December 4th, 2019

Kontroversi perkahwinan kedua Da’i Farhan semakin hangat apabila pendakwah bebas itu mengakui sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain dengan talak satu menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp tengah hari semalam. Rata-rata netizen mengecam tindakan Farhan itu yang tergamak menceraikan isterinya yang sedang sarat hamil anak kedua mereka.

da'i farhan ceraikan isteri pertama

Terbaru, Fatin menerusi akaun Facebooknya tampil menjelaskan segala kemelut yang berlaku serta luahan hatinya tentang apa yang melanda rumah tangganya. Apa yang dinyatakan bukanlah untuk meraih simpati tetapi demi mempertahankan maruahnya.

Fatin mengesahkan mahligai cintanya yang dibina selama empat tahun musnah selepas bekas suami melafazkan cerai melalui rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember 2019.

da'i farhan ceraikan isteri pertama

Apa yang dinyatakan bukanlah untuk meraih simpati tetapi demi mempertahankan maruahnya.

Jangan segera menghukum

da'i farhan ceraikan isteri pertama

“Tiada tindakan yang boleh kata saya

nusyuz”

da'i farhan ceraikan isteri pertamada'i farhan ceraikan isteri pertama

“Semoga ‘wanita Kaabah’ dan bekas

suami berbahagia selamanya”

da'i farhan pukul isterida'i farhan ceraikan isteri pertamaFatin berharap perkongsiannya ini dapat menjadi pengajaran buat wanita di luar sana agar memelihara rumah tangga mereka sebaiknya.

Terdahulu, Farhan mengakui sudah pun menceraikan isteri pertamanya itu menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp atas alasan nusyuz dan memfitnah suami. Bagaimanapun, pendakwah itu menafikan dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan dengan memukul dan mengurung isterinya seperti yang didakwa. oleh seorang peguam.

Sumber Berita : Fnama Fatin

December 4th, 2019

Khabar angin mengenai berita perceraian Da’i Farhan dan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain akhirnya terjawab apabila penceramah bebas itu mengakui sudah menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil anak kedua mereka.

isteri pertama dai farhan

Farhan berkata lafaz cerai dibuat menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp tengah hari semalam.

Yang cerai itu betul, ustaz ceraikan dia (Fatin) dengan talak satu tengah hari tadi (Selasa).

Bagaimanapun, Farhan menafikan dakwaan dia melakukan kekerasan dengan memukul dan mengurung bekas isterinya seperti yang didakwa oleh seorang peguam. Malah, dia juga tidak berada di luar negara. Apa sahaja yang tersebar dan viral sebelum ini adalah fitnah semata-mata.

da'i farhan mengaku ceraikan isteri pertama

Ini fitnah kepada ustaz sebenarnya, Fatin sekarang berada di kampung bersama keluarganya. Yang cerai itu betul yang lain fitnah.

Dalam pada itu, rakaman suara lafaz cerai dipercayai milik pendakwah itu turut tersebar di media sosial. Lafaz cerai itu berbunyi, “Jadi dengan nama Allah, Bismillahhirahmanirahim, Fatin Nurul Ain Binti Mat Aris, abang ceraikan sayang dengan talak satu.”

dai farhan janda

Terdahulu, pendedahan Farhan berkahwin dengan janda anak lapan di Makkah mendapat kecaman ramai apabila timbul dakwaan perkahwinan itu berlaku tanpa pengetahuan dan keizinan isteri pertamanya. Semalam, seorang peguam terkenal mendedahkan Farhan telah menceraikan Fatin dengan talak satu. Alasan perceraian ialah kerana wanita itu didakwa nusyuz dan memfitnah suami.

Sumber Berita : mStar Online