March 25th, 2015

Nama Zizan Razak tidak perlu diperkenalkan lagi. Rasanya semua orang tahu siapa Zizan. Bermula dari program realiti Raja Lawak, kini Zizan boleh dikategorikan sebagai salah seorang pelakon/pelawak/pengacara/penyanyi yang paling top di Malaysia. Siapa sangka seorang budak kampung kini sudah pun menjadi hero di dalam filem Cicakman 3 yang sedang ditayangkan di pawagam.

zizan cicakman3

Abang Nara dah pun menonton filem Cicakman 3 ini. Ikhlas Abang Nara katakan, kalau tak ada Zizan, memang tak menjadi filem ini. Zizan kelakar tahap gaban. Memang sesuai sangat watak Cicakman dengan Zizan. Lakonan Zizan pun semakin mantap. Bila Zizan sedih, kita pun terasa sedihnya.

zizan cicakman3

Selain Lisa Surihani, Abang Nara juga telah berkesempatan menemuramah Zizan Razak untuk Celcom ESCAPE. Memang kelakar betul Zizan. Sepanjang temuramah santai tersebut, memang tergelak je Abang Nara dibuatnya. Namun ada satu ketika apabila Zizan bercerita tentang kontroversi yang melanda dirinya kebelakangan ini, terasa sebak Abang Nara mendengarnya. Nampak berkaca-kaca mata Zizan. Pasti Zizan sedih.


Ha video kat atas tue hanyalah video snippet sahaja. Itu pun dah kelakar kan? Korang kena tengok video penuhnya di laman web Celcom ESCAPE. Memang berbaloi-baloi lebih-lebih lagi sekarang ini ada contest ESCAPE’s Cicakman 3. Hanya perlu beli mana-mana video yang berkaitan dengan Cicakman 3 di sini dan anda berpeluang memenangi 2 keping tiket menonton filem hebat ini.

zizan cicakman3

Selamat menonton dan jangan lupa layari ESCAPE by Celcom di sini —-> http://imue.tv/18S3UUe untuk melihat lebih banyak klip-klip ekslusif Cicakman 3.

March 24th, 2015

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan filem Cicakman 3. Kutipan untuk filem yang diterajui oleh Zizan Razak dan Lisa Surihani ini sudah pun mencecah RM2.5 juta untuk tempoh 10 hari tayangannya. Ini adalah satu prestasi yang amat memberangsangkan lebih-lebih lagi di kala kemerosotan jumlah kutipan filem tempatan. Malah, ia lebih membanggakan kerana persaingan daripada filem Hollywood seperti Chappie dan Cinderella yang turut ditayangkan pada waktu yang sama.

cicakman 3

Abang Nara dah tengok dah filem Cicakman 3 ini. Secara jujur, ia memang sebuah filem yang kelakar. Memang tergelak besar lebih-lebih lagi apabila muncul watak Bell Ngasri. Lawak Bell Ngasri memang menjadi. Filem ini juga mengangkat tema kekeluargaan apabila watak Zizan dan watak Lisa Surihani hampir bercerai kerana sikap Zizan yang tidak mahu berubah.
cicakman 3

Buat yang belum menonton, silalah pergi ke pawagam berhampiran untuk melihat Cicakman 3. Sekali sekala sokong filem tempatan apa salahnya kan? Tahniah sekali lagi buat semua krew-krew Cicakman 3. Hasil usaha keras anda berbaloi dengan jumlah kutipan ini. Tahniah!!

March 5th, 2015

Saat trailer filem Cicakman 3 hasil karya Yusry KRU mula dipertontonkan di YouTube, ramai peminat yang merasakan kostum superhero tersebut agak tidak bersesuaian dan nampak tidak menarik dengan karakter yang dibawakan oleh Zizan Razak.

Jelas Yusry, pihaknya sengaja membuat kostum tersebut kurang  padan dengan watak Zizan Razak kerana ingin menghasilkan sebuah filem yang realistik buat penonton.

