Written by Bella | December 4th, 2019

Khabar angin mengenai berita perceraian Da’i Farhan dan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain akhirnya terjawab apabila penceramah bebas itu mengakui sudah menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil anak kedua mereka.

isteri pertama dai farhan

Farhan berkata lafaz cerai dibuat menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp tengah hari semalam.

Yang cerai itu betul, ustaz ceraikan dia (Fatin) dengan talak satu tengah hari tadi (Selasa).

Bagaimanapun, Farhan menafikan dakwaan dia melakukan kekerasan dengan memukul dan mengurung bekas isterinya seperti yang didakwa oleh seorang peguam. Malah, dia juga tidak berada di luar negara. Apa sahaja yang tersebar dan viral sebelum ini adalah fitnah semata-mata.

da'i farhan mengaku ceraikan isteri pertama

Ini fitnah kepada ustaz sebenarnya, Fatin sekarang berada di kampung bersama keluarganya. Yang cerai itu betul yang lain fitnah.

Dalam pada itu, rakaman suara lafaz cerai dipercayai milik pendakwah itu turut tersebar di media sosial. Lafaz cerai itu berbunyi, “Jadi dengan nama Allah, Bismillahhirahmanirahim, Fatin Nurul Ain Binti Mat Aris, abang ceraikan sayang dengan talak satu.”

dai farhan janda

Terdahulu, pendedahan Farhan berkahwin dengan janda anak lapan di Makkah mendapat kecaman ramai apabila timbul dakwaan perkahwinan itu berlaku tanpa pengetahuan dan keizinan isteri pertamanya. Semalam, seorang peguam terkenal mendedahkan Farhan telah menceraikan Fatin dengan talak satu. Alasan perceraian ialah kerana wanita itu didakwa nusyuz dan memfitnah suami.

Sumber Berita : mStar Online

20 responses to Da’i Farhan Mengaku Cerai Isteri Pertama, Nafi Lakukan Kekerasan

  1. Anonymous says:

    tak payah la nak bahasakn diri tu ustaz..jijik

  2. So true..dae taik kucing..

  3. kecewa says:

    apa dah jadi dengan da’ie2 ne? Program yang sepatutmya melahirkan da’ie2 yang membawa ke arah kebaikan serta memberikan contoh tauladan yang baik kepada semua orang telah melahirkan da’ie2 yang membawa kontroversi lah pulak. memalukan agama islam je. haaaiiiihhhhhhhhhh

  4. Ntah says:

    Time aku p kursus kawen, penceramah so called ustaz pun sebok cite pasal poligami. Wedding course pun sampah

  5. meetomato says:

    aku heran la, takde ke para mufti/ustad/ustazah/PU/daie…or whatever religious man u wanna call, advise or kecam this Farhan…aku tgk pattern korang melayu ni, kalau artis, mmg kene kecam. but artis, thats the price u pay to be in glamorous world.

    kalau wanita, mmg dianggap ‘rubbish’ or 2nd/3rd class punya respect ke dlm komuniti muslim ni? i see no appreciation/gratitude/certainly no respect at all for all those muslim mothers, wife, sisters.

    i mean like, the first wife, husband bagitau nak kahwin, first wife tak approve. if first wife tak approve, then why gatal2 tak dgr ckp wife? mmg dasar miang la this farhan..and since first wife tak approve, legit ke this farhan’s polygamy’s wedding? dah terang2 first wife tak approve…wpun after that redha but seriously she DISAGREED on the first place.

    and mmg this kind of islamic/muslim wedding, mmg takde pre-course or vows/promise said during the wedding ke?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini