October 11th, 2017

Di kesempatan ini Abang Nara ingin memohon maaf atas kekeliruan yang telah berlaku di dalam artikel sebelum ini. Abang Nara telah melakukan kesilapan dengan menyatakan bahawa peserta Clever Girl Shazana dari Selangor tersingkir. Sebenarnya yang tersingkir ialah Shaza dari Kelantan. Shazana yang telah menjawab soalan berkaitan Usman Awang sebelum habis soalan ditanya berjaya ke peringkat akhir dan bakal merebut hadiah RM100,000 bersama Sara Amelia Muhammad Bernard, 24 yang mewakili Perak.

shaza

Shaza, peserta dari Kelantan yang tersingkir

Diharap anda tidak terkeliru seperti Abang Nara selepas penjelasan ini. Walaupun menimbulkan kontroversi dengan jawapan pantasnya minggu lalu, Shazana bukanlah “rabbit” yang dimaksudkan oleh Kiera, salah seorang peserta Clever Girl yang telah menarik diri kerana mendakwa pihak produksi program itu berat sebelah. Menurut Kiera, Shazana tidak bersalah dan merupakan seorang yang berprinsip. Kata Kiera:-

“Dia bukan ‘rabbit’ yang anda cari. Dia ada prinsip yang kuat. Apa yang saya tahu dia tidak bersalah. Saya menyokong Shazana untuk pertandingan akhir nanti dan berharap dia akan bergelar juara dan bukannya ‘rabbit’. Apabila hos bertanya apakah jawapan untuk B dia tidak dapat mengingati jawapannya. Kebiasaannya ketika sesi latihan jika kami memberikan jawapan tidak lengkap, ia akan dikira sebagai salah walapun ia tepat.

shazana

Shazana yang dilanda kontroversi minggu lalu

Sementara itu, Kiera berharap suatu hari nanti mereka dapat membuat video secara langsung dengan ‘rabbit’ sebenar bagi meminta dia menjelaskan tentang konsep asas sains dan matematik yang dijawab menerusi program itu. Katanya lagi:-

Kali terakhir kami bertanya ‘Rabbit’ tentang bagaimana dia menjawab soalan di pentas, ‘Rabbit’ akan meminta masa sejam untuk bertanya kepada rakannya untuk mendapatkan jawapan. Malah dia tunjuk perbualan Whatsapp kepada kami seseorang memberinya jawapan dan masih tidak dapat menjelaskannya. Paling lucu kami siap kena soal siasat apabila mengadu hal yang terjadi seolah-olah orang yang mengadu pula bersalah

kiera

Kiera yang menarik diri dari program Clever Girl

Apa pun final Clever Girl pada hari Jumaat ini bersamaan 13 Oktober pastinya akan menjadi satu pertarungan yang mendebarkan di antara Shazana dan Sara. Siapakah yang akan bergelar juara Clever Girl musim kedua? Siapakah “rabbit” yang dimaksudkan oleh Kiera? Sama-sama kita nantikan. Good luck and all the best kepada semua peserta. Semoga yang terbaik akan dinobatkan sebagai juara.

Advertisement
October 10th, 2017

Minggu ini sekali lagi program realiti Clever Girl menjadi bualan ramai. Ini semua gara-gara salah seorang pesertanya iaitu Shazana dari Selangor yang telah menjawab soalan sebelum ia habis dibaca oleh penasihat pertandingan itu, Datin Sharifah Shawati menimbulkan kekeliruan di kalangan netizen. Tindakan Shazana yang hanya menjawab B tanpa mengetahui apakah jawapan pada B selepas disoal oleh hos Alif Satar nembuatkan penonton mendakwa soalan tersebut telah bocor.

shazana clever girl

Walaupun memilih jawapan yang betul, Shazana gagal melayakkan diri ke peringkat akhir Clever Girl. Menjawab dakwaan daripada netizen, Shazana memaklumkan jika dia menerima soalan bocor, sudah tentu dia masih berada di dalam program tersebut. Ikuti penjelasan Shazana di bawah:-

Memang pada mulanya saya mahu menjawab A tetapi ketika menekan buzzer, jawapan untuk B sudah dibaca. Jadi saya teringat kembali melalui pembacaan saya sebelum ini jawapan untuk soalan itu adalah B.

Apa yang tular mungkin mereka tidak dengar jawapan B sudah dibaca. Jujurnya memang bidang sastera bukan kepakaran saya. Sebab itu bila Alif Satar minta saya bacakan kembali jawapan saya tidak boleh ulang sebab tidak dapat ingat dengan betul tajuk sebenar karya Datuk Usman Awang itu.

