Ditawarkan Bayaran Lumayan, Pelakon Wanita Terkenal Menangis Diarah Buka Tudung Untuk Adegan Filem

Hiburan

Ditawarkan Bayaran Lumayan, Pelakon Wanita Terkenal Menangis Diarah Buka Tudung Untuk Adegan Filem

Pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi berkongsi mengenai pengalaman hitamnya ketika menjayakan sebuah filem yang masih menjadi ingatannya sehingga ke hari ini.

Kongsi Oki, dia pernah berdepan momen yang menguji keimanan apabila dia perlu membuka tudung bagi menjayakan tuntutan watak dalam sebuah filem.

Advertisement

Ditawarkan bayaran yang lumayan, Oki berkata dia pada ketika itu terdesak dan memerlukan wang yang banyak untuk rawatan ibunya yang sakit.

Wakil pengurusan syarikat penerbitan itu juga ada mendesak Oki untuk memenuhi permintaan mereka sehingga membuatkan pelakon itu menangis.

Walau bagaimanapun, iman yang teguh dalam diri Oki membuatkan dia teguh dengan kepercayaan bahawa Allah akan sentiasa membantunya serta melancarkan segala urusan termasuklah rawatan ibunya.

Pelakon yang mula menempa nama dalam filem Ketika Cinta Bertasbih itu juga sentiasa berdoa agar terus istiqamah dan menjadi muslimah yang baik sehingga ke akhirnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dai syed nak jual gelang arab
4 weeks ago

Tiada Langsung Tawaran Kerja, Da'i Syed Rancang Jual Gelang Perhiasan Wanita Dari Arab - "Bolehlah Sokong Dan Beli Barangan Kami"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...