December 17th, 2013

Antara komen-komen yang diterima di dalam artikel “Nora Danish, Nadeem & Rakan-rakan bercuti di Thailand” ialah “daripada korang gi bercuti lebih baik korang pergi tolong mangsa banjir kat Pahang tue“. Nampaknya insan yang menulis komen itu kini terpaksa menelan ludahnya sendiri. Itulah, jangan cepat sangat bersangka buruk kepada orang. Kan dah malu sendiri.

nora danish bantu mangsa banjir

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Nora Danish dan Dimorian Crewnya kerana telah turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang baru-baru ini. Siap pakai baju ada tulis “Dimorian Crew” lagi. Nampak gayanya semenjak dua ini makin ramai artis yang prihatin dengan kesusahan yang menimpa rakyat Pahang. Good job!!!

nora danish bantu mangsa banjir

Jangan lepas ini ada pula yang mempersoalkan keikhlasan hati Nora Danish dan Dimorian Crew di dalam menghulurkan bantuan ini. Soal ikhlas, biarlah mereka sahaja yang tahu. Yang penting, mereka turun membantu. Semoga usaha murni akan diteruskan lagi di masa hadapan. Beberapa lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

nora danish bantu mangsa banjir
nora danish bantu mangsa banjir
nora danish bantu mangsa banjir
nora danish bantu mangsa banjir

Advertisement
December 10th, 2013

Hujung tahun sememangnya masa terbaik untuk bercuti bersama orang tercinta dan rakan-rakan rapat. Setelah terbang ke Eropah baru-baru ini, sekali lagi Nora Danish, Nadeem dan rakan-rakan mereka yang diberi nama “Dimorian Crew” melancong ke Thailand bersama-sama. Tentu havoc dan seronok sangat!!!

nora danish dan rakan rakan

Paling cool dan stylo apabila kesemua yang terlibat di dalam trip ini memakai baju T-shirt yang dicetak dengan wajah Nadeem. Memang sempoi habis. Nampak gaya perancangan untuk percutian ini telah dilakukan lama. Pasti seronok dapat berehat bersama rakan-rakan yang sekepala.

nora danish dan rakan rakan

Semoga Nora Danish, Nadeem dan Dimorian Crew selamat pulang ke Malaysia kelak. Jangan nakal-nakal sangat di negara orang. Keselamatan harus dijaga. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

nora danish dan rakan rakan
nora danish dan rakan rakan
nora danish dan rakan rakan
nora danish dan rakan rakan
nora danish dan rakan rakan
nora danish dan rakan rakan

Advertisement