Kami ada terima komen yang bertanya tentang kostum tersebut nampak tidak padan dan agak besar apabila dipakai oleh Cicakman, ia sebenarnya perancangan awal kami supaya ia nampak lebih real.

Jalan ceritanya Man membeli kostum itu di sebuah kedai kostum, jadi secara logiknya baju tersebut mestilah kurang padan kerana bukan dibuat mengikut badanCicakman sendiri.

Kostum bagi kesemua watak dalam Cicakman 3 telah menelan belanja sehingga RM100,000 dimana beberapa helai harus dihasilkan buat pekerja lagak ngeri.

Kostum watak Cicakman dan sebuah watak lagi iaitu Superbro menelan belanja RM100,000, kita buat beberapa helai untuk Zizan, Fizz Fairuz dan pelakon-pelakon stunt.

Filem Cicakman 3 bakal ditayangkan pada 12 Mac 2015 di seluruh pawagam di Malaysia.


Sumber Berita: mStar Online

March 4th, 2015

Ya memang tidak dinafikan nama Zizan Razak sejak kebelakangan ini sering terpampang di dada-dada akhbar, media eletronik, blog dan juga portal hiburan. Kalau tak silap Abang Nara, ia bermula sejak kegagalan gabungan Zizan dengan Yus dan Tauke sebagai kumpulan Virus di dalam MLM2014. Kemudian ia dikeruhkan pula dengan putusnya percintaan Zizan dengan Emma Maembong. Diikuti pula dengan kegagalan Zizan meraih sebarang anugerah di Anugerah MeleTOP Era 2015. Tidak lama kemudian, muncul pula gosip Zizan dengan orang kuat stesen Astro bernama Puteri Yasmin.
zizan razak Senang cerita, 3-4 bulan kebelakangan ini, Zizan Razak dihimpit kontroversi yang tidak putus-putus. Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada kerjaya dan populariti pelawak ini. Menariknya, Norman KRU menganggap ada pihak yang sengaja mewujudkan gerakan untuk menjatuhkan Zizan. Pihak tersebut sengaja mengada-adakan cerita buruk untuk meranapkan karier Zizan kerana rasa cemburu. Kata Norman:-

Beberapa bulan ini dengan apa yang berlaku terhadap diri Zizan, saya rasa macam ada satu gerakan yang mahu jatuhkan dia. Tapi, saya tidak pasti siapa pihak tersebut yang nampaknya seperti kurang senang dengan Zizan.

Saya sudah lama mengenali Zizan. Saya sayang dengan bakat yang dia ada dan dia bukan saja boleh melawak tetapi boleh berlakon.Bagi saya, isu-isu yang timbul ini remeh dan tidak perlulah ianya digembar-gemburkan lagi.

Sebenarnya, apabila saya dengar tentang gosip cinta dia dengan orang Astro, saya tertanya juga siapakah wanita itu.Namun, apabila saya diberitahu kononnya wanita yang dimaksudkan itu ialah Yasmin, saya lagilah tergelak.

Kalau ada pihak yang sentiasa saja mahu mencari salah dia, saya rasa sesiapa pun akan rasa tertekan apabila terpaksa berdepan dengan keadaan itu.

Kadang-kadang kalau kita rasa kontroversi atau isu yang terpaksa kita lalui itu berat sangat, kita pun akan rasa tertekan dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa

zizan razak

Ada benarnya juga kata Norman KRU itu. Mungkin memang ada pihak yang sengaja menjatuhkan Zizan Razak kerana cemburu dengan populariti yang dikecapi pelawak tersebut. Namun bagi Abang Nara, kontroversi-kontroversi yang berlaku terhadap Zizan adalah lumrah kehidupan seorang selebriti. Buruk atau baik, ia harus ditangani dengan bijak. Silap langkah, peminat boleh lari. Semoga kontroversi tersebut akan menguatkan lagi semangat Zizan dan bukannya menyebabkan Zizan putus asa sebagai seorang anak seni. Apa pendapat anda? Sumber MalaysianDigest.