Written by serenity | December 5th, 2017

Sejak mengakui telah bernikah sebagai isteri kedua seorang pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29; Izreen Azminda Mohd Aznam, 32, masih belum berhenti menerima cercaan Netizen yang menganggap pelakon itu sebagai soerang perampas.

Ini kerana isteri pertama Ude, Intan Liana Azman, 32, hanya mengetahui Izreen telah menjadi madunya pada 8 November, kira-kira tiga bulan selepas mereka berkahwin. Kepada Melodi TV3 yang bersiaran Ahad lepas, Izreen memberitahu dia bukan perampas kerana dia tidak meruntuhkan masjid yang dibina oleh Ude dan Intan:

Saya kahwin 8 Ogos, empat bulan yang lepas.

Saya bukan perampas, kalau saya perampas, dia bukan suami tidak lagi bersama Intan, kita berkongsi sekarang ini. Saya hanya extend sahaja masjid itu, saya tidak meruntuhkan masjid itu.

Saya faham mana-mana perempuan tidak mahu jadi yang nombor dua, nombor tiga, nombor empat.

Kalau saya ada pilihan, tiada ketetapan dari awal, saya tak mungkin akan pilih jalan ini.

Saya agak terkilan dengan tomahan yang dilemparkan kepada saya.

Saya tahu saya di tempat kedua, dan saya akan meletakkan diri saya sebawah-bawahnya. Saya bersyukur dia dah terima saya, rela bermadu dengan saya. hopefuly kita buat yang terbaik buat suami kita, ya Intan?

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | December 3rd, 2017

Walaupun kecewa kerana terpaksa berdepan dengan hinaan dan cercaan Netizen mengatakan dirinya seorang perampas kerana berkahwin secara rahsia dengan suami orang sebagai isteri kedua, Izreen Azminda menerima hakikat itu.

BH Online melaporkan, bagi Izreen, mengahwini suami orang dan menjadi isteri orang ialah takdir dan sudah tertulis.

Saya sekadar menumpang kasih dan tidak pernah sesekali berhasrat merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama.

Saya tidak sekejam itu, malah tidak akan membenarkan suami meninggalkan isteri pertama semata-mata untuk bersama saya.

Saya kecewa dengan cemuhan yang dilemparkan netizen. Mereka menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar. Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | November 5th, 2015

Gambar pelakon kacak Zul Ariffin dengan pelakon baru yang cantik, Zahirah Macwilson berpegangan tangan secara sembunyi telah diambil secara senyap dan menjadi viral. Ia membuatkan ramai pihak tertanya-tanya sama ada Zul dan Zahirah sedang bercinta dan mereka juga tertanya-tanya mengenai hubungan Zul dengan kekasihnya penerbit Gayatri Sulin Pillai yang sudah berlangsung empat tahun.


 photo 11934639_1645005825756371_1534302354_n.jpg

Susulan penyebaran gambar itu, bapa Zahirah juga tidak ketinggalan ditanya mengenai hubungan Zul dengan anak gadisnya itu. Bapa pelakon baru itu, Zainol Macwilson, merupakan seorang pelakon drama sekitar 90-an dan juga bekas pembaca berita TV3. Namun begitu, Zainol nampaknya rimas dengan aduan di Instagram miliknya mengenai gambar Zahirah dan Zul.

 photo 11352004_920629971318652_435866443_n.jpg

Mungkin sebenarnya bagi Zainol perkara anaknya berpegangan tangan dengan Zul satu perkara kecil. Mungkin juga dia beranggapan perkara itu tidak perlu dibincangkan lagi oleh orang ramai kerana dia sendiri sudah menasihati Zahirah di rumah. Siapa tahu, kan?

Diharap Zahirah lebih berhati-hati bila keluar dengan Zul, bila jadi macam ni, bapa juga susah nak menjawab.

Inspitari kembali lagi…..Hujung minggu ini 7 & 8 November 2015 di Auditorium DBKLPAS MASUK PERCUMA akan diedarkan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 1 November 2015

Written by serenity | September 28th, 2015

Walaupun cuba mempertahankan rumahtangganya sebelum ini, pelakon Yatt Hamzah akhirnya bercerai dengan bekas suaminya, Abdul Mutalib Shukor. Namun begitu terdapat satu desas-desus yang timbul mengatakan punca sebenar perceraian mereka ialah kerana wujudnya orang ketiga.


 photo 11849140_1177632048932512_500519501_n.jpg
Menurut gosip itu juga, punca orang ketiga itu datangnya dari Yatt sendiri. Melalui Melodi TV3 Yatt bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

Tidak. Saya sangkal sama sekali. Perkara itu tidak wujud. Saya pun tak tahu dari mana perkara itu timbul.

Biasalah, sebagai selebriti, apa saja yang kita lakukan akan diberikan perhatian khusus.

Saya pernah dengar juga sebelum ini (tentang gosip itu) tapi tidak benar.

Cerita yang dikhabarkan itu bukan punca perpisahan kami. Sebagaimana yang berlaku antara saya dan bekas suami biarlah menjadi rahsia di antara kami dan Allah.

Saya tidak pernah menceritakannya kepada sesiapa kerana ia adalah satu aib kepada saya dan bekas suami.

Saya tetap sama seperti dulu. Saya tetap manusia biasa yang membuat kesilapan.

Sekiranya saya melakukan perkara yang nampak tidak sesuai untuk saya lakukan pada ketika ini, tegurlah saya. Tetapi teguran itu perlu kena pada masa tempat dan caranya.

Tegurlah secara membina, bukan menghancurkan.

Yatt memberitahu hubungannya dengan bekas suami masih baik kerana mereka bergilir-gilir menjaga anak mereka, Suci Hanania Malika, 5. Malah dia dan bekas suami bertekad meneruskan persahabatan sampai bila-bila untuk membesarkan anak itu.

Panggung Seni Tradisional 2015 meneruskan langkahnya lagi, kali ini menampilkan kelainan dengan persembahan Opera Cina "…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 27 September 2015