March 25th, 2016

Mempunyai hasrat untuk melantik Amelina sebagai duta produknya, Dato’ Aliff Syukri sanggup berhabis sehingga ratusan ribu ringgit bagi mendapatkan Ratu Dangdut Malaysia itu.

Buat Aliff, Amelina mempunyai aura tersendiri  serta sentiasa kelihatan segar dan ia sangat bersesuaian dengan pelantikkan beliau sebagai duta produk perwarna rambut syarikatnya.

Tidak perlu saya nyatakan apa nombornya, tetapi ia berjumlah ratusan ribu.Selain mempunyai rambut yang sihat, Amelina juga pandai menjaga penampilannya untuk sentiasa nampak bergaya sejak kembali semula aktif di dunia hiburan.

Amelina pula pada masa yang sama sempat meluahkan rasa syukur dipilih sebagai duta produk D’Herbs dan ia satu tawaran yang tidak pernah disangka olehnya.

Saya tidak sangka ditawarkan menjadi produk pewarna rambut ini, ia bermakna ada pihak yang sentiasa memerhatikan penampilan kita sebagai artis.

Saya pula memang fanatik sedikit tentang rambut dan sejak dari dulu memang imejnya berubah-ubah supaya orang tidak bosan.

Itulah yang dinamakan rezeki, mungkin ada pihak yang tidak suka dengan penampilan anda tetapi masih ada yang boleh nampak sesuatu didalam diri anda.

Sumber Berita : Astro Gempak

January 7th, 2016

Hasil usaha keras dalam perniagaan, usahawan muda Dato’ Aliff Syukri ataupun lebih dikenali dengan panggilan Dato Terlajak Laris tidak sabar untuk menanti rumah baharu beliau bernilai RM 20 juta yang bakal siap dibina dengan sentuhan ala Istana British.

Bahkan rumah baharu beliau ini antara rumah yang terbesar di sekitar Petaling Jaya.

Saya sukakan gaya Istana British. Jadi saya buat lebih kurang dengan konsep begitu.  Saya juga terharu kerana rumah baru saya ini disenaraikan antara rumah yang terbesar di kawasan Petaling Jaya.

Jika sebelum ini Dato Seri Vida menerima pelbagai kritikan selepas muncul dalam program Terlajak Puteh Nampak, Aliff juga turut terkena tempias yang sama.

Aliff pernah menolak permintaan pihak Astro sebanyak dua kali sebelum muncul dalam program berkenaan. Bukan niat ingin bermegah dengan kekayaannya, Aliff hanya ingin menjadi sumber inspirasi buat mereka diluar sana.

Apabila Astro telefon sebenarnya dua kali saya menolak sebab saya tak mahu dikatakan yang bukan-bukan. Tapi bila fikir balik, oklah saya terima dengan niat yang baik.

Namun secara jujurnya bukan senang saya nak jadi seperti sekarang.  Macam-macam perkara yang saya kena lalui.  Ingat lagi dulu, saya pernah terima ugutan bunuh, ada orang nak pukul saya, dan macam-macam atas pelbagai alasan.  Biasalah dalam bisnes kan.  Jangan tak tahu, yang benci dengan suara kepit saya pun ada.

Tapi saya tak pernah sakiti hati orang lain dan saya jujur dalam bisnes.  Alhamdulilah, sehingga hari ini berkat semua itu, saya ok dan tidak alami apa-apa.  Syukur.

Sudah lama bekerja keras, tentu sekali setiap insan mahu menikmati dan mencapai setiap impian mereka dalam sesuatu perkara. Jangan mudah cemburu dengan kejayaan orang lain, tetapi cuba bangkit dan usaha untuk mengubah hidup kita.

Sumber Berita: Media Hiburan

November 18th, 2015

Meskipun kini beliau sudah bergelar jutawan dan terkenal, Dato’ Aliff Syukri yang sinonim dengan trademark “terlajak laris” mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anaknya.

Bukan mudah untuk mencipta kejayaan seperti sekarang, Dato’ Aliff Syukri nampaknya tidak mudah lupa diri akan kesusahan yang beliau pernah lalui dan bersikap tegas dengan anak-anak beliau.

Sedang kebanyakkan anak-anak kecil sekarang dimanjakan dengan gajet-gajet canggih, Dato’ Aliff Syukri dan isterinya Datin Shahida cukup tegas menjalani tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Muncul dalam program Wanita Hari Ini di TV3 semalam, ramai yang terkejut dengan cara didikan mereka sehingga ia menjadi viral di Internet.

Berikut adalah 8 cara Dato’ Aliff Syukri mendidik anak mereka:-

  • Dato & datin x pernah bg hp, tab, gajet2 kpd anak2. Jadual ank2 penuh dgn mase belajar bhs cina, india, english, mengaji dll. Mase lebih yg ade akn diluangkn bersame kluarga.
  • Anak2 dibolehkn tgk tv hanya pd Hari Sabtu & 2jam sahaja.
  • Setiap kali makan di rumah akn mkn bersama2 duduk di lantai (bentang tikar), senang suap menyuap. Meja hanya sbg syarat ade dlm rumah (kdg2 org guna utk berlakon).
  • Dato g keje bawa bekal & wajib utk anak2 bawa bekal juga. Isteri yg masak, bibik hanya membantu. Sebab Dato percaya air tgn seorang ibu kpd ank2 & isteri sgt2 bagus.

  • Anak2 sekolah swasta. Dato hnya bg duit belanja RM2 klu nk beli aiskrim/ape2. Sedangkn ibu bp kpd kwn2 ank2 nye bg rm10/hari.
  • Dato akn bawa ank2 ke rumah ank yatim 2 bulan sekali utk ank2 tido sna & rasai same2 kehidupn susah sng ank2 yatim yg tiade ibu bp dan tengok sendiri perasaan mereka bile terima sumbangan.
  • Dato akn pastikn anak2 tahu rase susahnye nk cari duit. Latih anak2 alami sendiri. Bile ank2 dh besar klu nk kereta kene rase dulu jd pekerja stor & ujian2 dr Dato.
  • Mslh bile anak2 berkumpul dgn sepupu2 mereka atau bile berada dlm fmly bsr ialah mereka akn persoalkn xde mainan itu ini, xde gajet..sbb Dato x nk train ank dgn kemewahan & mudahnye klu nk dapat sesuatu.
  • Dato percaya..anak2 yg berkualiti, bagus datangnye dr didikan ibu bapa. Ibu bapa yg pertama dlm kehidupn ank2. Guru2 sekolah itu yg ke2. Bukan kita suh guru2 100% didik ank kita. Kita cuma usaha sekolahkn ank2 dgn bagus.
  • Datin percaya setiap ank2 ade kelebihan & kekurangan. Jadi jgn pilih kasih pd ank2.

Memang hebat juga abang terlajak laris kita dalam mendidik amanah Allah SWT yang diberikan kepada mereka. Tidak semestinya jika bergelar jutawan kita harus memanjakan anak dengan kemewahan, kerana jika sudah biasa begitu di masa hadapan tentu mereka tidak akan menghargai erti kehidupan sebenar.

Sumber : Facebook Zah Efa

November 16th, 2015

Tagline ‘Terlajak Laris’ produk DHerbs boleh diakatakan menjadi satu fenomena untuk perniagaan kosmetik di negara ini. Pengasasnya, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman dan isteri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid telah menganjurkan majlis Malam Gala Fantasy DHerbs 2015 malam Sabtu lepas. Dengar tajuk pun sudah tentu anda boleh mengagak yang majlis ini bertemakan fantasi. Individu yang hadir pada malam ini mengenakan kostum dan solekan seperti watak-watak dalam kisah dongeng dan fantasi.
 photo 12093600_188673531471963_1697006903_n.jpg

Fasha Sandha berpakaian seperti Elsa Frozen, Zain Saidin, Norman Hakim, Memey Suhaiza, Arja Lee, Rebecca Nur Al Islam, Datuk Shah Rezza, dan Ziela Jalil. Sementara itu, Ziana Zain dan Ning Baizura telah membuat persembahan.

Lagi 25 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar The Assemble dan The Malaya.

Anda peminat muzik berirama RoCk?! Bagaimanakah agaknya jika lagu-kagu berirama rock digubah dlm susunan vokal koir?…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 11 November 2015


 photo 12256899_1662452810725649_2112607783_n.jpg
 photo 12256764_1701379016774172_415457969_n.jpg
 photo 12237537_188962318109733_1411068917_n.jpg
 photo 12237377_1051409688210627_1106701972_n.jpg
 photo 12237127_709996705804618_332480272_n.jpg
 photo 12237326_988828927827735_304651271_n.jpg
 photo 12224584_436127999926773_1034997224_n.jpg
 photo 12237069_780262942102780_1742001238_n.jpg
 photo 12224573_1142364755776664_1736152002_n.jpg
 photo 12224694_1489768034664579_874681751_n.jpg
 photo 12230944_786906111436444_1243958738_n.jpg
 photo 12224650_438529583014799_77772342_n.jpg
 photo 12224282_1637086183213290_642512929_n.jpg
 photo 11925822_1632572206967644_1890138734_n.jpg
 photo 11410726_1054290304613610_1237137011_n.jpg
 photo 12142600_169895183360688_1663338270_n.jpg
 photo 12145599_1689294487949374_1220256667_n.jpg
 photo 12120523_1026689620738571_1962065113_n.jpg
 photo 11377772_1651020685146515_961710149_n.jpg
 photo 11372331_897939200302783_909671001_n.jpg
 photo 10852943_1694616864106350_921152526_n.jpg
 photo 11371280_891554297581087_209100292_n.jpg
 photo 11351977_799114633544066_1140087989_n.jpg
 photo 11008259_933035446762522_1224392326_n.jpg
 photo 11249578_190016641337330_906689016_n.jpg