May 3rd, 2017

Buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin semalam telah dinobatkan sebagai Buku Paling Popular  di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017. Anugerah itu berlangsung di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacifiq, Kuala Lumpur. Meskipun dikecam, Fattah ia tidak melunturkan semangat Fattah untuk terus menceburi bidang penulisan.

Menerusi akaun Instagramnya, Fattah meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada peminat-peminat yang sering menyokong dan memberikan semangat buat dirinya meskipun ada sesetengah pihak yang mengkritik terbitan buku tersebut.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Sesungguhnya semua yang baik itu datang dari Allah swt. Hari ni saya telah dimurahkan rezeki sekali lagi dengan Anugerah Buku Negara, Buku Popular. #99KatakataFattahAmin #QalifModen.

Semua ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sokongan yang bertali-arus dari semua peminat-peminat saya. Tanpa anda semua, perjalanan saya akan terasa lebih jauh. With you guys, you made my days easier and make me more positive in facing everything that comes my way.

Deep in my heart, korang semua memang truly are #Fattahrians, sangat #fantastic, dan memang my #motivators yang terus buat saya tabah dan positif dalam melalui cabaran seni ini. Korang yang dimaksudkan ialah SEMUA FANS saya tak kira di mana jua anda berada! Fattah sayang anda semua.

Terbaharu, Fattah juga sudah melancarkan novel berdasarkan single popularnya, Wanita Terakhir. Mungkinkah novel berkenaan juga tersenarai di dalam carta Best Seller?

April 30th, 2017

Ketika pelakon Fattah Amin melancarkan buku, 99 Kata-Kata #QalifModen beliau menerima pelbagai kritikan daripada netizen termasuk beberapa rakan artis juga. Namun, disebalik semua itu, buku beliau telah diangkat sebagai Buku Paling Popular sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.

Malah, semangat Fattah dalam bidang penghasilan buku terus membara apabila beliau kini tampil pula dengan novel berjudul Wanita Terakhir yang dilancarkan semalam.

Kritikan akan sentiasa ada tetapi itu bukan alasan untuk saya dan pengurusan, Fastyle Asia, berdiam diri. Kami sentiasa mencari idea segar dan berbeza hingga tercetus idea untuk menghasilkan pula novel.

Ramai juga yang bertanya, adakah novel Wanita Terakhir berkisarkan kisah cintanya dan Neelofa? Ini jawapan Fattah :-

Jalan cerita novel ini hanya rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan perjalanan hidup saya. Jika diamati, lirik lagu Wanita Terakhir berkisar mengenai lelaki yang berjuang mendapatkan cintanya, biarpun terpaksa berdepan pelbagai dugaan. Dari situ, kami menterjemahkan perjalanan cerita itu dalam bentuk novel. Saya hanya memberikan idea, tetapi apa yang dipaparkan bukan pengalaman peribadi.

Nampaknya Fattah Amin tidak melepaskan setiap peluang yang ada ketika beliau sedang popular kini. Bak kata pepatah, pedulikan apa orang kata asalkan apa yang kita lakukan itu membuahkan hasil. Adakah novel Wanita Terakhir bakal menjadi novel terlaris pula selepas ini?

Sumber Berita : BH ONLINE 

February 27th, 2017

Selepas buku 99 Kata-Kata #QalifModen terjual lebih 5,000 unit meskipun dikritik hebat,  kini Fattah Amin bakal menerbitkan buku inspirasi itu dalam Bahasa Inggeris pula.

Menurut Fattah, semua lapisan masyarakat akan dapat memiliki buku tersebut nanti dan sekaligus memberikan manfaat kepada pembaca.

Walaupun ada segelintir pihak yang tidak bersetuju terhadap buku berkenaan tetapi saya bersyukur ramai juga yang memberi sokongan atas niat murni saya ini dalam berkongsi impian dan harapan.

Alhamdulillah… secara tidak langsung banyak pihak yang mendapat manfaat dan inspirasi dengan membaca buku ini dan mula melihat dari sudut yang positif sekali gus memberikan kesan yang baik kepada industri kreatif serta hiburan tanah air.

Buku Fattah sebelum ini dikecam kerana dianggap tidak bermutu dan hanya penuh dengan foto selfie beliau. Antara ayat Fattah  yang menjadi ejekan pengguna media sosial ialah “Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC, nak bawak kereta aku sendiri dan parking valet. Ternyata kini telah termakbul hahaa… kelakar, kan?”. Netizen juga mempersoalkan harganya yang agak mahal.

Sumber Berita : Utusan Online