Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pendakwah Muda Jangan Sesuka Hati ‘Hentam’ Dan Hukum Seseorang Secara Terbuka – Iqram Dinzly

Lama juga tidak mendengar khabar tentang pelakon Iqram Dinzly yang sebelum ini dihimpit pelbagai kontroversi.

Advertisement

Kelihatan lebih tenang kini, Iqram ketika bertemu pihak media baru-baru ini terpanggil untuk mengulas isu tentang sesetengah pendakwah muda dan ustaz selebriti yang gemar mencar kesalahan orang lain di media sosial dan terlalu cepat menjatuhkan hukuman sewenangnya terhadap seseorang.

Pada pendapat Iqram, sebagai pendakwah yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, mereka sepatutnya menjadi contoh yang baik dengan memberikan penerangan menggunakan ilmu yang mereka ada.

Pendakwah muda, jangan sesuka hati nak keluarkan dalil dan menjatuhkan hukum atas kesilapan orang lain secara terbuka. Sebabnya, anak muda kita ini banyak belajar daripada media sosial, mereka tak belajar berguru secara bersemuka dan bahaya bila mereka ambil bulat-bulat isi tersebut tanpa mengetahui maksud sebenar yang cuba disampaikan.

Pelik dengan sikap pendakwah yang suka menghentam seseorang secara terbuka, malah saya dapat tahu orang konon belajar agama tapi buat maksiat tipu orang sana-sini, apa tu?

Advertisement

Kata Iqram lagi, tidak ada manusia yang sempurna dan pastinya akan melakukan kesilapan dalam hidup. Dekati golongan ‘pendosa’ secara peribadi dan bukannya mengadili kesilapan mereka hanya berdasarkan apa yang mereka lihat di media sosial.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

59 Comments

  1. Anonymous

    April 24, 2019 at 3:17 pm

    org dlm blog nara ni dh byk ckp lebih 44 kali sial dn bodoh, maka ko akan jdi gila.

  2. Anonymous

    April 24, 2019 at 11:59 am

    buat anak kemain eh.. jaga dan timbang rasa pada wanita tak tahu. bodoh!

  3. Anonymous

    April 24, 2019 at 11:59 am

    lelaki mana yg x mahu wanita berduit, lagi2 jika wanita berduit itu sendiri yg terlalu suka kat lelaki tu, maka walau secantik manapun bini yg miskin tu tetap ditalakkan.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top