January 10th, 2018

Baru-baru ini, kisah luahan sedih pelawak Achey dan isterinya, Nor Hasanah yang masih belum dikurniakan cahaya mata menyentuh hati ramai netizen. Mereka semua mendoakan agar Achey dan isteri satu hari nanti dikurniakan zuriat mereka sendiri.

Achey menerusi portal mStar Online berkata,  mereka sudah menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur dan doktor memberitahu mereka berdua tidak mempunyai masalah kesuburan. Cuma, doktor ada berkata kemungkinan isterinya sukar untuk hamil disebabkan tekanan.

Mereka mahu berusaha tanpa putus asa untuk mendapatkan zuriat secara normal dan belum merancangan untuk melakukan rawatan IVF buat masa ini.

Seboleh-bolehnya saya dan isteri mahu menjalani proses mendapat zuriat itu secara normal. Seperti pasangan suami isteri yang lain juga. Ada juga menerima beberapa tawaran tajaan untuk melakukan proses IVF tapi kami berdua belum cukup bersedia untuk buat sekarang.

Sebab nak melalui proses itu belum masa rehat yang panjang. Kami berdua tidak boleh dalam keadaan tertekan. Buat masa ini saya ada tanggungjawab kerja lagi. Insya-Allah akan fikirkan kemudian. Tapi saya tidaklah menolak cuma buat masa ini masih berfikir lagi masa tidak sesuai.

InshaAllah, satu hari nanti berkat usaha serta doa Achey dan isteri, pasti mereka akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Kami mendoakan agar hasrat mereka itu akan dimakbulkan.

Sumber Berita : mStar Online

January 3rd, 2018

Siapa yang tidak kenal dengan pelawak Achey, daripada orang dewasa sehinggalah kanak-kanak pasti terhibur dengan lawak  beliau.

Namun, disebalik segala senyum dan tawa Achey demi menghiburkan kita, terdapat kisah sedih dalam hidupnya dan isteri, Nor Hasanah Yahaya yang belum lagi dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga.

Menerusi rancangan Di Balik Tawa baru-baru ini, luahan sedih Achey  dan isteri beliau mendapat perhatian ramai. Pelbagai tomahan yang mereka harus hadapi kerana isu tersebut.

Penguat pasangan ini adalah dengan menumpang kasih sayang anak-anak rakan serta saudara-mara mereka. Achey dalam nada sebak meminta maaf sekiranya ada sesetengah orang kurang senang jika beliau mendekati anak-anak mereka, beliau memohon untuk meminjam kasih sayang anak-anak itu sekejap sahaja.

Tersentuh hati kami dengan segala luahan Achey dan isteri. Kami mendoakan agar mereka berdua kekal tabah dan sabar serta jangan peduli dengan percakapan orang lain. Percayalah perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik dan rezeki itu boleh datang bila-bila masa sahaja. Teruskan berdoa dan jangan putus asa.