April 30th, 2017

Ketika pelakon Fattah Amin melancarkan buku, 99 Kata-Kata #QalifModen beliau menerima pelbagai kritikan daripada netizen termasuk beberapa rakan artis juga. Namun, disebalik semua itu, buku beliau telah diangkat sebagai Buku Paling Popular sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.

Malah, semangat Fattah dalam bidang penghasilan buku terus membara apabila beliau kini tampil pula dengan novel berjudul Wanita Terakhir yang dilancarkan semalam.

Kritikan akan sentiasa ada tetapi itu bukan alasan untuk saya dan pengurusan, Fastyle Asia, berdiam diri. Kami sentiasa mencari idea segar dan berbeza hingga tercetus idea untuk menghasilkan pula novel.

Ramai juga yang bertanya, adakah novel Wanita Terakhir berkisarkan kisah cintanya dan Neelofa? Ini jawapan Fattah :-

Jalan cerita novel ini hanya rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan perjalanan hidup saya. Jika diamati, lirik lagu Wanita Terakhir berkisar mengenai lelaki yang berjuang mendapatkan cintanya, biarpun terpaksa berdepan pelbagai dugaan. Dari situ, kami menterjemahkan perjalanan cerita itu dalam bentuk novel. Saya hanya memberikan idea, tetapi apa yang dipaparkan bukan pengalaman peribadi.

Nampaknya Fattah Amin tidak melepaskan setiap peluang yang ada ketika beliau sedang popular kini. Bak kata pepatah, pedulikan apa orang kata asalkan apa yang kita lakukan itu membuahkan hasil. Adakah novel Wanita Terakhir bakal menjadi novel terlaris pula selepas ini?

Sumber Berita : BH ONLINEĀ 


Comments are closed.

Loading...