October 29th, 2012

Abang Nara pernah makan di Restoran Sekinchan Ikan Bakar Gombak. Boleh tahan jugaklah rasanya. Tak sangka pula rupa-rupanya “Datuk J” yang dikaitkan dengan Tasha Shillla ialah Datuk Jamal Md Yunus, pemilik restoran Sekinchan Ikan Bakar.

datuk jamal sekinchan ikan bakar

Baru berusia 42 tahun, Datuk Jamal dikatakan telah memberi sebuah kereta Audi A5 dan menaja kehidupan Tasha Shilla. Semalam menerusi Metro Ahad, isteri Datuk Jamal, Datin Nurhanizatul Shida tampil menyatakan yang suaminya tiada hubungan istimewa dengan pelakon tersebut. Katanya:-

Sebenarnya, saya sudah penat menjawab tuduhan banyak pihak dan blog tertentu yang mengaitkan pelakon itu dengan suami saya. Saya lebih kenal suami saya! Suami meminta saya bersabar dan tidak mudah percaya gosip mengaitkan dia dengan mana-mana wanita atau artis. Tidak dinafikan, hati isteri mana tidak cuak mendengar cerita itu pada mulanya. Untuk itu, saya selalu mencuri baca khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan di telefon bimbit suami untuk mencari bukti. Bagaimanapun, suami menyatakan kesibukan berniaga menyebabkan dia tidak ada masa untuk melayan cerita remeh-temeh dan meminta saya tidak cepat melenting dengan gosip itu.

tasha shilla datuk j

Tak ada sebab rasanya Datuk Jamal untuk membuat hubungan sulit dengan Tasha Shilla. Wifenya pun cun melecun orangnya. Lagipun bak kata si isteri, suaminya sibuk dengan perniagaan dan tak ada masa untuk semua ini. Diharap selepas ini tiada lagi cerita-cerita yang melibatkan Datuk Jamal dan Tasha Shilla terpampang di dada akhbar.

October 8th, 2012

Tasha Shila adalah antara pelakon baru yang kontroversi. Sebelum ini pernah kecoh seketika apabila Tasha telah digosipkan menari tarian ghairah di sebuah disko, yang dinafikan oleh beliau. Selepas itu Tasha juga menerima kritikan kerana mengaku sering ke kelab malam untuk menenangkan fikiran.

Kemudian Tasha telah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 untuk kategori Artis Baru Terbaik. Timbul juga cakap-cakap yang mempertikaikan kemenangan beliau yang tidak dijangka sehingga muncul pula kontroversi apabila seorang artis yang turut bertanding dalam kategori yang sama dengan Tasha Shila memberikan komen tentang ‘undi diri sendiri’ dan seterusnya meleret kepada kontroversi-kontroversi yang lain pula.

Namun gosip yang telah beredar agak lama dalam industri hiburan ialah tentang Tasha ditaja oleh seorang individu bergelar ‘Datuk J’ yang dikatakan telah menghadiahkan Tasha dengan kereta BMW. Semalam, Kosmo! telah menyiarkan gosip terbaru tentang Tasha yang dikatakan telah berparti di sebuah disko minggu lepas bersama rakan-rakan dan juga ‘Datuk J’.

Tasha bagaimanapun menafikan gosip terbaru itu dalam temu ramah dengan Kosmo! apabila ditanya sama ada benar yang dia telah berparti dengan Datuk J:

Itu pun sudah nama gosip, sesiapa boleh cakap saya macam-macam. Sudah tentu ia tidak benar. Sudah 10 hari saya berada di Brunei. Pulang sekejap (semalam, selama sehari) ini pun untuk Anugerah Blockbuster 2012. Saya sekarang sibuk kerja bukan ke mana-mana disko.

Apabila ditanya apa yang dilakukannya di Brunei, Tasha menjawab:-

Saya menjalani penggambaran drama bersiri Erna Suraya selama 10 hari di Brunei. Ia merupakan produksi syarikat di negara itu. Sebelum itu saya berada di Cameron Highlands untuk drama yang sama. Untuk drama ini, saya sering berada (menjalani penggambaran) di beberapa tempat lain lagi seperti di Legolands, Johor.

Mengenai gosip terbaru ini, Tasha menyatakan:-

Cerita ini tentu dibuat-buat oleh pihak yang menyampaikan kepada pengetahuan media yang ingin lihat saya jatuh. Tidak benar sama sekali saya ada penaja. Datuk J pun saya tidak tahu dia siapa, macam mana cerita ini timbul pun saya tidak tahu kerana saya tidak berada di Kuala Lumpur dalam tempoh yang dikatakan saya ke disko itu.

Siapakah sebenarnya Datuk J?

Saya tidak tahu. Apa yang saya tahu, saya kerja keras untuk cari duit. Hari-hari saya ada kerja dengan berada di lokasi penggambaran, malas saya hendak layan gosip berkenaan.

Komen Tasha tentang pencipta gosip pula ialah:-

Ia adalah lumrah apabila saya berada dalam dunia seni. Saya malas hendak ambil kisah gosip tidak benar sebegitu sebab saya tahu ramai yang hendak jatuhkan kerjaya saya.

Dalam perkembangan lain, Tasha yang baru memenangi Anugerah Blockbuster untuk Heroin Baru Terhebat (Ratu The Movie), akan ke lokasi untuk drama 28 episod slot Akasia pada bulan November dan berada di Abu Dhabi untuk drama Cinta Abu Dhabi.