October 10th, 2017

Minggu ini sekali lagi program realiti Clever Girl menjadi bualan ramai. Ini semua gara-gara salah seorang pesertanya iaitu Shazana dari Selangor yang telah menjawab soalan sebelum ia habis dibaca oleh penasihat pertandingan itu, Datin Sharifah Shawati menimbulkan kekeliruan di kalangan netizen. Tindakan Shazana yang hanya menjawab B tanpa mengetahui apakah jawapan pada B selepas disoal oleh hos Alif Satar nembuatkan penonton mendakwa soalan tersebut telah bocor.

shazana clever girl

Walaupun memilih jawapan yang betul, Shazana gagal melayakkan diri ke peringkat akhir Clever Girl. Menjawab dakwaan daripada netizen, Shazana memaklumkan jika dia menerima soalan bocor, sudah tentu dia masih berada di dalam program tersebut. Ikuti penjelasan Shazana di bawah:-

Advertisement

Memang pada mulanya saya mahu menjawab A tetapi ketika menekan buzzer, jawapan untuk B sudah dibaca. Jadi saya teringat kembali melalui pembacaan saya sebelum ini jawapan untuk soalan itu adalah B.

Apa yang tular mungkin mereka tidak dengar jawapan B sudah dibaca. Jujurnya memang bidang sastera bukan kepakaran saya. Sebab itu bila Alif Satar minta saya bacakan kembali jawapan saya tidak boleh ulang sebab tidak dapat ingat dengan betul tajuk sebenar karya Datuk Usman Awang itu.

Saya baca komen rata-rata netizen tuduh kami semua peserta diberi set soalan, tinggal hafal sahaja jawapan. Kalau begitulah, sudah pasti saya masih selamat, sebab saya memang kaki hafal. Senang betul saya nak menang RM100,000 tu.

Masyarakat kita sakit dengan syak wasangka dan fitnah. Begitu mudah anda semua percaya tanpa ada bukti. Janganlah kerana kesilapan kecil atau cerita yang tiada bukti, anda pukul rata semua peserta

Secara jujurnya, kredibiliti program Clever Girl mula dipertikaikan selepas salah seorang peserta program tersebut iaitu Kiera menarik diri. Kiera yang merupakan peserta graduan Universiti Oxford menarik diri daripada program berkenaan dan mendakwa terdapat pilih kasih dan ‘soalan bocor’ dalam program berkenaan. Namun begitu pihak produksi TV3 telah menafikan dakwaan tersebut. Sudah tentu apa yang terjadi terhadap Shazana ini menimbulkan lagi rasa kurang senang di kalangan penonton.

shazana

Apa pula pandangan anda? Kongsikan di ruangan komen. Sumber Mstar Online.

Advertisement

Comments are closed.

Loading...