Written by Bella | August 10th, 2016

Datin Red cukup dikenali dengan sifat sabarnya dan sering mendapat pujian orang ramai kerana tidak pernah mengeluh meskipun dirinya hidup bermadu bersama Adira.

Mengetahui Adira sedang berbadan dua, Datin Red sering berkongsi pelbagai tips kehamilan dengan penyanyi tersebut dari segi pemakanan dan penjagaan emosi ketika hamil.

Saya tahu dia mengandung ketika sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri yang lalu. Nasihat saya agar dia menjaga pemakanan dan jangan stres. Saat ini saya biasa sahaja bila tahu dia mengandung, mungkin bila ada anak nanti kami akan berkongsi perasaan yang sama.

Pada masa yang sama, Datin Red mendedahkan suaminya Dato Red turut meminta agar beliau hamil semula kerana mahu beliau sama-sama merasai pengalaman hamil dengan madunya Adira.

Walaubagaimanapun, Datin Red merasakan ia bukanlah waktu yang sesuai untuk beliau kembali hamil.

Suami saya juga ada beritahu yang Adira mengandung, dalam masa yang sama minta saya juga hamil sekali. Bagaimanapun saya rasa biarlah dulu. Belum masanya untuk saya kembali mengandung.

Berbicara mengenai dirinya yang semakin dikenali kerana kisah rumah tangganya dan kehidupan bermadu dengan Adira, Datin Red akui ialah salah satu perkara baru yang beliau harus terima didalam hidupnya meskipun beliau sebenarnya tidak pernah mengejar populariti.

Sebenarnya saya tidak mahu dikenali, tetapi memang tidak sangka. Bila keluar berita baru-baru ada yang mahu bergambar dengan saya. Mereka memberitahu saya adalah seorang wanita yang kuat dan sebagainya.  Tetapi bagi saya, itu semua adalah aturan hidup yang perlu saya lalui.

Kalau hendak menambah anak itu, ia sebenarnya diluar kuasa seseorang manusia. Semuanya bergantung kepada rezeki dan kita hanya mampu merancang sahaja. Biarlah Datin Red rehat dahulu. Susah hendak jaga hati dua orang wanita yang mengandung serentak.

Sumber Berita : Utusan Online

65 responses to Datin Red Akui Dato Red Mahu Beliau Mengandung Sama Dengan Adira

  1. mumia says:

    please laa datin red…cerita laki bini tapis2 la sikit. semua ko nk buat jadi public announcement gitu..geli ek. ko ngan madu ko ngn laki ko sama2 ngok. sabau la sgt ..

  2. Anonymous says:

    Nasib baik pompuan x boleh kawin dua,klu boleh dimadukan agk2 apa pula perasaan jantan2 gatal yg x cukup satu bini ni..

  3. Anonymous says:

    Ni semua saje je ni,Datin Red nak bakar2 hati adira,agk2 x sakit ke hati dah lah tgh mengandung tba2 madu saje keluar statement mcm tu ..

  4. Anonymous says:

    Bodohnyer org! X sekolah ke? Xde adap sopan langsung!!!!

  5. cik piNgu says:

    anak dato n datin red yg perempuan tu pandai bergaya. cantik berposing.

    mudah2an anak dia x kawinngn jantan mcm apak nya bila besar nt…

  6. Oops says:

    Datin tak nmpak mcm datin. Nampak mbnu sgt!! Rupe takde class langsung. Masih kuat tu aura bini pemandu lori sayur

  7. Sunshine says:

    kalo nk kata susah, 1st wife pun samer2 idup susah…kurg2 si adira tu tak suruh dato red ceraikan si datin red nih.. what goes around comes around.. adira pun tahulah psl 1st wife.. aku bukan nk sblhkan adira tp geram sbb org tak tahu cerita sebena..setiap statement datin ni mmg tk matang..kalo baca statement bg tahu satu duniani cerita dlm kain pastu cerita segala psl suami..kater jlnkan tanggungjwb sbg isteri.. aib suami tk jager pun..kalo btul tk gila glamer mcm laki dia.. dia berhak memilih untuk berdiam, barulah matang & org respek..ni tak, sajer interprem….reporter tahula nk lariskan cerita diaorg je.. dlm pd masar yg sama ramai yg akan amik kesempatan