Written by Bella | December 4th, 2019

Belum lagi reda dengan kontroversi Da’i Farhan menikahi seorang janda sebagai isteri kedua tanpa keredhaan hati isteri pertamanya dan betapa netizen menyampah dengan kenyataan kisah cintanya dan pertemuan bersama isteri keduanya di Kaabah, kini timbul pula dakwaan penceramah bebas itu sudah menceraikan isteri pertamanya iaitu Fatin yang sedang sarat hamil anak kedua mereka.

isteri pertama dai farhan

Seorang peguam terkenal menerusi akaun Facebooknya memaklumkan Farhan sudah menceraikan isteri pertamanya itu dengan talak satu. Lebih sedih dan memilukan lafaz cerai tersebut dibuat menerusi ‘voice note’ di aplikasi WhatsApp.

Peguam tersebut mengesahkan sudah mendengar rakaman lafaz cerai berkenaan dimana Farhan menceraikan Fatin dengan talak satu. Alasan perceraian ialah kerana wanita itu didakwa nusyuz dan memfitnah suami.

da'i farhan ceraikan isteri pertama

Satu laporan polis turut dibuat oleh ahli keluarga Fatin kerana Farhan didakwa telah memukul dan mengurung isterinya itu pada 22 November lalu.

Difahamkan, Farhan dan isteri keduanya berada di China atas urusan kerja.

da'i farhan ceraikan isteri pertamaTerdahulu, pendedahan Farhan berkahwin dengan janda anak lapan di Makkah mendapat kecaman ramai apabila timbul dakwaan perkahwinan itu berlaku tanpa pengetahuan dan keizinan isteri pertamanya. Beberapa hari lepas, Farhan sekali lagi teruk dikritik apabila dia pernah menolak 18 orang wanita yang berminat mengahwininya sebelum ini.  Rata-rata netizen mula merasa menyampah apabila Farhan mengatakan pertalian cintanya dengan isteri kedua diibaratkan seperti kisah cinta Nabi Muhammad SAW dan Khadijah.

Sumber Berita : Facebook

Written by Bella | December 3rd, 2019

Kisah rumah tangga Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad berkahwin kali kedua dengan seorang janda anak lapan mencetuskan kontroversi hangat. Rata-rata netizen mengecam tindakannya berkahwin lagi sedangkan isteri pertamanya sedang sarat hamil anak kedua mereka.

dai farhan kahwin janda

Menurut Farhan dia pernah dipelawa oleh 18 orang wanita yang berhasrat untuk menjadi isteri keduanya sebelum ini, tetapi dia terpaksa menolak kerana tidak ada keperluan untuk berkahwin lagi. Namun, dia tidak mempunyai kekuatan untuk menolak takdir dan ketentuan Allah SWT yang sudah menetapkan jodohnya dengan wanita ke 19 yang kini sudah bergelar isteri keduanya.

dai farhan

 

 

Apa yang membuatkan netizen lebih marah dan menyampah ialah apabila Farhan mengatakan pertalian cintanya dengan isteri kedua diibaratkan seperti kisah cinta Nabi Muhammad SAW dan Khadijah.

“Tak layak samakan dengan kisah

cinta Rasulullah”

dai farhan kisah cinta nabi muhammad

dai farhan kisah cinta nabi muhammad

“Pergi Makkah cari perempuan atau

buat ibadah?”

dai farhan kisah cinta nabi muhammaddai farhan kahwin jandadai farhan

Respon Da’i Farhan

dai farhanSudah memberikan penjelasan secara ikhlas dan jujur. Farhan berkata, dia enggan terus melayan kecaman dan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.

Terdahulu, Farhan menegaskan isteri pertamanya itu berfikiran terbuka mengenai konsep berpoligami kerana wanita itu sendiri pernah meminta Farhan untuk berkahwin dengan rakannya sendiri. Tiada langsung timbul isu perkahwinan keduanya itu tidak diredhai oleh isteri pertamanya. Apa yang viral sebelum ini adalah fitnah semata-mata.

