Dato’ Aliff Syukri Sanggup Labur Ratusan Ribu Ringgit Lantik Amelina Sebagai Duta

Hiburan

Dato’ Aliff Syukri Sanggup Labur Ratusan Ribu Ringgit Lantik Amelina Sebagai Duta

Mempunyai hasrat untuk melantik Amelina sebagai duta produknya, Dato’ Aliff Syukri sanggup berhabis sehingga ratusan ribu ringgit bagi mendapatkan Ratu Dangdut Malaysia itu.

Buat Aliff, Amelina mempunyai aura tersendiri  serta sentiasa kelihatan segar dan ia sangat bersesuaian dengan pelantikkan beliau sebagai duta produk perwarna rambut syarikatnya.

Advertisement

Tidak perlu saya nyatakan apa nombornya, tetapi ia berjumlah ratusan ribu.Selain mempunyai rambut yang sihat, Amelina juga pandai menjaga penampilannya untuk sentiasa nampak bergaya sejak kembali semula aktif di dunia hiburan.

Amelina pula pada masa yang sama sempat meluahkan rasa syukur dipilih sebagai duta produk D’Herbs dan ia satu tawaran yang tidak pernah disangka olehnya.

Saya tidak sangka ditawarkan menjadi produk pewarna rambut ini, ia bermakna ada pihak yang sentiasa memerhatikan penampilan kita sebagai artis.

Saya pula memang fanatik sedikit tentang rambut dan sejak dari dulu memang imejnya berubah-ubah supaya orang tidak bosan.

Itulah yang dinamakan rezeki, mungkin ada pihak yang tidak suka dengan penampilan anda tetapi masih ada yang boleh nampak sesuatu didalam diri anda.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...