March 6th, 2019

Bertahun juga lamanya peminat Erra Fazira menanti pengakhiran hubungannya dengan Shahir. Berita masuk meminang dan berkahwin sudah beberapa kali diperkatakan tetapi sehingga kini tiada jawapan pasti daripada pihak lelaki sehingga Erra baru-baru ini seakan sudah tawar hati.

Berbicara soal itu, Shahir dalam satu kenyataan terbaru memberikan jawapan yang sangat klise. Nampaknya hala tuju hubungan mereka masih kabur.

Jika jodoh tidak ke mana. Hanya itu jawapan paling ikhlas yang dapat saya berikan. Mungkin kedengaran klise, tetapi insya-Allah, andai ada jodoh, kami pasti bersatu.

Ramai yang kata, hubungan yang berpanjangan tanpa pengakhiran yang bahagia itu hanya membuang masa. Secara amnya, orang perempuan ini memang sabar tetapi janganlah sampai kesabaran mereka itu sudah tiba batasnya ataupun main tarik tali dalam sesuatu hubungan, nanti melepas.

Sumber Berita : BH ONLINE

February 28th, 2019

Sudah bertahun-tahun kita dengar gosip dan spekulasi hubungan percintaan Erra Fazira dan penyanyi Shahir. Sekitar tahun lalu pula, Shahir pernah memberitahu beliau sudah bersedia untuk bergelar suami dan berhasrat untuk meminang Erra.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada perkembangan terbaru tentang perkahwinan pasangan ini dan Shahir juga kembali menyepikan dirinya.

Malah, Erra dalam kenyataan terbaru juga memberitahu beliau tidak pasti kedudukannya serta status hubungan bersama Shahir.

Kami tidak bergaduh pun, cuma memang sudah agak lama kami tidak berjumpa dan sekadar bertanya khabar menerusi telefon. Sukar untuk saya katakan mengenai kedudukan saya sekarang. ‘Menang’ atau ‘gagal’ susah hendak saya cakap.

Pada saya apabila dia bersuara mengenai soal perkahwinan ia sedikit sebanyak memberi impak bukan sahaja kepada diri saya tetapi orang sekeliling seperti keluarga dan teman. Jadi rasanya lebih baik jangan bersuara perkara yang kita sendiri tidak tahu apa pengakhirannya.

Erra terus terang tidak mahu lagi memikirkan soal itu dan mengikut sahaja dengan apa yang telah diaturkan Tuhan untuknya.

Sumber Berita : mStar Online