October 5th, 2018

Cukup cantik dan manis sekali apabila berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah Umrah sekitar bulan Julai lalu, ramai yang berharap agar isteri Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub terus istiqamah. Bagaimanapun, Zira sudah kembali membuka tudung. Ramai juga yang tertanya dan ingin tahu apa komen Nabil mengenai perkara itu.

Menurut Nabil, sebagai seorang suami beliau sudah puas menasihati isterinya itu tetapi beliau tidak mahu terlalu memaksa dan mahu Zira kekal berhijab satu hari nanti dengan hati yang terbuka serta ikhlas.

Pada ketika itu, mungkin dia sedang mencuba untuk berhijab dan saya beri galakkan. Tapi bila dia tak mahu berhijab, saya tak tahu nak cakap macam mana sebab saya dah pernah memintanya untuk berhijab.

Setiap hari saya doakan supaya dia dapat rasa keikhlasan untuk berhijab. Saya dah rujuk kepada beberapa ustaz dan kata mereka, kerja saya sebagai suami adalah untuk memberitahunya mengenai kewajipan menutup aurat.

Kalau paksa sangat pun, saya rasa tak kena juga sebab kalau boleh, biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk berhijab. Saya nak dia kekal berhijab dan bukan sekejap pakai, dan tak lama kemudian, kembali buka hijab.

Memikul tanggungjawab sebagai seorang suami bukanlah mudah apatah lagi jika ia berkaitan dengan tuntutan agama. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja untuk isteri Nabil agar beliau satu hari nanti dapat menutup aurat dengan sempurna.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
August 31st, 2018

Beberapa hari lepas, Zarina Anjoulie menjadi bahan kecaman Netizen kerana tindakannya memuat naik tulisan menghentam pakar buah pinggang Dr Rafidah Abdullah berhubung produk yang dijualnya.

Terbaru, gambar pelakon yang dikenali dengan drama Anak Pontianak itu telah dimuat naik ke Instagram oleh kawan baiknya, Fathia Latiff.

Dalam gambar itu, Zarina dilihat tidak mengenakan tudung dan berpakaian jarang, dan pinggangnya dipaut oleh penyanyi Ismail Izzani. Kedua-duanya dipercayai mengunjungi sebuah kelab malam.

Fathia menyebut nama akaun Ismail Izzani dan meminta remaja itu menghubungi Zarina, yang merupakan kawan baik Fathia.

Bagaimanapun, Fathia telah memadam gambar tersebut dari akaunnya apabila mula dihujani komen menghentam Zarina yang tidak bertudung dan berpakaian seksi. Malah kini, Fathia juga telah menutup komen di Instagramnya.

Walaupun begitu, untuk seorang selebriti, apa yang dimuat naik di media sosial akan kekal di Internet selamanya. Gambar itu sempat disalin oleh seorang pengguna Twitter yang memuat naik salinan itu dua jam lepas dengan komen, ‘caught you (tangkap awak)’.

Sehingga kini, ia telah diretweet lebih 400 kali.

Sumber: Zahirah

Advertisement
August 22nd, 2017

Sebelum ini, kisah penyanyi veteran Sahara Yaacob mendapat perhatian kerana dikatakan hidup daif setelah berpisah dengan suaminya. Dia menginap di sebuah bilik stor di Hulu Langat yang bersambung dengan kediaman arwah kakaknya, yang dibina sejak tahun 1985.

Gambar: Malay Mail Online

Setelah kisahnya dipaparkan di media, ramai pihak tampil memberikan bantuan, antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Seniman yang memberikan bantuan rumah Pusat Perumahan Rakyat (PPR), Seri Alam, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Untuk menjana pendapatan, Sahara telah membuat persembahan pentas dan khabarnya dia tidak mengenakan tudung dalam persembahannya itu.

Baginya yang mendapat jolokan ‘Tina Turner Malaysia’, memang sepatutnya dia berpenampilan rambut sebegitu kerana penampilannya menyebabkan dia dikenali dalam dunia seni.

Sahara bagaimanapun memakai rambut palsu sahaja dan masih mengenakan anak tudung di bahagian dalam rambut palsu itu.

Saya seorang penyanyi dan saya dikenali dengan rambut saya. Mereka mahu saya pakai tudung? Pernah kita dengar dan lihat Tina Turner menyanyi pakai tudung?

Mereka mahu membuang identiti saya. Mereka mahu mengawal saya dan bidang saya. Siapa mereka, mahu campur hal saya?

Penyanyi itu membuat kemunculan semula tahun lalu selepas mendapat pendedahan media mengenai kesusahan hidupnya setelah berpisah dengan bekas suami berbangsa Arab yang berusia 20 tahun lebih muda darinya.

Kembali dengan imej rambut mengerbang dalam satu persembahan pentas hujung tahun lalu, Sahara berkata beliau sekadar menggunakan rambut palsu dan dia menerima kritikan orang ramai berhubung keputusannya:

Saya sudah berada dalam industri ini lebih 40 tahun. Saya berkecimpung sejak 1968. Mereka suruh saya menyanyi pakai tudung? Saya gila atau mereka yang gila?

Ya, agama itu penting. Tetapi agama itu antara kita dengan Tuhan. Tidak perlu berlakon untuk menjadi alim. Allah lebih tahu.

Kalau hati tidak betul, pakai serban sebesar rumah pun tiada makna. Allah tidak pandang serban atau tudung kita. Dia pandang hati yang bersih.

Jadi tolong jangan tunjuk pandai dengan saya. Saya tidak mahu orang bercakap yang bukan-bukan dengan saya. Saya sudah masak untuk itu.

Mungkin ada pembaca BN yang masih muda tidak mengenali kak Sahara.

Beliau dikenali sebagai penyanyi yang bersuara unik serak basah dan mantap, dan lagunya yang popular ialah Peronda Jaket Biru, juga pernah dinyanyikan oleh kumpulan Wings- beautifulnara.com

Sumber: Projek Malay Mail Online

Advertisement
April 22nd, 2016

Sudah lama tidak melihat Zizie Izette berlakon tapi dia masih seorang selebriti, bukan? Ramai mengetahui Zizie telah bertudung namun dia baru-baru ini memuat naik satu gambar dirinya dan rakan-rakan sedang melancong di Osaka, Jepun dengan tidak bertudung ke akaun Instagramnya.

Sebaliknya dalam gambar itu Zizie mengenakan topi dan menampakkan sebahagian rambutnya.
 photo 12907165_595708307250676_911807886_n.jpg

Ada yang mengkritik tindakan Zizie ini. Bagi mereka, melihat orang berhijrah memberi satu bentuk kekuatan pada masyarakat.
 photo Screen Shot 2016-04-22 at 12.36.17 PM.png

Tetapi ramai juga yang mempertahankan Zizie dan menganggap pengikut di Instagram tidak perlu menghakimi beliau. Sekiranya tidak suka, unfollow saja, kata mereka. Setakat ini Zizie tidak memberi reaksi kepada kritikan yang ditulis di Instagramnya.

Tapi komen pengkritik itu ada benarnya. Mengapa bertudung dari awal jika ingin membuka tudung akhirnya. Kalau diketahui memang tidak bertudung, orang ramai tidak akan kisah, bukan? Apa pendapat anda?

Advertisement