November 14th, 2019

Bulan lalu kecoh dengan berita pergolakan rumah tangga Adira Suhaimi dan Datuk Seri Adnan Abu  tau lebih dikenali sebagai Datuk Red apabila penyanyi itu memfailkan perceraian terhadap suaminya. Lama memendam perasaan, Adira ketika itu tegas dengan pendiriannya untuk berpisah.

datuk red adira bercerai

Namun, kini nampaknya perkahwinan mereka masih boleh diselamatkan lagi dan berkemungkinan pasangan ini sedang dalam proses untuk menyelesaikan masalah mereka secara baik.

Terbaru, menerusi akaun Instagram, Datuk Red meluahkan rasa syukur kerana Adira dikatakan mahu menarik balik permohon cerai yang difailkan sebelum ini. Difahamkan, keputusan itu dibuat atas sebab anak-anak.

datuk red adira tidak jadi ceraiTerdahulu, Datuk Red berkata dia enggan berpisah dan ingin terus mempertahankan rumah tangga mereka. Dia masih sayangkan isteri dan anak-anaknya dan akan menggunakan peluang yang ada untuk menambat hati Adira semula.

Jika berita ini benar, syukurlah pasangan ini sudah cuba toleransi dan menyelesaikan masalah mereka. Apa-apa pun, kita tunggu kenyataan rasmi daripada Adira.

October 16th, 2019

Belum lagi reda dengan isu perceraiannya dengan penyanyi Adira Suhaimi, ahli perniagaan Datuk Red ditimpa lagi dengan ujian apabila anak perempuannya pula kini dalam proses perceraian.

datuk red adira

Memuat naik foto dia dan anaknya di Mahkamah Syariah Rendah Kuala Selangor, Datuk Red meluahkan rasa sedih mengenangkan nasib anaknya. Rumah tangga dilanda badai selepas baharu sahaja setahun berkahwin.

Mereka (anak dan menantu) pun nak bercerai, Allah duga saya sangat kuat. Anak saya baru 20 tahun dan usia perkahwinannya juga baru masuk setahun. Pada saya, ini semua akibat saya alpa dengan kehidupan dunia, inilah balasannya.

Dia jenis berahsia, dari dulu dia hidup sendiri. Itu yang saya kasihan dengan nasib dia. Anak saya ini, kalau dia tak susah dia memang tak akan hubungi saya.

Difahamkan, anak perempuannya itu merupakan hasil perkahwinan Datuk Red bersama bekas isteri pertama ketika dia berusia 20 tahun yang hanya bertahan selama lima tahun.

Sumber Berita : Astro Gempak

October 11th, 2019

Ingin terus mempertahankan perkahwinannya meskipun isteri, Adira Suhaimi sudah nekad untuk meneruskan proses perceraian, Datuk Red akui wujud campur tangan orang ketiga dalam kemelut rumah tangga mereka dan menghasut isterinya untuk bercerai.

adira datuk red cerai

Ada pihak yang sememangnya ingin melihat mereka berpisah, tetapi Datuk Red tidak akan mudah berputus asa menyelamatkan mahligai yang dibina sejak empat tahun lalu dan akan terus memujuk Adira.

Memang ada pihak yang ingin melihat kami berpisah. Saya pun tak tahu kenapa. Benda baik pun ada yang menghalang. Sebagai ketua keluarga saya akan cuba mempertahankan rumah tangga kami meskipun tangan ajaib itu dalam kalangan keluarga sendiri.

datuk red adira

Sebelum ini saya akui tidak pikul tanggungjawab dengan serius. Saya leka dengan banyak perkara. Malah dulu ketika sibuk dengan urusan duniawi, saya pernah kata kalau perempuan pergi dalam hidup ini, boleh cari lain.

Tapi sekarang saya tak nak semua itu. Allah sudah memberi petunjuk, walaupun dah terlewat tapi saya masih ada harapan sebelum perkahwinan ini hancur.

adira cerai datuk red

Kita doakan yang terbaik buat Datuk Red dan Adira. Setiap perkahwinan pasti akan dilanda ujian dan dugaan, bersabarlah dan cuba cari jalan penyelesaian tanpa penceraian sekiranya boleh.

Sumber Berita : Harian Metro

October 10th, 2019

Semalam, hangat dengan berita pergolakan rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dan Datuk Red. Sehari sebelum prosiding permohonan cerai di mahkamah, Datuk Red ada mengeluarkan kenyataan mereka masih lagi bahagia dan baru sahaja melakukan hubungan intim.

datuk red adira bercerai

Dikecam kerana seakan ingin menjaja cerita dalam kain, Datuk Red menjelaskan dia tiada niat untuk membuka aib berbicara soal peribadi tetapi hanya berniat mahu mengaburi mata orang ramai tentang kemelut rumah tangganya.

Sebenarnya saya ada berpakat dengan Adira dan kami tak mahu hebohkan perkara ini kepada pihak wartawan. Saya anggap mereka sebagai kawan sahaja tak sangka ia nak jadi isu.

datuk red adira

Sampai netizen hentam saya kerana cerita yang tak sepatutnya nak keluar. Sebenarnya niat saya hanya untuk mengaburi supaya perkara sebegini tidak terjadi. Banyak hati yang saya nak jaga kerana saya masih dalam proses untuk pujuk hati dia (Adira).

Terdahulu, Adira tegas dengan pendiriannya untuk meneruskan perceraian, tetapi suaminya enggan berpisah dan ingin mempertahankan rumah tangga mereka.

Sumber Berita : mStar Online