November 7th, 2018

Dikecam teruk daripada setiap sudut atas kelancangan kata-katanya menggelar seorang perempuan ‘hodoh’ untuk dijadikan testimoni produk pemutih kulitnya, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya memuat naik satu video penjelasan berkaitan insiden kontroversi yang berlaku di GV 5 hujung minggu lalu.

Semua yang berlaku sudah dirancang terlebih dahulu, bahkan wanita itu juga mengakui beliau telah bersetuju untuk dijadikan model agar Aliff dapat membuat ‘demo’ produknya itu bagi tujuan pemasaran.  Mereka berdua tidak mempunyai sebarang masalah langsung mahupun timbul isu kecil hati.

Pada masa yang sama, Aliff turut memohon maaf atas khilafnya itu terpulanglah kepada netizen jika ada yang masih mahu mengecam dirinya.

Terdahulu, bukan sahaja netizen tetapi ramai juga selebriti menyuarakan pendapat serta menegur tindakan Aliff itu yang salah dan agak melampau. Tidak perlu untuk menghina rupa paras mahupun warna kulit seseorang hanya untuk mempromosikan sesuatu produk. Gunalah cara yang lebih berhemah.

November 6th, 2018

Tidak tahan suaminya Datuk Seri Aliff Syukri terus dikecam oleh netizen, Datin Seri Nur Shahida meminta agar jutawan kosmetik itu selepas ini tidak lagi muncul di kaca TV mahupun hadir ke konsert GV 5 meskipun beliau adalah penaja utama program tersebut.

Shahida akui tidak semua orang faham dengan sikap Aliff yang sering terlepas cakap semasa siaran langsung walaupun ia berlaku secara tidak sengaja.

Menerusi status yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Shahida juga merasa terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang masih terus ingin mencari kesalahan mereka sedangkan Aliff sebelum ini menerusi Instagram Live sudah pun memohon maaf atas keterlanjurannya itu.

Pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan apa yang berlaku sudah pun dirancang terlebih dahulu dan penonton wanita yang Aliff gelarkan hodoh itu sebenarnya adalah pekerja mereka.

Isu ini memang agak sensitif untuk dibicarakan. Jika benar ia sudah dirancang sekalipun, ramai yang berpendapat masih ada banyak lagi cara untuk Aliff mempromosikan produknya itu. Harapanya insiden seperti ini tidak berulang lagi dan terimalah setiap teguran dengan hati yang terbuka. Apa pula komen anda?