nordin telah pun memberikan sedikit komen berhubung isu ini. Menurut Sherina, pemilihan drama untuk slot Akasia adalah berdasarkan jalan cerita yang bagus dan pemilihan pelakon. Walaupun sering diisi dengan drama yang diadaptasi dari novel, itu tidak bermakna slot Akasia adalah khas untuk drama sebegitu. Kata Sherina:-

Pihak kami tidak pernah merancang mencipta kontroversi semata-mata untuk meningkatkan rating. Kami hanya fokus kepada rangka promosi yang telah kami rancang lebih awal. Rangka promosi ini kita buat untuk semua program TV yang kita buat sebelum-sebelum ini. Jadi, apa-apa kontroversi yang melibatkan DILB bukanlah sesuatu yang kononnya kami rancang bersama pihak penerbit.

Apa sahaja kenyataan-kenyataan yang keluar daripada pihak penerbit dan juga pelakon-pelakon bukan di bawah kawalan pihak stesen TV. Jika kontroversi yang berlaku tidak terlalu memudaratkan, pihak kami tidak akan masuk campur.

Kontroversi seperti ini sebenarnya tidak semestinya membantu. Sebaliknya jalan cerita serta barisan pelakon yang membintangi drama berkenaan mampu menarik minat penonton untuk mengikuti drama itu. Saya percaya jalan cerita memainkan peranan penting.

Sebab itu setiap kali kami membuat pemilihan drama untuk mengisi slot-slot yang ada di saluran TV kami, kami mementingkan jalan cerita dan juga pemilihan pelakon. Selalunya, pihak kami akan berbincang dengan pihak penerbit untuk mendapatkan pelakon yang sesuai. Ini untuk memastikan drama terbabit boleh menarik minat penonton untuk mengikutinya.

Slot Akasia sebenarnya bukanlah untuk menyiarkan drama-drama hasil adaptasi. Bermula 6 Julai hadapan misalnya, Slot Akasia akan menyiarkan drama ‘Syurga Nur’ yang bukan diadaptasi daripada mana-mana novel. Macam yang saya jelaskan tadi, kami memilih drama-drama yang mempunyai jalan cerita yang bagus. Itu adalah kriteria utama. Selagi jalan ceritanya mempunyai mesej yang baik, kita akan siarkan

drama tv3

Sememangnya slot Akasia selalu menjadi rebutan para penerbit kerana jumlah penonton yang ramai. Malah impak slot Akasia seringkali membuatkan hero dan heroin drama yang ditayangkan popular sekelip mata. Apa pun diharapkan di masa hadapan pemilihan untuk drama di TV3 akan dilakukan dengan lebih teliti. Sekali sekala pilihlah jalan cerita yang menunjukkan kehidupan masyarakat normal. Bosan juga kalau asyik-asyik cerita tentang lelaki kaya dan kahwin paksa. Sekali sekala buatlah kepayahan hidup rakyat marhaen. Tak gitu? Sumber Tonton Extra.

kaboom

P.S: Letupkan perniagaan anda di bulan Ramadhan ini dengan beriklan di BeautifulNara. Senang je caranya. Hantarkan email ke [email protected] dan kami akan kembali pada ada dengan pakej pengiklanan Ramadhan yang amat berpatutan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...