Written by Bella | September 21st, 2018

Gurauan Nabil Ahmad yang meminta hantu langsuir berdiri berdekatan dengan kumpulan Caliph Buskeres kerana mereka tidak boleh menyedarinya mengundang kecaman daripada netizen.

Rata-rata netizen menyifatkan ia adalah lawak yang kurang ajar dan keterlaluan apabila menghina golongan yang cacat penglihatan. Namun, menurut Nabil beliau hanya ingin bergurau sahaja dan tiada niat untuk menghina dan menghina kekurangan kumpulan Caliph Buskers.

Ayat ‘bawa dia kat Caliph Buskers, diorang tak tau’ bukan bertujuan untuk menghina mereka. Ia hanya gurauan yang disalah anggap segelintir pihak. Caliph Buskers sudah bersama saya dan program ini selama enam tahun. Jadi kami sudah biasa dan faham cara kerja masing-masing.

Memandangkan mereka sebahagian daripada program ini, jadi saya kena gunakan mereka juga. Sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang berlaku di set. Bagi saya, tidak ada apa yang salah pada ayat itu.

Nabil berpendapat hanya mereka yang berfikiran negatif dan kebudak-budakan saja menganggap apa yang beliau lakukan itu keterlaluan.  Beliau juga mempersoalkan mengapa hanya dirinya sahaja dikritik dan kenapa tidak salahkan orang lain yang turut tertawa dengan gelagatnya ketika itu.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | September 20th, 2018

Selepas beberapa tahun mengacarakan program MeleTOP bersama Neelofa, pelawak Nabil Ahmad tidak dinafikan mampu menghiburkan ramai dengan gaya pengacaraan beliau. Kata orang, aura Nabil memang sudah cukup serasi dengan program tersebut.

Walaubagaimanapun, ada netizen yang kurang senang dengan gurauan kasar Nabil terhadap Caliph Buskers dimana beliau secara terang-terangan mempersendakan kekurangan kumpulan tersebut dimana ahlinya adalah OKU cacat penglihatan.

Semuanya bermula apabila barisan pelakon filem Langsuir datang untuk mempromosikan filem tersebut. Gimik membawa masuk hantu langsuir selepas lampu di studio padam secara tiba-tiba membuatkan penonton dan Nabil juga terkejut.

Nabil secara bersahaja telah meminta hantu tersebut untuk berdiri berhampiran Caliph Buskers kerana mereka pasti tidak akan menyedarinya.  Rata-rata netizen menganggap perbuatan Nabil itu agak biadap selain tidak menghormati perasaan orang lain.

Bukan kali pertama Nabil dikritik sebegini kerana lawaknya, tetapi mungkin juga beliau tidak berniat untuk mengguris hati kumpulan Caliph Buskers. Sudah bertahun bekerjasama, Nabil pun pernah beritahu mereka sudah seperti adik-beradik dan biasa bergurau senda tanpa terasa hati.

Sumber Berita : YouTube MeleTOP

Written by Bella | April 27th, 2016

Bermula sebagai pemuzik jalanan, kumpulan Caliph Busker yang terdiri daripada mereka yang cacat penglihatan kini sudah mendapat tempat di bidang nyanyian tempatan hasil usahasama bersama KRU Music.

Namun, baru-baru ini timbul dakwaan yang mengatakan KRU hanya mengambil kesempatan terhadap mereka dan memberi bayaran yang agak sikit kepada Caliph Buskers dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati kumpulan berkenaan.

Walaubagaimanapun, vokalis Caliph Buskers iaitu Azmi menafikan perkara berkenaan dan memberitahu bayaran RM800 yang diberikan oleh KRU kepada mereka dalam setiap persembahan adalah tidak benar.

Saya terkejut juga diberitahu tentang gosip kami terima bayaran sedikit iaitu RM800 sahaja seorang, sebenarnya Caliph Buskers bergerak sendiri dan bukan di bawah pengurusan KRU Music.

Namun jika tawaran persembahan datang daripada syarikat terbabit selalunya mereka akan bertanya kepada kami dahulu harga yang ditawarkan dan sebarang harga yang mereka bayar kepada kami adalah atas persetujuan kami bersama.

Caliph Buskers turut dianggotai oleh Fendy Alun, Mohd. Zaki Ismail,  Nirwan Zainal Abidin,  Nor Nadira Rubiana,  dan Syahzmeen Abdul Rahman.

Mustahil juga untuk syarikat gergasi seperti KRU hanya memberikan bayaran yang agak ciput kepada kumpulan Caliph Buskers. Iyalah, tidak adil untuk mempergunakan bakat mereka dan mengaut keuntungan besar.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | January 26th, 2016

Pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL 30), kumpulan Caliph Buskers menafikan dakwaan bahawa mereka terpaksa menaiki teksi daripada Kuala Lumpur ke Shah Alam bagi menghadiri anugerah berkenaan yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada hari Ahad lepas.

Semuanya berpunca apabila sebuah foto dua anggota kumpulan tersebut iaitu Fendy dan Nor Nadira Rubina berada di kaunter teksi untuk ke Stadium Melawati mula tersebar luas di media sosial.

Jelas Fendy, foto itu dirakam sewaktu beliau dan isteri ingin menjemput anak-anak mereka dari sekolah dan kebetulan pada waktu itu mereka memakai T-Shirt dengan logo AJL30.

Gambar itu mungkin diambil sewaktu saya dan Nadira mahu menjemput anak-anak dari sekolah di Bangsar dengan menaiki teksi.

Kebetulan kami memakai baju kemeja yang memaparkan logo AJL30 dan individu itu mungkin ingat kami mahu ke Stadium Malawati.

Menurut Fendy, anggota kumpulan itu disediakan pengangkutan pengurusan KRU Records sepanjang berlatih untuk persembahan sehingga ke final AJL30.

Individu itu berniat baik tetapi caranya sudah salah tanpa bertanyakan kami perkara sebenar.

Saya dan anggota kumpulan lain tinggal di Brickfields dan kami setiap hari akan menaiki teksi di KL Sentral untuk urusan peribadi.

Kalau difikirkan secara logik, takkanlah pihak rakaman Caliph Buskers sampai hati untuk membiarkan mereka pergi sendiri ke AJL 30 bukan? Dengan kejayaan Caliph Buskers pada pentas AJL30, kami harap selepas ini pintu rezeki buat mereka terbuka dengan lebih luas dan turut berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan atas bakat dan kekurangan mereka juga.

Sumber Berita: Harian Metro