Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aliff Syukri Muat Naik Video Bersama Wanita Dipanggil Hodoh Di GV5, Akui Hanya Gimik

Dikecam teruk daripada setiap sudut atas kelancangan kata-katanya menggelar seorang perempuan ‘hodoh’ untuk dijadikan testimoni produk pemutih kulitnya, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya memuat naik satu video penjelasan berkaitan insiden kontroversi yang berlaku di GV 5 hujung minggu lalu.

Advertisement

Semua yang berlaku sudah dirancang terlebih dahulu, bahkan wanita itu juga mengakui beliau telah bersetuju untuk dijadikan model agar Aliff dapat membuat ‘demo’ produknya itu bagi tujuan pemasaran.  Mereka berdua tidak mempunyai sebarang masalah langsung mahupun timbul isu kecil hati.

Pada masa yang sama, Aliff turut memohon maaf atas khilafnya itu terpulanglah kepada netizen jika ada yang masih mahu mengecam dirinya.

Terdahulu, bukan sahaja netizen tetapi ramai juga selebriti menyuarakan pendapat serta menegur tindakan Aliff itu yang salah dan agak melampau. Tidak perlu untuk menghina rupa paras mahupun warna kulit seseorang hanya untuk mempromosikan sesuatu produk. Gunalah cara yang lebih berhemah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

46 Comments

  1. Atia

    November 13, 2018 at 4:12 pm

    Rileks la smua…ni la gimik stesyen tv, dramatic…congrats team production GV 2018. Dah plan. Dan apa yg dirancang mesti dipersetujui atau disokong oleh team production tv…hebat astro GV2018. Tercapai matlamat. Ada kesan pd masyarakat Msia.

  2. Princess Bawang

    November 7, 2018 at 7:36 pm

    Org mcm alip sukri ni yg mempromosikan konsep putih itu cantik, cerah muka, cerah masa depan, hitam itu takda future, hodoh, ugly, eeeiik!, hantaran murah.
    Dahla orang Malaysia ni kebanyakan mentaliti kelas ketiga. Tak pasal2 perempuan2 yg berkulit tan dan sawo matang hidup susah, org mengata hitam hodoh, dsbnya.

    Alip u tu public figure.
    Apa u kata jd ikutan org.
    Pikir dulu sebelum ckp.
    Ni kalau kat USA ak rasa penonton yg tersinggung dah saman ko tauuu.

    Akak model gimik murahan Alip tu cantik ok. Setiap org ada kecantikan. Knapa nak beza2 warna kulit.

    Tak bijak kau ni.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top