Written by Bella | December 2nd, 2019

Kontroversi Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad berkahwin kali kedua dengan seorang doktor yang juga ibu tunggal anak lapan hangat diperkatakan selepas timbul dakwaan dia menikah secara senyap ketika isteri pertamanya sedang sarat hamil anak kedua mereka. Perkahwinan itu juga dikatakan tidak diredhai oleh isteri pertamanya.

dai farhan

Terbaru, Farhan mendedahkan sebelum ini 18 orang wanita berhasrat untuk menjadi isteri keduanya namun dia terpaksa menolak kerana tidak ada keperluan untuk berkahwin lagi.

Namun, dia tidak mempunyai kekuatan untuk menolak takdir dan ketentuan Allah SWT yang sudah menetapkan jodohnya dengan wanita ke 19 yang kini sudah bergelar isteri keduanya. Penyatuan cinta mereka disifatkan begitu indah sekali.

 

 

Jujur saya katakan, sudah 18 orang wanita meminta untuk menjadi isteri kedua sepanjang tempoh beberapa tahun perkahwinan saya dengan Fatin (isteri pertama). Namun, semuanya saya tolak dengan mudah, namun wanita yang ke 19 ini membuatkan saya tiada kekuatan untuk menolak.

Masyaallah, auranya membuatkan saya terkenang kisah penyatuan cinta antara Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah.

isteri pertama dai farhan Menjawab segala spekulasi dan persoalan netizen berkaitan hati isteri pertamanya yang terluka dan tidak meredhai perkahwinan kedua tersebut, Farhan menegaskan isteri pertamanya itu berfikiran terbuka mengenai konsep berpoligami kerana wanita itu sendiri pernah meminta Farhan untuk berkahwin dengan rakannya sendiri.

Sejujurnya isteri saya pernah minta saya kahwin dengan rakannya sendiri atas dasar ingin membantu kenalannya itu. Ia bermakna dia dapat menerima untuk bermadu. Namun saya menolak mentah-mentah kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.

dai farhan

Farhan dan isteri keduanya diijabkabulkan di Tanah Suci Makkah ketika menunaikan umrah beberapa bulan lalu. Pasangan ini kemudiannya telah mengadakan majlis resepsi sekitar Oktober lepas di Hamshire Flora Terrace, Kuala Lumpur.

Sumber Berita & Video : mStar Online

Written by Bella | November 27th, 2019

Umum mengetahui mengenai kontroversi yang melanda juara Da’i musim kedua, Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, dimana dia didakwa berkahwin dengan seorang janda anak lapan secara senyap ketika isteri pertamanya sedang sarat hamil anak kedua mereka. Perkahwinan itu dikatakan tidak diredhai oleh isteri pertamanya.

dai farhan janda

Selepas teruk dikecam netizen, Farhan tampil menjelaskan dirinya telah difitnah oleh individu yang merupakan seorang perunding kewangan kerana tidak mengizinkan isterinya untuk membeli rumah dengan wanita tersebut.

isteri pertama dai farhan

Enggan keadaan menjadi lebih keruh dan pelbagai spekulasi liar terus timbul, isteri pertama Farhan iaitu Fatin telah memuat naik penjelasan daripada pihaknya pula bagi meredakan kemelut itu.

Semuanya berlaku sepantas kilat

isteri pertama dai farhanisteri pertama dai farhanluahan hati isteri pertama dai farhan

“Pada mulanya saya redha dalam

paksa”

dai farhan kahwin jandadai farhan“Mohon hentikan segala tomahan

kepada saya, keluarga dan suami”

isteri dai farhan

Agak sedih sebenarnya membaca luahan hati seorang isteri yang tetap ingin menjaga aib dan maruah suami meskipun jauh dilubuk hati pasti ada perasaan terluka.  Namun, apa yang berlaku adalah takdir yang sudah tertulis untuk mereka. Kita doakan yang baik-baik sahaja.

Sumber Berita : Fnama Fatin