February 12th, 2020

Akhirnya selebriti kontroversi, Azwan Ali memohon maaf secara terbuka susulan   penghinaan yang didakwa dilakukan terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan anak perempuannya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B.

azwan ali mohon maaf datuk seri vida

Bukan soal siapa kalah dan siapa menang, Azwan berkata permohonan maaf itu dibuat setelah dia berbincang bersama peguamnya. Dia juga akan memadam semua status penghinaan terhadap Cik B.

Permohonan maaf ini dibuat setelah mengkaji banyak perkara besama peguam, ini bukan soal kalah atau menang.

datuk seri vida cik b

Saya juga akan memadam semua status hinaan terhadap DSV dan juga anaknya Cik B di Twitter.

Menurut Azwan lagi, apa yang dilakukan ini adalah sebagai menghormati DSV yang mengatakan dirinya sentap dihina dan tidak mahu perkara ini berlanjutan.

azwan ali mohon maaf

Video yang dimuat naik tidak menyebut nama sesiapa, tapi saya hormati pendirian DSV yang kata dia tersentap dan tersinggung. Saya kira isu ini sudah selesai, terpulang pada dunia nak melihat kes ini.

Jika dia kata status saya tulis itu berbaur fitnah dan boleh menjejaskan bisnes. Saya terima dan tarik balik.

azwan ali datuk seri vidaAzwan pada masa yang sama berkata dia juga bersedia untuk bertemu empat mata dengan DSV untuk menyelesaikan segala masalah atau rasa tidak puas hati.

Terdahulu, bertindak melampau menghina kematian dua orang anak DSV yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran beberapa tahun lalu. Malah, dia turut didakwa melakukan ‘body shaming’ terhadap Cik B.

Sumber Berita : mStar Online

February 11th, 2020

Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengemukakan saman malu terhadap Azwan Ali selepas pengacara itu menghina kematian dua orang anaknya yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran beberapa tahun lalu. Malah, dia turut didakwa melakukan ‘body shaming’  terhadap anak perempuannya, Cik B atau Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

dsv saman azwan ali

Susulan itu, DSV memberi tempoh selama 48 jam bermula semalam untuk Azwan membuat permohonan maaf secara terbuka terhadapnya. Sekiranya gagal berbuat demikian, DSV menerusi peguamnya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Azwan.

Sebagai seorang ibu, penghinaan Azwan terhadap Cik B dan dua anaknya yang sudah meninggal dunia disifatkan begitu perit untuk diterima. Rasa kecewa dan terluka di dalam hati.

datuk seri vida saman malu azwan ali

Tragedi tersebut merupakan kenangan paling pahit dan sedih bagi saya. Ia juga telah memberikan impak yang besar dalam kehidupan saya yang mana setelah tragedi tersebut saya menjadi murung tertekan beberapa bulan.

Memandangkan Azwan telah menyentuh isu sensitif berkaitan dengan fizikal Cik B dan tragedi hitam yang berlaku pada kedua-dua anak lelaki saya, saya tidak akan berdiam diri. Oleh itu saya mengambil tindakan untuk memfailkan saman malu kepada Azwan. Tiada siapa berhak menghina fizikal orang lain.

datuk seri vida saman azwan ali

Isu ini dipercayai tercetus apabila Azwan tidak berpuas hati mengenai soal bayaran selepas membuat kemunculan di sebuah acara dianjurkan oleh DSV baru-baru ini.

Menjelaskan perkara tersebut, DSV berkata Azwan sebenarnya tidak diundang sebagai artis jemputan dan hanya hadir atas kapasiti peribadi sahaja.

Sumber Berita : mStar Online

February 6th, 2020

Baru-baru ini, selebriti sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA bertindak melampau apabila membakar minyak wangi pemberian Datuk Seri Vida dan mengeluarkan kata-kata kesat menghina kedua-dua arwah anak jutawan kosmetik itu  yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran kira-kira tujuh tahun lalu.

datuk seri vida azwan ali

DSV meluahkan rasa sedih dan menganggap tindakan Azwan itu melampaui batas serta sangat menyinggung perasaannya. Malah, rata-rata netizen mengecam tindakan Azwan yang disifatkan terlalu biadab.

Bagaimanapun, anak perempuan DSV iaitu Cik B nampaknya tidak terkesan dengan kata-kata hina yang dilemparkan. Dengan selamba dia memuat naik video Tik Tok menggunakan ‘remix’  makian Azwan kepada ibunya. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Cik B dan memuji sikap positif dimilikinya.

Cik B ‘troll’ Azwan Ali

Mungkin dia ada Narcissistic Disorder

cik b azwan ali

Cik B turut memberi sindiran kepada Azwan dengan beranggapan bahawa dia seperti mempunyai penyakit mental yang dikenali sebagai Narcissistic Disorder.

Narcissistic Personality Disorder (NPD) adalah satu gangguan personaliti keadaan di mana seseorang itu mempunyai perasaan yang berlebihan dengan kepentingan diri, keasyikan melampau dengan diri mereka sendiri dan kekurangan perasaan empati untuk orang lain. Mempercayai  bahawa mereka lebih baik daripada orang lain.

Namun, hakitkatnya jiwa mereka tidak tenteram. Mudah rasa rendah diri dan sensitif apabila menerima kritikan dan sebab itu ada kalanya mereka boleh bertindak melampau.

cik b troll azwan ali

Bagaimanapun, Cik B berkata perkongsiannya itu bukanlah untuk membenci pengacara tersebut dan sebaliknya dia mengharapkan agar Azwan segera mendapatkan rawatan dari pakar.