Saya baca komen rata-rata netizen tuduh kami semua peserta diberi set soalan, tinggal hafal sahaja jawapan. Kalau begitulah, sudah pasti saya masih selamat, sebab saya memang kaki hafal. Senang betul saya nak menang RM100,000 tu.

Masyarakat kita sakit dengan syak wasangka dan fitnah. Begitu mudah anda semua percaya tanpa ada bukti. Janganlah kerana kesilapan kecil atau cerita yang tiada bukti, anda pukul rata semua peserta

Secara jujurnya, kredibiliti program Clever Girl mula dipertikaikan selepas salah seorang peserta program tersebut iaitu Kiera menarik diri. Kiera yang merupakan peserta graduan Universiti Oxford menarik diri daripada program berkenaan dan mendakwa terdapat pilih kasih dan ‘soalan bocor’ dalam program berkenaan. Namun begitu pihak produksi TV3 telah menafikan dakwaan tersebut. Sudah tentu apa yang terjadi terhadap Shazana ini menimbulkan lagi rasa kurang senang di kalangan penonton.

shazana

Apa pula pandangan anda? Kongsikan di ruangan komen. Sumber Mstar Online.

Advertisement
September 25th, 2017

Kecoh sebentar hujung minggu lalu apabila peserta dari Pulau Pinang iaitu Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera) menarik daripada program Clever Girl terbitan TV3. Lebih kecoh apabila tidak lama kemudian Kiera mengeluarkan kenyataan menerusi akaun Instagramnya @Kieracatkingdom mendakwa sikap pihak produksi yang berat sebelah dan memberi soalan bocor kepada peserta tertentu menyebabkan dia mengambil keputusan tersebut. Namun kenyataan tersebut telah pun dipadamkan.

kiera clever girl

Terbaru, pihak TV3 telah memaklumkan tidak ragu-ragu untuk menyaman dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kiera atas tuduhan palsu dan fitnah tersebut. Namun Kiera telah tampil untuk membuat permohonan maaf atas kontroversi yang terjadi. Kata Kiera:-

Kiera berharap semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama menghentikan spekulasi-spekulasi negatif yang sedang menular di Internet. Dengan kesempatan ini saya menyampaikan hasrat memohon maaf kepada pihak yang terbabit secara langsung atau tidak.

Saya sudah padam status kenyataan itu dan bermakna saya menarik balik semula kenyataan berkenaan. Tambahan pula, saya sudah berjanji dengan produksi untuk tidak memberi sebarang komen terhadap keputusan penarikan diri tersebut.

kiera clever girl

Untuk makluman, Kiera adalah seorang pelajar lulusan Universiti Oxford. Penarikan diri Kiera menyaksikan hanya tinggal 6 peserta program Clever Girl yang akan bertanding secara langsung pada pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam hingga 10 malam. Semoga dengan permohonan maaf ini tiada lagi spekulasi bukan-bukan tentang program terbitan TV3 ini. Sumber Mstar Online.

Advertisement
April 7th, 2016

Sejak mula bersiaran, rancangan Clever Girl Malaysia mendapat kecaman dan kritikan hebat daripada penonton. Ramai menyifatkan gadis-gadis didalam program berkenaan tidak mampu menunjukkan kepintaran mereka meskipun diajukan dengan soalan yang agak mudah.

Buat peserta Clever Girl yang berasal daripada Sabah iaitu Sarah, beliau sama sekali tidak menyalahkan mereka yang mengkritik program berkenaan, malah Sarah sangat terbuka menerima komen daripada orang ramai kerana beliau menganggap cara itu dapat membuatkan peserta memperbaiki diri masing-masing.

Saya tidak boleh menghalang orang ramai untuk berkata perkara negatif mengenai program ini. Namun, sebagai peserta kami mengalami tekanan apabila ada yang tidak dapat membiasakan diri berdepan dengan program yang disiarkan secara langsung.

Saya yakin semua peserta gementar sehingga ada yang hilang fokus dan tersalah menjawab soalan walaupun soalan yang diberikan kadang-kadang mudah.

Untuk makluman semua, Sarah antara peserta paling menyerlah apabila menjadi pemenang mingguan selama tiga minggu berturut-turut.

Menerusi kemenangan itu Sarah menerima RM1,000 dan satu imuniti yang melayakkannya kekal pada minggu depan biarpun gagal menjawab soalan.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement