February 6th, 2020

Baru-baru ini, selebriti sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA bertindak melampau apabila membakar minyak wangi pemberian Datuk Seri Vida dan mengeluarkan kata-kata kesat menghina kedua-dua arwah anak jutawan kosmetik itu  yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran kira-kira tujuh tahun lalu.

datuk seri vida azwan ali

DSV meluahkan rasa sedih dan menganggap tindakan Azwan itu melampaui batas serta sangat menyinggung perasaannya. Malah, rata-rata netizen mengecam tindakan Azwan yang disifatkan terlalu biadab.

Bagaimanapun, anak perempuan DSV iaitu Cik B nampaknya tidak terkesan dengan kata-kata hina yang dilemparkan. Dengan selamba dia memuat naik video Tik Tok menggunakan ‘remix’  makian Azwan kepada ibunya. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Cik B dan memuji sikap positif dimilikinya.

Cik B ‘troll’ Azwan Ali

Mungkin dia ada Narcissistic Disorder

cik b azwan ali

Cik B turut memberi sindiran kepada Azwan dengan beranggapan bahawa dia seperti mempunyai penyakit mental yang dikenali sebagai Narcissistic Disorder.

Narcissistic Personality Disorder (NPD) adalah satu gangguan personaliti keadaan di mana seseorang itu mempunyai perasaan yang berlebihan dengan kepentingan diri, keasyikan melampau dengan diri mereka sendiri dan kekurangan perasaan empati untuk orang lain. Mempercayai  bahawa mereka lebih baik daripada orang lain.

Namun, hakitkatnya jiwa mereka tidak tenteram. Mudah rasa rendah diri dan sensitif apabila menerima kritikan dan sebab itu ada kalanya mereka boleh bertindak melampau.

cik b troll azwan ali

Bagaimanapun, Cik B berkata perkongsiannya itu bukanlah untuk membenci pengacara tersebut dan sebaliknya dia mengharapkan agar Azwan segera mendapatkan rawatan dari pakar.


8 responses to “Mungkin Dia Ada Narcissistic Disorder – Cik B ‘Bahasakan’ Balik Azwan Ali?”

  1. Eni says:

    sayang Cik B…awak sgt profesional …..akak doakan semoga cik B terus berjaya dalam perniagaan ….nanti kita bawa Azwan Ali berubat ya …terbaiklah Cik B

  2. Huh says:

    Mkin sihat cib b mkin putih sbb dh meningkt remajakan..tak lgi byk berjemur utk aktiviti di cekolh mcm acara balapan dan padang..huhuhuhu…

  3. Cik B says:

    anonymous, maki hamun sampai ungkit cara kematian anak2 dia dlm kebakaran dan sentuh pasal x panjang jodoh kalau bersuami, common lah, ini 2 aja dah tahu AA mmg mental problems, x habis2

Loading...