Written by Bella | August 9th, 2019

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi terkenal, Adira Suhaimi yang selamat bersalin bayi perempuan dengan berat 3.5 kilogram semalam pada jam 1.20 petang.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh suaminya, Dato Red menerusi laman Instagram miliknya. Dia meluahkan rasa syukur apabila menimang cahaya mata ketiganya bersama Adira. Secara puratanya, bayi perempuan yang dilahirkan itu merupakan anak kesepuluh Dato Red.

adira bersalin anak ketigaadira suhaimi bersalin

Adira mendirikan rumah tangga dengan Dato Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan sudah dikurniakan cahaya mata sebelum ini iaitu Anggerik dan Assan.

dato red adiraTerdahulu, Dato Red mempunyai lima orang cahaya mata bersama isteri pertamanya, Sharifah Norshafila Hasslim ataupun lebih dikenali sebagai Datin Red.

Sebelum itu, Dato Red juga pernah berkahwin dengan seorang wanita sebelum bercerai lima tahun kemudian. Hasil perkahwinan dia dikurniakan dua orang cahaya mata.

Written by Bella | August 16th, 2016

Kontroversi melibatkan Dato Red dan Ruhainies baru-baru ini cukup mendapat perhatian ramai bukan? Malah, ada yang melabelkan Dato Red sebagai suami yang tidak menjaga hati isteri-isterinya.

Berbicara mengenai kontroversi berkenaan, Adira akui beliau ada merasa sakit didalam hati. Namun, beliau tidak mahu lagi mengenangkan perkara itu dan percaya apa yang berlaku ada pengajarannya tersendiri.

Sebagai isteri dan ketika itu sedang mengandung, bila dapat tahu mengenai video tersebut, tipulah kalau saya tak sakit hati tetapi bila tahu cerita sebenar kenapa benda itu terjadi, saya sudah okey.

Urusan saya dengan Ruhainies juga sudah selesai. Saya tidak marah atau simpan apa-apa. Biarlah apa yang terjadi di antara saya, suami, madu dan Ruhainies menjadi simpanan saya sahaja.

Buat Adira, beliau akui tidak kisah jika suaminya itu mahu berkahwin lagi asalkan Dato Red  mampu untuk menjaga hati isteri-isterinya dengan baik.

Saya tidak ada masalah jika dia ingin berkahwin tiga atau empat sekali pun. Janji, dia boleh jaga semua isterinya dengan baik. Jangan kahwin selagi tidak boleh berlaku adil.

Pada masa yang sama Adira memberitahu kontroversi yang melanda membuat beliau lebih untuk menjaga hatinya sendiri daripada orang lain dan ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya yang bakal dilahirkan sekitar bulan Mac 2017 nanti.

Setabah mana pun seorang wanita, jika insan yang mereka cintai melakukan perkara yang tidak sepatutnya pasti akan ada luka didalam hati.

Sumber Berita : Kosmo!

Written by Bella | August 16th, 2016

Bila Adira berkahwin dengan seorang usahawan yang berpangkat iaitu Dato Red, ramai yang membuat andaian mereka sendiri yang mungkin Dato Red menggunakan kekayaan beliau untuk membuat Adira terpikat dengannya.

Namun, semua itu tidak benar sama sekali. Dato Red memberitahu sebelum berkahwin beliau hanya terpikat dengan keikhlasan hati Adira dan sedikit pun tidak menggunakan wang ringgit untuk memiliki hati Adira.

Ketika pertama kali mengenali Adira, saya yakin dengan keikhlasan dirinya. Malah saya tidak pernah memewahkan dia dengan apa-apa sebelum kami berkahwin. Jadi modal saya untuk mengurat dia memang kosong ringgit. Apa yang penting isteri-isteri saya sangat memahami. Itu sudah cukup melegakan.

Sebab itu saya tidak kisah pandangan orang luar ke atas diri saya, janji dua isteri saya ini faham.

Oeh itu, Dato Red berharap tiada lagi orang yang akan mengecam Datin Red dan Adira lagi kerana mereka berdua adalah isteri yang baik dan segala kontroversi hanya berpunca daripada dirinya sendiri.

Sebab itu permintaan saya mudah, jangan kecam isteri-isteri saya, cukup kecam saya seorang.

Mereka adalah isteri yang baik tetapi saya saya sahaja yang suka timbulkan masalah.

Pada masa yang sama, Dato Red mengakui ia adalah detik terindah buat beliau apabila Adira disahkan hamil. Lebih membuatkan beliau bahagia ialah apabila Datin Red turut menasihati Adira untuk menjaga kandungannya yang lebih baik. Ia membuatkan Dato Red melupakan segala kemelut rumah tangganya.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Written by Bella | August 10th, 2016

Datin Red cukup dikenali dengan sifat sabarnya dan sering mendapat pujian orang ramai kerana tidak pernah mengeluh meskipun dirinya hidup bermadu bersama Adira.

Mengetahui Adira sedang berbadan dua, Datin Red sering berkongsi pelbagai tips kehamilan dengan penyanyi tersebut dari segi pemakanan dan penjagaan emosi ketika hamil.

Saya tahu dia mengandung ketika sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri yang lalu. Nasihat saya agar dia menjaga pemakanan dan jangan stres. Saat ini saya biasa sahaja bila tahu dia mengandung, mungkin bila ada anak nanti kami akan berkongsi perasaan yang sama.

Pada masa yang sama, Datin Red mendedahkan suaminya Dato Red turut meminta agar beliau hamil semula kerana mahu beliau sama-sama merasai pengalaman hamil dengan madunya Adira.

Walaubagaimanapun, Datin Red merasakan ia bukanlah waktu yang sesuai untuk beliau kembali hamil.

Suami saya juga ada beritahu yang Adira mengandung, dalam masa yang sama minta saya juga hamil sekali. Bagaimanapun saya rasa biarlah dulu. Belum masanya untuk saya kembali mengandung.

Berbicara mengenai dirinya yang semakin dikenali kerana kisah rumah tangganya dan kehidupan bermadu dengan Adira, Datin Red akui ialah salah satu perkara baru yang beliau harus terima didalam hidupnya meskipun beliau sebenarnya tidak pernah mengejar populariti.

Sebenarnya saya tidak mahu dikenali, tetapi memang tidak sangka. Bila keluar berita baru-baru ada yang mahu bergambar dengan saya. Mereka memberitahu saya adalah seorang wanita yang kuat dan sebagainya.  Tetapi bagi saya, itu semua adalah aturan hidup yang perlu saya lalui.

Kalau hendak menambah anak itu, ia sebenarnya diluar kuasa seseorang manusia. Semuanya bergantung kepada rezeki dan kita hanya mampu merancang sahaja. Biarlah Datin Red rehat dahulu. Susah hendak jaga hati dua orang wanita yang mengandung serentak.

Sumber Berita : Utusan Online