Written by Bella | April 29th, 2019

Sebelum ini, pendakwah bebas Da’i Wan agak rajin menulis surat terbuka untuk artis, contohnya ketika Uqasha Senrose dan Emma Maembong buka tudung.

Baru-baru ini pula, kecoh dengan isu pelakon Fathia Latiff pula membuat keputusan untuk membuka tudung. Kali ini, ramai juga yang hendak Da’i Wan menegur pelakon itu, tidak ada warkah terbuka ke buat Fathia?

Bagaimanapun, Da’i Wan menerusi akaun Twitternya memberitahu beliau tidak lagi mahu mengeluarkan sebarang surat terbuka kepada mana-mana selebriti ataupun pihak menteri kerana sudah serik dengan sikap netizen.

Semuanya gara-gara beliau dikecam apabila bertindak mendiamkan diri dan enggan memberikan sebarang teguran kepada PU Abu yang  menceraikan isterinya ketika hamil semata-mata ingin berkahwin dengan janda anak satu.

Rata-rata netizen bagaimanapun mempersoalkan mengapa Da’i Wan ingin menyalahkan mereka pula kerana viralkan nukilannya? Bukankah surat terbuka sememangnya untuk bacaan umum apatah lagi ia dimuat naik di media sosial.

Apa pula komen anda? Tidak salah rasanya untuk Da’i Wan teruskan membuat teguran dengan surat terbuka, namun biarlah berlaku adil terhadap semua pihak. Tegurlah setiap orang yang melakukan kemungkaran tidak kisah apa status mereka

Written by Bella | April 23rd, 2019

Lama juga tidak mendengar khabar tentang pelakon Iqram Dinzly yang sebelum ini dihimpit pelbagai kontroversi.

Kelihatan lebih tenang kini, Iqram ketika bertemu pihak media baru-baru ini terpanggil untuk mengulas isu tentang sesetengah pendakwah muda dan ustaz selebriti yang gemar mencar kesalahan orang lain di media sosial dan terlalu cepat menjatuhkan hukuman sewenangnya terhadap seseorang.

Pada pendapat Iqram, sebagai pendakwah yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, mereka sepatutnya menjadi contoh yang baik dengan memberikan penerangan menggunakan ilmu yang mereka ada.

Pendakwah muda, jangan sesuka hati nak keluarkan dalil dan menjatuhkan hukum atas kesilapan orang lain secara terbuka. Sebabnya, anak muda kita ini banyak belajar daripada media sosial, mereka tak belajar berguru secara bersemuka dan bahaya bila mereka ambil bulat-bulat isi tersebut tanpa mengetahui maksud sebenar yang cuba disampaikan.

Pelik dengan sikap pendakwah yang suka menghentam seseorang secara terbuka, malah saya dapat tahu orang konon belajar agama tapi buat maksiat tipu orang sana-sini, apa tu?

Kata Iqram lagi, tidak ada manusia yang sempurna dan pastinya akan melakukan kesilapan dalam hidup. Dekati golongan ‘pendosa’ secara peribadi dan bukannya mengadili kesilapan mereka hanya berdasarkan apa yang mereka lihat di media sosial.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | April 22nd, 2019

Tidak dinafikan, ramai yang meluahkan rasa marah dengan tindakan penuh kontroversi PU Abu yang menceraikan isterinya ketika sedang hamil semata-mata ingin berkahwin dengan seorang janda.

Lebih membangkitkan kemarahan ramai apabila Da’i Wan Dazrin, seorang pendakwah bebas yang sebelum ini lantang bersuara dan menulis surat terbuka menegur golongan artis, kini hanya bertindak mendiamkan diri dan enggan pula memberikan sebarang teguran kepada PU Abu.

Da’i Wan hanya menjelaskan hukum dimana menceraikan isteri ketika hamil adalah ‘harus’ dan sah disisi agama Islam, namun ia bukanlah perlakuan yang baik.

Kerana kengganan Da’i Wan menegur PU Abu, ramai yang menganggap beliau seakan berat sebelah.

Malah, selebriti Caprice juga meminta agar pendakwah itu berlaku adil. Tegurlah setiap orang yang melakukan kemungkaran tidak kisah apa status mereka. Rata-rata netizen juga bersetuju dengan kenyataan Caprice.

Sejujurnya, yang salah tetap salah walaupun mereka adalah sahabat baik kita. Mungkin Da’i Wan perlu lebih tulus dan tegas mengulas isu ini.