July 24th, 2018

Baru-baru ini, foto Boy Iman memeluk Ifa Raziah atas tujuan menzahirkan kasih sayang seorang ‘adik’ kepada ‘kakaknya’ mengundang kecaman netizen. Ramai yang mempertikaikan aksi mereka apatah lagi agama Islam mengharamkan bersentuhan dengan bukan mahram. Niat tidak menghalalkan cara.

Mengenali Ifa, beliau pasti akan memberikan respon balas mengenai kontroversi yang melibatkan dirinya. Menerusi Insta Stories, Ifa mempersoalkan betapa banyak drama ataupun filem yang mempamerkan babak berpelukan dan aksi ranjang yang terlampau tetapi masih diterima oleh masyarakat atas alasan ia hanya lakonan semata-mata.

Ifa juga menjawab tuduhan kononnya beliau berlaku curang dengan suaminya. Menurut Ifa, suaminya itu lebih mengenali dirinya yang sebenar dan tahu setiap tindak-tanduknya.

Selebriti yang dilabelkan sebagai ‘Diva’ ini juga sudah tidak kisah jika masyarakat ingin terus mengkritik dan tidak lagi menyukai dirinya. Semua itu tidak penting buat Ifa.

Sumber Berita : mStar Online

July 23rd, 2018

Sudah lama tidak dihimpit sebarang kontroversi, hari ini nama Boy Iman sekali lagi menjadi bualan hangat selepas memuat naik foto dirinya berpeluk sakan dengan Ifa Raziah.

Menerusi kapsyen di akaun Instagramnya, Boy Iman tampil dengan alasan tersendiri mengapa dia memeluk Ifa. Katanya dia hanya meluahkan rasa kasih dan sayang kepada Ifa yang sudah dianggap sebagai kakaknya.

Namun, alasan yang diberikan Boy Iman itu sama sekali tidak dapat diterima oleh netizen. Rata-rata netizen mengecam tindakannya itu dan menyatakan niat tidak semestinya menghalalkan cara, hukumnya tetap haram lebih-lebih lagi Ifa berstatus isteri orang.

Jangan marah bila dikecam netizen kerana apa yang mereka katakan itu ada benarnya. Apa sahaja alasan yang diberikan memang tidak manis dan haram untuk berpeluk sakan dengan wanita yang bukan muhrim dan juga bergelar isteri orang.